Nadir Shah, Napoleon Dari Parsi

1089
views

Nadir Shah merupakan salah satu tokoh genius peperangan dalam sejarah Iran dan juga antara panglima perang yang paling licik dan setanding dengan Napoleon dari Perancis. Nadir Shah pada asalnya seorang Jeneral Empayar Parsi Safawiyyah yang dilantik oleh Tahmasp, Shah Safawiyyah. Kejayaan demi kejayaan yang dikecapi oleh Nadir Shah menyebabkan Tahmasp tidak lagi mengambil peduli mengenai hal ehwal pentadbiran negara malah menyerah bulat – bulat kepada Nadir Shah.

Kejayaan Nadir Shah mengalahkan Empayar Turki Uthmaniyyah di Tibriz dan Ardabil telah mendapat penghormatan dan sokongan daripada rakyat. Secara tidak langsung Nadir Syah telah menjadi hero dikalangan rakyat Parsi. Rancangan Nadir Shah untuk menyerang tentera Turki Uthmaniyyah di wilayah Irwan namun serangan Empayar Hotaki (Afghanistan) ke atas wilayah Khurasan telah membantutkan rancangan beliau lalu kembali ke Khurasan untuk mengusir Empayar Hotaki (Afghanistan)

Empayar Safawiyyah berjaya kembali berkuasa dengan bantuan Nadir Shah pada tahun 1729. Namun begitu, Tahmasp yang berjaya kembali ke takhta tidaklah berjaya menawan hati rakyat dan kegagalan beliau menakluki kota Baghdad menyebabkan ramai rakyat murka kepada Tahsmap.

Kegagalan dan kelemahan Tahmasp telah dijadikan peluang Nadir Shah untuk menaiki ke takhta Shah (Maharaja) Parsi. Ketika itu, dikatakan Majlis Tertinggi Empayar Parsi tunduk dengan permintaan Nadir Shah dengan memakzul (diturunkan) daripada takhta Shah Safawiyyah dan digantikan oleh putera Tahsmap, Abbas Mirza yang merupakan Shah Safawiyyah yang terakhir dan Nadir Shah sebagai pemangku Empayar Safawiyyah kerana Abbas Mirza ketika itu masih lagi kecil dan belum lagi mencapai akil baligh.

Nadir Shah di atas takhta

Selepas berjaya menyingkir Tahsmap, Nadir Shah telah merancang untuk menakluki kota Baghdad daripada kekuasaan Empayar Turki Uthmaniyyah. Ketika itu Empayar Turki Uthmaniyyah diperintah oleh Sultan Mahmud I. Nadir Shah juga sedar yang Empayar Turki Uthmaniyyah bukanlah tandingan mereka dan cubaan pertama Nadir Shah dan bala tenteranya menemui kegagalan. Kekalahan Nadir Shah tidaklah mematah semangatnya untuk melawan Empayar Turki Uthmaniyyah. Rancangan Nadir Shah yang begitu rapi ditambah lagi pidato Nadir Shah yang begitu berkarisma dan berjaya menaik nilai moral dikalangan tentera Parsi telah berjaya menewaskan tentera Empayar Turki Uthmaniyyah dan peperangan tersebut menyebabkan Osman Pasha telah mati syahid. Kekalahan Empayar Turki Uthmaniyyah telah menyebabkan Sultan Mahmud I terpaksa mengadakan perjanjian bagi memastikan kota Baghdad tidak jatuh ke tangan Parsi.

Antara isi kandung perjanjian tersebut adalah memperakui Nadir Shah sebagai Shah Parsi yang baharu dan mengakui kekuasaan Empayar Parsi di wilayah kaukasus. Sultan Mahmud I tidak merasa berpuas hati dengan perjanjian yang dianggap berat sebelah dan menjatuhkan kredibiliti sebagai Khalifah umat Islam sedunia, maka Sultan Mahmud I telah menghantar Abdullah Pasha. Walaubagaimanapun, Nadir Shah berjaya menewaskan bala tentera Empayar Turki Uthmaniyyah yang dipimpin oleh Abdullah Pasha. Namun, saki baki tentera Empayar Turki Uthmaniyyah masih lagi gagah untuk memerangi tentera Parsi dan berhenti apabila kepala Abdullah Pasha dipenggal. Kekalahan tentera Turki Uthmaniyyah secara rasminya kota Baghdad dikuasai kembali oleh Empayar Parsi kembali setelah sekian lama dikuasai oleh Empayar Turki Uthmaniyyah semenjak zaman pemerintahan Sultan Murad IV.

Kemenangan Nadir Shah telah berjaya menaikkan nama beliau dimata rakyat Parsi dan ketibaan Nadir Shah di Isfahan telah disambut dengan pesta kemenangan yang meriah sekali. Pada masa yang sama, Abbas Mirza yang masih kecil itu dikatakan sakit dan tiada pula pewaris yang layak mewarisi takhta Shah Parsi. Tidak lama kemudian, Abbas Mirza telah mangkat dan meninggalkan Empayar Parsi tanpa seorang pewaris pun. Dengan rasminya berakhirnya pemerintahan Dinasti Safawiyyah.

Para ulama Syiah dan golongan bangsawan telah berjumpa dengan Nadir Shah bagi melantik Shah Parsi yang baharu. Oleh itu, beberapa ulama dan golongan bangsawan Parsi telah bersetuju untuk melantik Nadir Shah sebagai Shah Parsi yang baharu.

Pada pemulaanya Nadir Shah menolak dengan alasan takhta Shah tidak layak buat beliau dan keinginan beliau hanyalah untuk berjuang demi agama, bangsa dan tanah air. Para ulama dan golongan bangsawan Parsi mendesak beliau agar menerima jawatan tersebut kerana mereka merasakan tiada sesiapa yang layak memegang takhta Shah Parsi melainkan beliau sendiri sahaja. Oleh itu, beliau menerimanya dengan bersyarat iaitu menghapuskan perbezaan antara penganut Mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan Syiah. Pada bulan Safaar tahun 1149 Hijrah bersamaan 1736 Masihi, Nadir Shah ditabal sebagai Shah Parsi yang baharu. Walaubagaimanapun, rancangan yang dicadangkan oleh Nadir Shah tidaklah menjadi kenyataan selepas kemangkatan beliau dikemudian hari kerana ketaksuban rakyat Parsi kepada mazhab Syiah dan keenggan rakyat Parsi untuk mengakui Sultan Turki sebagai Khalifah umat Islam sedunia.

Pada tahun 1738, Nadir Shah telah menyerang Empayar Mughal di India dan ketika pertempuran Karnal telah berjaya menewaskan bala tentera Mughal yang dikatakan dalam tiga jam sahaja berkat kebijaksanaan Nadir Shah. Walaubagaimanapun, Nadir Shah tidak bermaksud untuk menjatuhkan Maharaja Muhammad Shah daripada takhta dengan syarat menyerahkan belian “Koh-i-Noor” sebagai harta rampasan dan mengakui Nadir Shah sebagai penguasa Shah Parsi.

Nadir Shah di India

Nadir Shah telah mati dibunuh ketika tidur oleh pengawalnya dan punca adalah disebabkan rasa tidak puas hati golongan ulama Syiah terhadap polisinya yang tidak begitu mengambil peduli kepada mazhab Syiah sepertimana Empayar Parsi Safawiyyah begitu mengagung sekali mazhab Syiah tersebut. Empayar Parsi diwarisi kepada anak saudaranya sendiri Adil Abbas dan Empayar yang dibina oleh Nadir Shah tidaklah begitu bertahan lama dan seterusnya Dinasti Qajar yang diasaskan oleh Agha Mohammad Khan Qajar mengambil alih pemerintahan Empayar Parsi pada tahun 1742.

Rujukan:

1. Hamka, Sejarah Umat Islam Edisi 2016

2. Tucker, Ernest (2006). “Nāder Shah”. Encyclopædia Iranica Online. Retrieved 5 January 2014, http://www.iranicaonline.org/articles/nader-shah

3. ʿĀDEL SHAH AFŠĀR, Encyclopedia Iranica, http://www.iranicaonline.org/articles/adel-shah-afsar-the-royal-title-of-ali-qoli-khan-r

4. Nadir Shah’s Invasion(1738-1739), http://www.sikh-history.com/sikhhist/events/nadir.html

5. Avery, P., Fisher, W. B., Hambly, G. R., & Melville, C. (Eds.). (1991). The cambridge history of Iran (Vol. 7). Cambridge university press.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here