Surah Yusuf di dalam Al-Quran menceritakan bagaimana Nabi Yusuf dirujuk oleh ketua-ketua kaum dari istana Raja Mesir Purba ketika itu. Mereka membawa khabar dari istana tentang mimpi baginda.

Di dalam surah Yusuf menggunakan istilah ‘Malik’ untuk menggambarkan Raja Mesir ketika itu.

Raja Mesir ketika itu bermimpikan ekor lembu yang kurus dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering;”

Kisah mimpi baginda ini diceritakan bermula dari surah Yusuf 12:43 lagi.

Usai Nabi Yusuf mendengar akan mimpi raja;

“Yusuf menjawab: “Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.” (Yusuf 12:47)

“Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).” (Yusuf 12:48)

“Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)”. (Yusuf 12:49)

Mendengar tafsiran oleh Nabi Yusuf ini, pemerintah Mesir Purba ketika itu melantik Nabi Yusuf menjaga urusan perbendaharaan Mesir yang diceritakan sehingga ayat Yusuf 12:56

Seperti Al Quran, Injil turut mengisahkan riwayat yang sama tentang perkara ini.

Cuma jika kedua kitab wahyu ini menulis bahawa Nabi Yusuf adalah pentafsir dan peramal mimpi, tetapi di dalam bahasa ekonomi, apa yang dibuat Nabi Yusuf ialah membuat unjuran ekonomi Mesir bagi mempersiapkan kerajaan dengan sumber bagi rakyatnya terus mampu hidup sekalipun dilanda musim kemarau teruk selama tujuh tahun.

Apa yang Nabi Yusuf laksanakan selama tujuh tahun sewaktu Mesir sedang mekar subur dan mewah dengan pelbagai sumber tanaman dan makanan sangat kritikal dan penting untuk kerajaan Mesir.

Raja membuat keputusan tepat melantik Nabi Yusuf sebagai CEO perbendaharaan mereka atau di dalam Yusuf 12:55, jawatan yang dimohon oleh Nabi Yusuf ialah “Pengurus Perbendaharaan”

Di dalam Injil, (seperti dalam gambar), petikan dari King James Bible menulis bahawa Yusuf (Joseph) memperuntukkan untuk Mesir tidak berbelanja semahu-mahunya. Joseph meletakkan yang kerajaan perlu menyimpan 20% (baca:’the fifth part’) dari hasil setiap tahun untuk tujuh tahun berturut-turut hasil mewah ketika Mesir sedang subur dan melimpah ruah dengan rezeki.

Unjuran simpanan yang akan dapat dikumpulkan sepanjang tujuh tahun tersebut ialah sehingga 140% dari hasil semasa. Ia adalah baseline bagi tahun yang baik untuk Mesir di bawah pentadbiran raja Mesir ketika itu.

Menyedari hakikat ini, Raja Mesir bijak dan tepat memilih Nabi Yusuf yang terkenal dengan sifat jujurnya untuk menguruskan perbendaharaan Mesir.

Nabi Yusuf begitu teliti dalam tanggungjawabnya, dan hanya berhenti mengira jumlah bijian yang dapat dikumpulkan hanya apabila ia telah memiliki lebihan simpanan sebanyak 140% sama seperti yang diunjurkan sebelum itu.

Hasilnya, Mesir berjaya melalui tujuh tahun kemarau panjang dengan sempurna malah dapat menjalinkan hubungan ekonomi dengam wilayah lain ketika itu hasil jualan bijian mereka yang didagangkan dengan harga yang tinggi, membawa pulangan lebih besar pula untuk Mesir.

Bukan itu sahaja, di dalam Injil ditulis bahawa Yusuf menjual biji-bijian tersebut kepada rakyat Mesir kerana tidak mahu rakyat bergantung kepada ehsan kerajaan semata-mata. Ini menggalakkan rakyat tetap mengekalkan produktiviti negara walaupun di dalam krisis kemarau.

Moralnya mudah, apabila cukai dikutip di dalam keadaan negara dan rakyat yang mewah, jangan dibelanjakan sekaligus semuanya. Ia akan memberi manfaat apabila negara menghadapi krisis baik kemarau atau yang lebih dekat dengan kita kini krisis ekonomi.

Nabi Allah Yusuf mungkin perancang malah peramal hebat memandangkan baginda meramalkan 14 tahun kehadapan untuk Mesir, tetapi itulah yang perlu dijadikan tanda aras pengurusan sesebuah kerajaan tentang bagaimana mengurustadbir sebuah perbendaharaan supaya manfaatnya kelak akan berpanjangan walaupun pada masa-masa sukar.

Tulisan di atas adalah berdasarkan rujukan dari “How To Run A Government So That Citizens Benefit and Taxpayers Don’t Go Crazy oleh Michael Barber.

Di dalamnya juga ada menulis seperti berikut;

“Ada dua bentuk sumber kerajaan (untuk menjadi simpanan perbendaharaan); pertamanya cukai yang dikenakan atas generasi kini, (aku dan kau) dan yang keduanya ialah pinjaman; ia akan menjadi liabiliti cukai untuk generasi akan datang.”

Jadi paling penting, biarpun keduanya diuruskan oleh kerajaan, adalah satu perkara yang penting untuk sentiasa ingat bahawa perbelanjaan dan perbendaharaan adalah urusan yang dibuat atas sumber dari rakyat, malah lebih penting ia perlu mengambilkira keperluan untuk rakyat, bukan bersandarkan atas kemahuan rakyat semata-mata.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pensyarah yang minatnya pada sejarah dan warisan Melayu. Membaca kerana hobi dan menulis kembali untuk terus berkongsi.

Comments are closed.