Muzik Senjata Psikologi Amerika Sewaktu Perang Vietnam

1,114

Dalam sesebuah pertempuran atau peperangan, kita sudah tentu tahu sedikit sebanyak senjata yang digunakan seperti pistol, karbin, assault rifle, bom tangan, roket dan lain-lain. Senjata-senjata ini digunakan dengan tujuan untuk memberi kecederaan fizikal kepada musuh. Namun, tidak banyak senjata yang digunakan untuk menyerang mental seseorang askar itu.

Taktik ini dipanggil sebagai psychological operations yang dibina khas untuk memberi kesan seperti kegelisahan, kemurungan, ketakutan dan menghapuskan motivasi seseorang musuh untuk berperang. Salah satu senjata yang sering digunakan adalah melalui bunyi dan musik.

Semasa peperangan Amerika Syarikat (AS) dan Vietnam sekitar tahun 1967, tentera darat AS bekerjasama dengan tentera laut mereka dengan bantuan beberapa rakyat Vietnam yang menjadi tawanan untuk mencipta (compose) satu jenis muzik/bunyi bagi menakutkan tentera Vietnam yang digelar sebagai Viet Cong (VC).

Operasi ini merupakan salah satu kaedah yang digunakan dalam 6th Psychological operation (6th PSYOP) dan diberi nama sebagai Operation Wandering Souls. Rakaman bunyi itu dinamakan sebagai Ghost Tape Number 10. Mereka mengeksploitasi fahaman rakyat Vietnam yang percaya bahawa sesiapa yang m4t1 dan tidak dikuburkan di kampung halaman mereka, roh mereka akan berkeliaran dan mundar-mandir kerana tidak mendapat ketenangan selepas kematian.

Rakyat Vietnam semasa itu juga percaya bahawa pada setiap ulang tahun kematian mereka, ahli keluarga si m4t1 boleh dihubungi di sekitar tempat mereka m4t1. Mereka percaya, gate di antara dunia dan alam selepas kematian akan terbuka luas pada tarikh k3m4t1an  seseorang setiap tahun. Oleh yang sedemikian, tentera AS mulai membuat rakaman muzik yang berkaitan dengan k3m4t1an dan diselit dengan suara-suara meminta pertolongan.

Antara kandungan suara yang direkodkan dalam bahasa Vietnam ini termasuklah (kata-kata di bawah telah dialih bahasa daripada bahasa Vietnam ke Bahasa Melayu):

“Kawan-kawanku, aku muncul kembali ke dunia ini untuk memberitahu semua bahawa aku sudah mati…. Aku sudah mati”

(My friends, I have come back to let you know that I am dead… I am dead)

Mereka memasang muzik ini dengan kuat di sekitar kem askar AS, Ada beberapa askar juga dipertanggungjawabkan untuk membawa speaker serta memainkan bunyi ini sepanjang malam. Selain itu, mereka juga mengarahkan helikopter untuk membawa speaker dengan tujuan menyebarkan bunyi ini pada kalangan VC yang bersembunyi di dalam hutan.

Walau bagaimanapun, operasi ini tidak diketahui peratusan kejayaannya kerana mana-mana VC yang mempunyai sifat ingin tahu yang memberi maklumbalas terhadap bunyi itu akan dit3mb4k terus oleh tentera AS.

Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama askar AS menggunakan teknik sebegini. Central Intelligence Agency (CIA) juga dikatakan sebagai satu agensi yang banyak menggunakan taktik seksaan menggunakan bunyi. ‘Music torture’ ini tergolong dalam salah satu kaedah di dalam ‘enhance interrogation techniques’ mereka semasa menyoal siasat banduan.

Antaranya adalah dengan memainkan muzik metal tanpa henti (lagu Metallica), memainkan bunyi suara kanak-kanak di dalam rancangan Sesame Street dan juga memainkan lagu ‘Real Slim Shady” selama berpuluh-puluh jam tanpa henti . Teknik ini menjadi topik kontroversi apabila gambar tawanan perang di Guantanamo yang diseksa sebegini tersebar di seluruh dunia.

Di Malaysia, kaedah menggunakan bunyi sebagai seksaan psikologi yang tidak diketahui ramai adalah ketika kejadian pencurian senjata api oleh golongan Al-Ma’ unah pada tahun 2000 di sebuah perkampungan bernama Sauk yang terletak di Kuala Kangsar, Perak. Mereka memasang speaker dan dihalakan kepada tempat persembunyian golongan ini. Anak dan isteri beberapa ahli kumpulan itu diminta bercakap dan merayu menggunakan mikrofon untuk meminta mereka pulang dan menghentikan perbuatan ini secepat mungkin.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.