Pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim pernah dipetik mengatakan bahawa Ketuanan Melayu tidak perlu dibahaskan. Apabila bercakap dalam aspek sejarah, hanya ‘Ketuanan Raja’ yang termaktub dalam perlembagaan yang menunjukkan rakyat perlu menunjukkan taat setia kepada raja. 

“Sebelum ini tidak pernah disebut ‘Ketuanan Melayu’ dalam masyarakat Melayu. Dalam sejarah hal sebegitu tidak betul. Yang ada dalam perlembagaan cuma ‘Ketuanan Raja’ iaitu di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. “Orang Melayu mendapat hak keistimewaan kerana mereka adalah rakyat raja, kerana itu raja yang penting. Kedudukan orang Melayu memang diberikan pertimbangan khas dan tidak perlu dipersoalkan.”- (Khoo Kay Kim, BERNAMA 2010)

Beliau dipetik pernah berkata seperti di bawah seperti mana yang dipetik oleh Malaysian Review (pautan: https://www.malaysianreview.com/146270/jangan-mudah-lupa-kejayaan-orang-melayu-kata-tan-sri-khoo-kay-kim/):

“Ini pernah berlaku. Orang Melayu dahulu (ramai) yang berjaya kerana mereka mempunyai sistem yang baik pada masa itu.

“Tetapi mereka (orang Melayu) ini dilupakan. Di Johor dahulu, ada seorang orang Melayu yang menjadi doktor, namanya Doktor Hamzah Taib. Dia mendapat ijazah dari Australia. Sebelum itu, Tun Doktor Ismail terlebih dahulu menjadi doktor, namun beliau dilupakan.

“Seorang orang Melayu, Raja Musa Raja Bot merupakan yang pertama diserap ke dalam Malayan Legal Services dan dia begitu cemerlang dalam bidang undang-undang, tetapi dia dilupakan,” katanya lagi ketika berucap di forum Mempertahankan Maruah Melayu.

Beliau dalam pada itu turut menyentuh jasa dan kejayaan Putera Sultan Kedah, Tunku Yaacob Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah di negeri Jelapang Padi.

“Di Kedah pula, masyarakat begitu mengenali Tunku Abdul Rahman (bekas Perdana Menteri Malaysia pertama) tetapi melupakan jasa Tunku Yaacob. Tunku Yaacob juga belajar di Universiti Cambridge dalam bidang pertanian. Bila beliau pulang ke Kedah, beliau dapati apa yang dipelajari di Cambridge tidak begitu sesuai kerana keadaan barat dengan negara tidak sama.

“Beliau kemudian dihantar ke Trinidad untuk belajar sebelum pulang semula ke tanah air dan berjaya menjadikan Kedah sebagai negeri yang paling penting dan terkenal dalam bidang pertanian. Tetapi, beliau dilupakan.”

Prof Khoo percaya bahawa orang Melayu hanya akan mencapai kejayaan apabila mereka didedahkan kepada sistem yang paling baik.

“Pendedahan kepada sistem yang baik boleh membuka peluang kepada orang Melayu untuk bersaing dengan pelbagai kaum,” 
(Sinar Harian)

Selamat jalan Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, profesor sejarah yang tiada tandingan!

(28 Mac 1937 – 28 Mei 2019)


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Sebelum ini merupakan penulis artikel berbentuk "copywriting" dalam membantu perniagaan dalam talian. Seorang yang mempunyai kelulusan kejuruteraan Elektronik tetapi amat meminati sejarah. Gemar menulis kembali artikel sejarah yang mula dilupakan. Seorang penulis yang terkesan dengan hilangnya jati diri anak bangsa yang tidak tahu menilai kehebatan bangsa dan ikhlas dalam membantu menarik minat golongan muda kembali menghayati sejarah.

Comments are closed.