Kita biasa mendengar nama nama pahlawan seperti Khalid al-Walid, Abu Ubaidah Al-Jarrah dan para Sahabat yang lain. Menjelang abad ke 6 iaitu pada 640 M telah lahir seorang yang bakal menjadi pemimpin dan panglima yang bakal menguasai Semenanjung Iberia yang kemudian dinamakan Al-Andalus. Namanya adalah Musa bin Nusair. Kisah hidup beliau yang dijulang kerana mendapatkan membuka lembaran Islam diakhiri dengan situasi yang memalukan ketika di ambang kematiannya.

Beliau adalah seorang gabenor di bawah Kerajaan Bani Umayyah untuk memerintah Afrika Utara atau digelar Ifriqiya. Di saat beliau dilantik menjadi gabenor, beliau punya visi dan misi yang mengukuhkan Islam di wilayah berkenaan kerana pertentangan kaum Berber iaitu antara suku kaum majoriti yang terdapat di Afrika Utara. Walaupun Afrika Utara telah dikuasai ketika zaman Khalifah Uthman bin Affan, tetapi selalu berlaku rusuhan dan kacau bilau yang menyebabkan wilayah itu goyah dan hampir terlepas ke tangan tentera Salib.

Kedatangan Musa bin Nusair telah menguatkan kembali wilayah yang berkecamuk itu. Beliau hadir dengan formula untuk menguatkan Afrika Utara dan seterusnya meluaskan syiar Islam sehingga ke kota Rom, Itali. Antara strategi yang telah dibuat oleh Musa bin Nusair dalam mengukuhkan kuasa Islam di Afrika Utara adalah:

1. Membuka banyak institusi pendidikan dan masjid sebagai mengukuhkan Islam dalam kalangan rakyat di Afrika Utara

2. Menyatu padukan suku kaum Berber dan Arab dengan menggalakkan perkahwinan merentasi kaum.

3. Memekarkan pembudayaan ilmu supaya masyarakat celik ilmu

4. Menjadikan pemimpin masyarakat sebagai pemimpin berkebajikan supaya rakyat tidak berniat untuk merusuh kemudian hari.

5. Menyantuni golongan kafir zimmi supaya mereka tidak berpaling tadah dan menjadi tali barut negara.

Dengan formula yang dilakukan oleh Musa bin Nusair, maka wilayah Afrika Utara menjadi kuat dan bersedia untuk menggerakkan jentera perang pulang ke Eropah dengan Semenanjung Iberia sebagai pintu masuknya. Barulah Musa bin Nusair yakin untuk meninggalkan wilayahnya sementera beliau turun berjihad.

Dalam percaturannya untuk menakluk Semenanjung Iberia dari puak Gothik, maka Musa bin Nusair telah menyediakan beberapa taktik untuk memulakan cahaya Islam di wilayah Kristian Katolik tersebut. Antaranya ialah:

1. Menguasai pelabuhan Ceuta yang dikuasai oleh seorang pembesar Visigoth bernama Julian yang beragama Kristian Katolik. Anak perempuan Julian telah dirosakkan oleh Raja Roderick yang menguasai separuh dari Hispania ketika itu. Musa bin Nusair bersedia untuk membantu Julian membalas dendam asalkan Julian membantu tentera Islam.

2. Menghantar tentera tinjauan yang diketuai oleh Tariq bin Ziyad bersama 7000 orang tentera merentasi laut dan terus berlabuh di sebuah bukit yang sekarang digelar Gibraltar.

3. Melantik Tariq bin Ziyad, wakil dari suku kaum Berber sebagai panglima tentera supaya tentera tidak memberontak jika diketuai oleh orang berbangsa Arab.

Di sini terdapat pelbagai pandangan oleh pakar sejarah bahawa yang menaklukkan Semenanjung Iberia adalah Musa bin Nusair bukannya Tariq Bin Ziyad seperti yang didendangkan kerana perancangan dan pelannya adalah dari Musa sendiri. Tetapi bukan ini yang kita mahu bincangkan. Asalkan kita maklum Musa bin Nusair dan Tariq bin Ziyad memainkan peranan yang penting dalam penaklukan Hispania.

Sesampainya Tariq bin Ziyad di Gibraltar, maka beliau dan 7000 orang tentera telah melakukan tinjauan dan menghantar segala maklumat kepada Musa bin Nusair di Afrika Utara. Setelah tiga minggu berada di sana, Tariq bin Ziyad telah diuji dengan kekuatan tentera Raja Roderick seramai 100,000 orang melawan 7000 orang. Inilah perkara palig mustahil kerana yang kecil berjaya mengalahkan yang besar. Perang ini dinamakan Perang Guadalate.

Kemudian, Tariq bin Ziyad dan baki tenteranya terus bergerak ke kota Cordova dengan menguasai beberapa kubu pertahanan sepanjang perjalanan. Paling menarik, perjalanan dari kota ke kota disambut baik oleh orang Yahudi kerana mereka telah lama tertindas di bawah pemerintahan puak Visigoth. Kekuatan pasukan Tariq menjadi lebih kuat ketika Musa bersama 18,000 orang tenteranya sampai ke Iberia dan bergabunng bersama tentera Tariq. Mereka terus meluaskan kuasa sehingga ke Narbonne yang sekarang terletak di selatan Perancis.

Kejayaan Tariq dan Musa ini mengejutkan para pembesar yang memerintah wilayah di Iberia sebelum ini. Dengan kejayaan ini juga menakutkan pendeta Kristian Katolik kerana mereka merasakan kekuasaan mereka bakal hilang jika tentera Islam menguasai seluruh Eropah. Semangat jihad Musa dan Tariq sungguh berkobar kobar untuk meneruskan pergerakan mereka hingga ke jantung Eropah.

Baru saja mereka nak bergerak lebih dalam ke Eropah, Khalifah Al-Walid telah memanggil mereka pulang ke Baghdad. Baginda memanggil pulang atas beberapa sebab iaitu:

1. Khalifah risau jika mereka pergi terlalu dalam ke Eropah, mereka akan dihabisi oleh tentera Kristian dengan mudah tanpa persediaan rapi

2. Bantuan akan menjadi lambat dan risau untuk tidak sampai kepada mereka.

3. Saki baki tentera dan pembesar Visigoth sedang merancang plot untuk memulakan serang balas.

Obsesi Musa bin Nusair terhadap jihad untuk menakluk Eropah sangat tinggi. Bayangkan ketika itu umurnya adalah 75 tahun. Umur yang rata rata di Malaysia sudah mula tidak memikirkan agenda besar dan berkhidmat di lapangan. Bayangkanlah Mua bin Nusair tela menakluk Afrika Utara pada umur 60 tahun. Dalam masa 15 tahun beliau merancang dah hasilnya telah ditemui. Beliau juga menyimpan impian untuk menakluk Kota Konstantinopel dari arah barat Eropah. Tetapi semua itu menjadi satu angan angan kerana Khalifah Al-Walid memanggilnya pulang.

Musa bin Nusair membawa Tariq bin Ziyad pulang ke Damsyik. Tetapi Khalifah Al-Walid ketika itu jatuh sakit dan akhirnya meninggal. Musa begitu berharap pengganti Al-Walid bersetuju dengan Musa untuk meneruskan usaha penaklukan. Tetap pengganti Al-Walid, saudaranya sendiri iaitu Khalifah Sulaiman juga sependapat dengan saudaranya.

Musa bin Nusair telah meninggal dunia di Makkah dan dikebumikan di sana ketika mengerjakan ibadah haji bersama Khalifah Sulaiman. Meskipun begitu, kecintaan pada jihad tidak pernah padam. Setelah 10 tahun berjihad di Afrika Utara dan Andalusia, mana mungkin perasaan dan semangat itu hilang begitu saja.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan seorang Jurutera Mekanikal Lapangan di The Hub's Engineering Bergiat aktif dengan YADIM dan merupakan Presiden Kluster Belia di bawah YADIM iaitu Sahabat YADIM.

Comments are closed.