2020 ialah tahun yang sangat pelik. Tiga hari selepas tahun baharu, dunia nampaknya menghampiri P3r4ng Dunia Ketiga.

Tiga bulan kemudian jelas sekali semua retorik Januari telah menemui kebuntuan. Malah entah berapa ramai saja yang menyebut nama Qassem Soleimani, apatah lagi mengingatinya.

Kerana Amerika Syarikat dan Iran sedang bergelut untuk menewaskan koronavirus yang semakin bermaharajalela.

Semuanya kerana satu bandaraya China yang makan ikut sedap tekak sehingga menghamburkan bala kepada dunia.

Semua mengatakan bahawa kelawarlah punca dunia ditundukkan. Tetapi hakikat ini masih belum disahkan sebenarnya.

Kerana keringat dan kudrat sekarang lebih ditekankan untuk mengekang dan menewaskan virus ini.

Namun kepastiannya daripada pasar basah Wuhan yang menjual semua benda untuk dimakan.

Berdasarkan penemuan genetik, dijangka bahawa tenggiling bersisik (manis pentadactyla) yang seharusnya diperhatikan.

Virus di dalam tenggiling spesis ini mempunyai 99% persamaan dengan COVID-19 (Cyranoski, 2020).

Populasi China memang menyukai haiwan ini, terutamanya untuk membuat ubat-ubatan Cina.

Status terancam genting oleh IUCN tidak menjadi penghalang untuk setiap tenggiling bersisik. Pada masa kajian ini dibuat, ular baru sahaja diketepikan daripada calon penyebar virus Wuhan (Callaway & Cyranoski, 2020).

Sungguhpun begitu ketiga-tiga – kelawar buah, tenggiling bersisik, ular – dijual secara berleluasa di Wuhan. Maka pihak kesihatan sedunia berdepan dengan masalah untuk mengenalpasti meskipun wujud persamaan dari segi jenis virus tersebut.

Saintis juga bergelut dalam hal ini kerana COVID-19 sejak 2019-nCoV lagi telah disahkan seakan-akan sama dengan virus dalam kelawar buah daripada wilayah Yunnan (Zhou, 2020).

2019-nCoV pula telah hinggap ke satu spesis haiwan yang menjadi perantara sebelum lompatan terakhir ke manusia pertama.

Orang tersebut pula berhubung dengan Orang Kedua secara berpanjangan tanpa sebarang perlindungan pun. Maka dari sinilah COVID-19 merebak dengan lompatan demi lompatan begitu pantas (Arman, 2020).

Proses yang sama juga berlaku apabila Amerika Syarikat menerima COVID-19 pertama. Seorang wanita dari China telah memperkenalkan COVID-19 di Illinois selepas bersama suaminya dalam suatu masa yang lama.

Mereka telah berhubung dengan sekurang-kurangnya 300 orang yang tiada seorang pun menunjukkan simtom selepas dipantau. Perkara ini berlaku kerana tempoh hubungan antara mereka tidak selama mana suami isteri ini bersama.

Apa yang mengecewakan ialah perkara ini pernah berlaku suatu masa dahulu semasa SARS-CoV merebak secara berleluasa. Pada masa itu musang dan kelawar ladam menjadi punca penyebar, pun dijual untuk pemakanan di Daerah Yunnan.

Dengan nama China buruk sebanyak dua kali berturut-turut, tempoh 2002 dan 2019 tidak mampu menebatkan Sinofobia terutamanya pada Zaman Maklumat ini.

Menyedari perkara ini China bergegas untuk menyekat perdagangan haiwan sebelum menjadi tuan rumah untuk persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).  Itu pun kalau sidang tersebut tidak ditangguh kerana penularan COVID-19 (Bloomberg, 2020).

Seramai 167,676 orang disahkan positif dalam 142 buah negara. China masih menjuarai takhta walaupun telah mengurangkan kadar penularan ke paras 0.01-0.09%.

Sementara itu Itali dan Iran pula telah menjadi pusat penular (viral epicenters) di rantau masing-masing. Itali telah mengisytiharkan perintah berkurung, dengan Sepanyol semakin menghampiri tahap tersebut.

RUJUKAN:

Arman, A. (2020, March 12). ‘Prolonged, unprotected contact’ led to first known person-to-person coronavirus transmission in US, study says. CNN. Retrieved from https://edition.cnn.com/2020/03/12/health/person-to-person-coronavirus-illinois-study/index.html

Bloomberg. (2020, March 13). Virus Jolts China to Curb Animal Trade Before Hosting UN Summit. Retrieved from https://www.bloomberg.com/news/articles/2020-03-12/virus-jolts-china-to-curb-animal-trade-before-hosting-un-summit

Callaway, E., & Cyranoski, D. (2020, January 23). Why snakes probably aren’t spreading the new China virus. Nature. Retrieved from https://www.nature.com/articles/d41586-020-00180-8

Cyranoski, D. (2020, February 7). Did pangolins spread the China coronavirus to people? Nature. Retrieved from https://www.nature.com/articles/d41586-020-00364-2

Zhou, P., et al. Nature. https://doi.org/10.1038/s41586-020-2012-7 (2020).


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.