Pada tahun 1994, sekumpulan pelombong garam di Lombong Garam Chehrabad, Zanjan meneruskan pekerjaan harian mereka. Dalam kesibukan bekerja, tiba-tiba mereka terjumpa m4yat seorang lelaki dalam lombong berkenaan. M4yat tersebut bukan saja mempunyai rambut dan janggut putih yang panjang, malah ia memakai sebuah subang emas. Hasil kajian radiokarbon mendapati lelaki tersebut m4ti pada tahun 300 Masihi semasa berusia antara 35-40 tahun.

Kepala Mummy.

Menariknya, m4yat tersebut seperti seolah-olah sudah menjalani proses pemumiaan yang radikal. Sejak itu, enam lagi mumia garam Iran ditemui dan datang dari pelbagai era seperti Achaemenid (Empayar Parsi Pertama) hingga Sassanid (Empayar Parsi Baru). Pada tahun 2004, satu lagi mumia garam ditemui sekaligus memaksa usaha ekskavasi kecemasan dilakukan.

Ini disusuli satu lagi penemuan pada tahun 2005 dengan penemuan terakhir dibuat pada tahun 2007. Berdasarkan penyelidikan para saintis, mumia yang ditemui mereka berkemungkinan pelombong-pelombong yang terperangkap dalam lombong itu apabila ia runtuh sekaligus membawa kepada kem4tian mereka.

Ketika ini, kepala mumia garam Iran pertama diletakkan sebagai bahan pameran Muzium Negara Iran di Tehran. Empat lagi mumia dipindahkan ke Muzium Arkeologi Zanjan manakala satu lagi mumia garam ditinggalkan dalam lombong garam berkenaan.

Penemuan mumia garam ini memberi peluang kepada pakar-pakar arkeologi mengenali kehidupan pelombong garam purba. Penemuan ini turut membuka ruang kepada pelbagai penyelidikan dalam pelbagai bidang seperti arkeobotani, arkeozoologi, arkeologi perlombongan dan antropologi fizikal.

Lagi peninggalan.

Kajian-kajian ini membantu pakar-pakar mengetahui amalan perlombongan silam. Misalnya, dengan melihat artifak dan ekofak yang terdapat dalam lapisan-lapisan stratigrafi, terdapat tiga fasa perlombongan yang berbeza iaitu Achaemenid, Sassanid dan Islam.

Misalnya, aktiviti perlombongan semasa era Sassanid wujud di kawasan sekitar dengan bekalan diuruskan mengikut wilayah. Sebaliknya pada era Achaemenid pula, aktiviti perlombongan diuruskan oleh pelombong-pelombong asing dengan lombong diakses dari kawasan yang jauh. Contohnya, pelombong tidak mendirikan petempatan berhampiran kawasan lombong.

Kajian-kajian ini turut membantu menyemak semula fakta berkenaan mumia garam Iran. Contohnya, mengikut laporan rasmi, pihak berkuasa merekodkan penemuan enam mumia sahaja. Tetapi hasil analisis anatomi mendapati sesetengah anggota badan yang dikatakan daripada individu yang sama sebenarnya daripada individu-individu yang berbeza. Ini menunjukkan bilangan sebenar mumia garam Iran ialah lapan individu.

Di sebalik semua ini, wujud kebimbangan tentang nasib mumia-mumia ini. Ini kerana mumia-mumia garam ini diletakkan dalam ruang pameran Plexiglass yang tidak kedap sekaligus mencetuskan masalah kepada mumia seperti keretakan (perubahan udara dan tekanan) dan kehadiran organisma perosak seperti serangga dan bakteria. Ketika ini, wujud rancangan untuk menghasilkan ruang pameran tetap dan ia sedia dilakukan sekiranya ada dana.

RUJUKAN:

DHWTY. (2016). Preserved by Nature: Studying the Spectacular Salt Mummies of Iran. Ancient-Origins. https://www.ancient-origins.net/artifacts-other-artifacts/preserved-nature-studying-spectacular-salt-mummies-iran-006584


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.