Pada tahun 2001, sekumpulan ahli arkeologi menemui pasangan rangka manusia di tempat ekskavasi yang terletak di Pulau South Uist, berdekatan persisiran pantai Scotland. Pada mulanya, rangka itu hanyalah penemuan zaman gangsa Scotland namun mereka menemui sesuatu yang lagi aneh dari kebiasaan.

Mereka menemui rangka ini dimumiakan dalam bentuk ‘Mumia Frankenstein’. Apa yang dimaksudkan dengan Mumia Frankenstein?

PENEMUAN PASANGAN RANGKA ZAMAN GANGSA

Dalam kawasan ekskavasi bernama Cladh Hallan, pasangan rangka yang terdiri dari seorang lelaki dan seorang wanita, dikebumikan dengan posisi fetus bayi. Kajian terhadap pasangan ini menunjukkan bahawa si lelaki ini meninggal pada 1,600 SM dan si wanita meninggal pada 1,300 SM. Namun, para ahli arkeologi menemui ciri-ciri rangka yang aneh untuk difahami. Mereka kemudian teruskan kajian.

Salah satu mumia Frankenstein ditemui di Cladh Hallan.

Keputusannya, mereka menemui walaupun si lelaki meninggal dunia sekitar 1,600 SM, namun mayatnya tidak dikebumikan sehingga 6 abad kemudian, sekitar 1,000 SM. Sama juga dengan rangka wanita, mayat tidak dikebumikan sehingga 300 tahun selepas kematiannya. Ciri inilah yang begitu aneh kerana apabila mayat tidak dikebumikan beratus-ratus tahun, ia berakhir menjadi gumpalan rangka.

Para ahli arkeologi berandaian mungkin cara pengebumian ini adalah sebahagian dari ritual yang diamalkan oleh penduduk Cladh Hallan. Mereka juga menemui rangka biri-biri dan dua ekor anjing yang dijadikan korban ritual.

Apabila dikaji lebih mendalam lagi, mereka menemui bahawa bahagian badan mayat dimumiakan dengan tanah gambut. Dengan menggunakan teknik forensic moden, mereka juga temui lapisan tulang setebal 2 milimter telah demineralisasi atau mineralnya dikeluarkan. Ini bermaksud badan mayat telah dikebumikan dengan tanah gambut selama 6 dan 18 bulan.

Dengan bukti yang ahli arkeologi dapati, badan pasangan mayat sengaja dimumiakan dahulu menggunakan tanah gambut, kemudian dikeluarkan dan dikebumikan terus sebagai cara perlaksanaan ritual pengebumian. Menurut Profesor Mike Parker Pearson dari Shelffield University, pasangan mumia itu memainkan peranan penting dalam masyarakat mereka dalam ritual sembahan. Mungkin masyarakat ini meminta pertolongan pawang atau bomoh untuk selesaikan masalah.

PASANGAN RANGKA ITU IALAH FRANKENSTEIN?

Kawasan arkeologi Cladh Hallan.

Namun begitu, kajian tidak berhenti begitu saja kerana 10 tahun kemudian, terdapat satu lagi penemuan baru. Kajian DNA terhadap pasangan rangka ini mendapati bahawa kedua-dua rangka sebenarnya adalah 6 rangka manusia yang digabungkan!

Dalam rangka lelaki, bahagian torso, tengkorak dan leher, serta rahang bawah adalah milik 3 individu lelaki yang berbeza? Manakala rangka wanita pula menunjukkan bahawa terdapat tengkorak milik lelaki, torso milik wanita, dan bahagian lengan milik seorang individu yang tidak diketahui jantinanya.

Pentarikhan karbon menunjukkan bahawa tengkorak ‘wanita’ berusia 50 hingga 200 tahun lebih tua dari bahagian torso. Berkemungkinan mumia ‘wanita’ ini sebenarnya dibentuk dari bahagian tubuh individu lain dalam keluarga yang sama. Ia menjadi ‘puzzle’ untuk melengkapkan rangka seorang individu.

Dengan cara sebegitu, kita teringat tentang cerita sains fiksyen Eropah bernama Frankenstein, seorang gergasi yang dihidupkan seorang profesor dengan cantumkan bahagian tubuh individu lain. Maka, pasangan rangka ini pengkaji namakannya ‘Mumia Frankenstein’.

Mengapa masyarakat zaman gangsa melakukan mumia sebegini rupa? Ahli arkeologi yang mengkaji pasangan mumia itu masih tidak memahami mengapa ia dimumiakan dengan cara cantuman ini. Walaupun begitu,

Pearson percaya bahawa gabungan rangka ini dilakukan untuk mencipta ‘simbolik nenek moyang’ yang terdiri dari rangka individu lain yang sama pertalian keluarga. Ia seumpama seni dengan menyatukan rangka-rangka individu dalam keluarga sama, ‘melahirkan’ nenek moyang’ mereka.

Kajian DNA terhadap rangka lelaki menunjukkan 3 bahagian rangka dimiliki oleh 3 orang individu lelaki yang berbeza. Rangka badan biru dimiliki oleh lelaki dari 1,600 SM, tengkorak kuning dimiliki oleh lelaki dari 1,500 SM, dan rahang bawah merah dimiliki oleh lelaki dari 1,440 SM.

Namun, menurut Terry Brown iaitu profesor bidang arkeologi biomedik dari University of Manchester, beliau berpandangan bahawa gabungan bahagian rangka ini hanyalah praktikal di mana bahagian rangka yang hilang digantikan dengan yang baru.

Manakala ahli kajian DNA kuno bernama Kerri Brown yang juga mengkaji mumia Frankenstein ini, beliau berpendapat bahawa masyarakat zaman gangsa mungkin telah melakukan apa yang dipanggil sebagai ‘penbedahan tukar organ’.

Apapun teori yang pengkaji Eropah bentangkan, penemuan mumia Frankenstein adalah unik kerana mumia ini satu-satunya ditemui di Kepulauan Britain.

RUJUKAN:

Holloway, April. 7 January 2022. Why Did Ancient Scots Prepare ‘Frankenstein’ Mummies? Ancient Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply