Bila ditanya tentang di mana lokasi mumia tertua di dunia, ramai memberikan jawapan Mesir. Ada melihat jawapan ini logik kerana penemuan banyak mumia di banyak tapak Mesir Purba sekitar Lembangan Sungai Nil. Tetapi hakikatnya, lokasi sebenar mumia tertua di dunia terletak di kawasan ini: Gurun Atacama di Chile.

Menariknya di sini, orang Chinchorro telah mengamalkan pemumiaan sekurang-kurangnya sejak 5000 SM. Ini menjadikan mereka orang terawal mengamalkan pemumiaan 2,000 tahun lebih awal daripada orang Mesir Purba. Cuma beza mereka ialah Mesir Purba berstatus peradaban kompleks dengan orang Chinchorro pula mengamalkan gaya hidup pemburu-pengumpul hasil era pra-seramik. (Johnson, 2019)

Kebudayaan Chinchorro.

300 mumia Chinchorro yang ditemui para pengkaji arkeologi kini diletakkan di Muzium Arkeologi San Miguel de Azapa yang terletak di perkampungan San Miguel de Azapa. Bagaimanapun, hanya 10% mumia sahaja yang dipamerkan kepada orang ramai. Ini kerana muzium berkenaan tidak mempunyai wang atau ruang mencukupi untuk mempamerkan semua mumia tanpa merosakkannya.

Menurut kurator dan pakar pemuliharaan Mariela Santos, kebanyakan koleksi mumia ini ada kaitan dengan upacara kema.ti.an yang dijalankan oleh orang Chinchorro. Proses pemumiaan pada awalnya diaplikasikan kepada bayi dan fetus sebelum diteruskan kepada orang dewasa. Ini mungkin ada kaitan dengan kadar kema.ti.an tinggi membabitkan bayi dan kanak-kanak di kawasan didiami mereka.

Tambah Santos, terdapat lima gaya pemumiaan yang dibuat orang Chinchorro dalam tempoh 4,000 tahun. Tetapi mengikut mumia yang ditemui saintis di Atacama, mumia merah dan hitam yang biasa dilihat.

Bagi proses penghasilan mumia hitam, orang Chinchorro memo.to.ng semua bahagian tubuh si ma.ti sebelum diawet dan disambungkan semula. Sementara untuk mumia merah pula, po.to.ngan-po.to.ngan kecil dibuat pada badan si ma.ti dengan tujuan mengeringkan ruang dalam badan dan mengeluarkan organ-organ dalaman.

Kedua-dua jenis mumia ini kemudiannya diisi dengan kayu dan mensiang sebelum dipakaikan rambut palsu dan topeng yang diperbuat daripada tanah liat. Tidak seperti mumia era Mesir Purba di mana mumia ditanam bersama harta yang dimilikinya, mumia Chinchorro ditanam sehelai sepinggang. (Johnson, 2019)

Antara koleksi mumia Chinchorro.

Bagaimanapun, dengan perubahan iklim yang melanda dunia hari ini, ia sudah mula menjejaskan keutuhan mumia-mumia Chinchorro. Semasa mumia-mumia ini ditemui, ia masih dalam keadaan baik. Ini disebabkan iklim Gurun Atacama yang kering dan panas sekaligus memastikan mana-mana mikroorganisma tidak dapat hinggap pada mumia. (Daley, 2016)

Tetapi akibat perubahan iklim yang lebih lembap di sebelah utara, ia membenarkan mikroorganisma mula memakan kolagen yang ada pada mumia. Atas sebab itu, sebarang kajian dan usaha pemuliharaan harus digerakkan dengan segera bagi memastikan kisah orang Chinchorro ini tidak lenyap ditelan zaman.

Hasrat ini direalisasikan menerusi pembukaan sayap pameran yang lebih besar di Muzium Arkeologi San Miguel de Azapa pada tahun lepas. Bahagian pameran ini mampu menempatkan lebih 35% koleksi mumia dan diharap dapat memelihara keutuhan semua mumia Chinchorro. (Johnson, 2019) Cara ini dicapai dengan meletakkan mumia yang dipamerkan kiub-kiub khas di mana suhu dan kelembapannya dikawal. (Daley, 2016)

RUJUKAN:

Daley, Jason. (2016). What Have the World’s Oldest Mummies Kept Under Wraps?. Smithsonian Magazine.

Johnson, Mark. (2019). Surprise! The world’s oldest mummies are not in Egypt. CNN Travel.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.