Moving Forward As One

Mumia Burung Nuri Ditemui Ditengah Padang Pasir

951

Ahli antropologi AS, Jose Capriles yang sedang fokus dalam kajian budaya orang asal Inca pergi ke padang pasir Atacama, bersama ibunya bernama Eliana Flores Bedregal, seorang ahli ornitologi (mengkaji burung) untuk mengenal pasti lebih dua dozen mumia burung nuri yang mereka temui baru-baru ini.
Sepanjang kajian, mumia-mumia burung ini rata-rata dimumiakan pada sekitar 1100 hingga 1450 Masihi. Spesis burung yang dimumiakan ini adalah 5 spesis burung nuri Amazon yang hanya ditemui di hutan hujan Amazon.

Dari sini persoalan timbul, mengapa burung nuri yang berasal dari hutan hujan tiba-tiba ditemui di padang pasir? Dan mengapa burung nuri dimumiakan sedemikian?

Kewujudan burung nuri di padang pasir Atacama tidak menghairankan jika kita mengetahui sejarah kehidupan orang asal Amerika Selatan. Bermula dari fasa kebudayaan Chinchorro iaitu sekitar 5050 SM, perdagangan burung nuri untuk mendapatkan bulu pelepah berkembang maju. Hingga fasa empayar Inca (1438-1533), perdagangan ini masih diteruskan.

PERJALANAN BURUNG NURI DARI AMAZON KE ATACAMA

Apabila burung nuri telah ditangkap dan perlu dibawa ke Atacama, halangan pertama perlu lalu iaitu ketahanan burung akan cuaca berubah dari suhu kelembapan hingga suhu terlalu panas.
Burung-burung ini harus dibawa merentasi pergunungan Andes yang ketinggian lebih 10,000 kaki. Lagi satu, kenderaan apa yang mengangkut kesemua-semua burung ditangkap ini? Adakah haiwan llama yang biasa dengan selok-belok gunung? Tetapi haiwan ini tidak digunakan untuk mengangkut burung-burung ini dan juga tidak tahan dengan suhu panas.

Capriles sendiri menyatakan bahawa llama bukan pengangkut yang sesuai. Namun tidak ada bukti kukuh untuk menjelaskan pengangkutan burung nuri ini. Kita hanya mampu mengandaikan bahawa llama sememangnya ‘kenderaan’ yang mengangkut tangkapan burung nuri dan orang asal mahir memastikan burung nuri hidup dalam keadaan iklim yang berubah.

KEHIDUPAN BURUNG NURI DI PADANG PASIR

Tibanya kumpulan penangkap burung nuri ke Atacama, burung-burung nuri ini akan diternak untuk menghasilkan bulu pelepah yang cantik. Ada juga sebahagian burung dijadikan sebagai haiwan peliharaan.
Bulu pelepah itu kemudian dicabut terus dari tubuh burung nuri untuk kegunaan ritual keagamaan. Manakala orang asal Andes pula menggunakan pelepah nuri untuk dijadikan pakaian yang melambangkan status tertinggi sosial mereka

Namun begitu, burung nuri yang diternak dan dipelihara ini menempuhi kehidupan yang sukar. Bukan sekadar bertahan dengan suhu panas, burung-burung ini juga harus memakan makanan yang biasa orang asal Atacama dan Andes ini makan.

Makanan harian burung-burung nuri ini hanyalah biji jagung yang kaya dengan nitrogen. Kebanyakan biji jagung ini adalah dari bahan buangan burung laut, menurut Capriles melalui kajian ke atas perut mumia burung.

MEMUMIAKAN BURUNG NURI

Apabila burung nuri mati, tubuhnya dimumiakan dengan cara yang aneh. Paruhnya dibuka luas. Ada sesetengah mumia burung lidahnya dikeluarkan. Sesetengah mumia burung juga dikembangkan sayap sebagai simbolik ‘penerbangan terakhir’. Kaki burung juga dilihat sehingga patah.

Ada beberapa mumia burung nuri ini organ-organ dalamannya dikeluarkan dari dubur dan dibalut banyak kali dengan lain atau beg. Capriles sendiri tertanya-tanya mengapa mumia burung nuri sebegitu rupa.

Kebanyakan mumia burung nuri ditemui di kawasan Pica 8, kawasan arkeologi luar dari penempatan kuno orang asal Atacama. Mumia-mumia ini dikubur bersama manusia. Kubu ran-kuburan ini membantu para saintis mengkaji lebih lanjut akan ritual pengebumian orang asal Atacama ini.

Maka, Inilah sejarah mumia burung nuri yang mampu saintis jelaskan.

RUJUKAN:

Piraino, S. (30 Mac 2021). Amazonian Mummified Parrots Discovered in the Atacama Desert. Ancient Origins.|

Dockrill, P. (2 April 2021). Mummified Birds in The Atacama Desert Reveal a Dark Side of History. Science Alert.

Ruangan komen telah ditutup.