Mumia Burung Mesir Purba

417

https://bit.ky/kombowww

Semua maklum selepas selesai proses pemumiaan, mumia akan ditempatkan dalam kamar bersama harta-hartanya dan dalam sesetengah kes, mumia dayang dan pengawalnya bagi memudahkan urusannya di alam seterusnya. Dan bagi ahli kaji Mesir Purba, satu barang yang membuatkan mereka teruja dan tertanya-tanya iaitu mumia burung dalam setiap barang yang dimiliki mumia.

Rajah 1: Contoh keranda burung upih yang dipamerkan di Muzium Brooklyn.

Berdasarkan satu laporan yang diterbitkan dalam jurnal penyelidikan Nature, banyak mumia burung yang ditemui bersama mumia manusia. Mumia burung ini dikatakan diletakkan di situ sebagai persembahan kepada dewa Horus dan Thoth. Ini sekaligus membuktikan mumia burung dibuat pada skala industri bagi memenuhi permintaan masyarakat ketika itu.

Berdasarkan kajian pengkaji Mesir Purba, sesetengah haiwan diternak khas untuk dijadikan sebagai persembahan kepada dewa-dewi. Contohnya, banyak bukti menunjukkan kucing diternak pada skala industri besar semata-mata digunakan sebagai bahan k0rban. Tetapi untuk spesies burung pula, para penyelidik masih tertanya-tanya apakah perkara tersebut dilakukan pada skala sama.

Penyelidikan mereka mendapati mumia burung meliputi semua peringkat tumbesaran burung termasuk telur. Ini menunjukkan orang-orang Mesir Purba memburu dan menangkap burung-burung ini di kawasan liar sekaligus memperlihatkan mereka bijak mengambil kesempatan dalam mendapatkan sumber. Namun begitu, dalam sesetengah kes, teks-teks Mesir Purba menunjukkan sesetengah burung diternak khas sebagai korban kepada Horus dan Thoth.

Bagi menentukan asal-usul mumia-mumia burung ini, penyelidik mengambil sampel daripada beberapa jenis burung seperti falkon dan burung upih. 20 sampel mumia burung diambil daripada koleksi pameran mumia burung di sebuah muzium di Lyon, Perancis. Sampel-sampel diambil bagi mengkaji komposisi isotop sekaligus mendedahkan diet burung-burung ini sebelum m4ti.

Sekiranya keputusan menunjukkan kepelbagaian dalam komposisi isotop, ini menunjukkan burung-burung ini hidup bebas di udara sebelum diburu dan ditangkap. Dan jika keputusan menunjukkan sebaliknya, ini menunjukkan burung-burung ini diternak untuk tujuan upacara keagamaan Mesir Purba.

Hasil kajian mereka mendapati kepelbagaian isotop yang tinggi menunjukkan mumia-mumia burung ini datang dari kawasan geografi yang lebih luas. Ini menunjukkan burung-burung ini sebenarnya burung migrasi yang meninggalkan Delta Sungai Nil secara bermusim ke kawasan-kawasan yang kita kenali sebagai Ethiopia dan Sudan. Penemuan ini turut menafikan teori mumia-mumia burung ini sebenarnya burung-burung yang diternak di sangkar-sangkar sekitar Sungai Nil.

Di samping itu, kajian sama turut menunjukkan orang Mesir Purba merupakan pemburu haiwan yang cekap terutama burung dan buaya. Ini dibuktikan menerusi penemuan beberapa fresko yang menceritakan aktiviti pemburuan secara besar-besaran dan penangkapan burung. Contoh mudah, fresko makam Nakht di Nekropolis Theban seperti di bawah:

Dengan itu, ini menunjukkan aktiviti pemburuan burung untuk tujuan keagamaan bukan sesuatu yang asing bagi masyarakat Mesir Purba. Dan tidak mustahil ia dilakukan dalam skala industri besar-besaran sekaligus memberi tekanan kepada populasi burung pada ketika itu. Aktiviti sebegini memberi kesan kepada populasi burung jauh sebelum ia mengalami kemerosotan seperti yang dilihat hari ini.

RUJUKAN:

Whelan, Ed. (2020). Ancient Egyptians Went Wild for Bird Mummy Offerings. Ancient-Origins. https://www.ancient-origins.net/news-history-archaeology/bird-mummies-0014299

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.