Selepas pemerintahan Khulafa Ar Rasyidin telah digantikan oleh pemerintahan Kekhalifahan Bani Umayyah oleh Muawiyah bin Abi Sufian, maka pemerintah Islam telah mula mengorak langkah untuk meluaskan lagi empayar Islam di serata dunia. Zaman ini juga dikatakan pra keemasan Islam.

Zaman Bani Umayyah adalah zaman pemerkasaan dari segi jajahan, ketenteraan, ekonomi dan intelektual. Perluasan empayar Islam dipergiatkan ketika era ini untuk memastikan kelangsungan syiar Islam terus berkibar di Dunia Lama (Old World). Tokoh tokoh pemerintah ketika ini masih kuat dari segi pegangan agamanya kerana masih dekat dengan para Sahabat yang mendapat tarbiyah terus dari Rasulullah saw.

Seperti yang diketahui, perluasan kuasa adalah idaman atau impian mana mana kerajaan yang ingin menjadi ‘tuan’ kepada dunia ketika itu dan kerajaan Islam tidak terlepas darinya. Kerajaan Bani Umayyah telah berusaha untuk melebarkan sayap mereka sehingga ke negara negara yang kini berada di Asia Tengah (Kazakhstan, Tajikistan, Uzbekistan, Turkmenistan) dan Asia Selatan (Pakistan, India, Bangladesh, Sri Lanka).

Wilayah Sindh sebelum kedatangan Islam telah diperintah oleh sebuah kerajaan Hindu yang dinamakan Dinasti Brahman. Dinasti ini telah diasaskan oleh seorang Brahmin yang merupakan agamawan Hindu iaitu Chach. Chach telah berkahwin dengan janda kepada Rai Sahasi II yang merupakan pemerintah terakhir bagi Dinasti Rai. Kedudukan Chach diperkuatkan lagi memb*nuh abang kepada Rai Sahasi II.

Pemerintah Bani Umayyah memang sudah lama ingin men4kluk wilayah Sindh kerana wilayahnya yang strategik dan pedagang dari wilayah Islam selalu diganggu di barat Lautan India. Ketika itu, ramai lanun yang digelar Lanun Debal (sebuah wilayah yang terletak di Karachi, Pakistan) yang berlegar dan telah menculik ramai anak kapal dan perempuan Muslim yang bergerak ke Sri Lanka dari India untuk dijadikan sebagai hamba.

Ini membuatkan Khalifah Abdul Malik bin Marwan marah dan menyediakan bilangan tentera yang besar untuk men4kluk Wilayah Sindh dengan diketuai oleh Al Hajjaj Bin Yusof. Tetapi langit tidak selalu cerah, Khalifah Abdul Malik mangkat sebelum sempat mengerahkan tentera untuk men4kluk Sindh.

Cita cita Khalifah Abdul Malik tidak pernah m4ti kerana seterusnya ia disambung oleh anaknya iaitu Khalifah Al-Walid. Khalifah Al-Walid seorang yang bercita cita tinggi untuk memperluaskan empayar Islam hingga ke China. Jadi dia merasakan langkah pertama untuk mencapai impiannya itu adalah dengan men4kluk kerajaan-kerajaan yang berada di Asia Tengah ketika ini.

Khalifah Al-Walid mengarahkan Al Hajjaj yang ketika itu merupakan seorang gabenor di Yaman untuk menyediakan tentera bagi menyerang wilayah Sindh. Ketika inilah juga, sosok tubuh bernama Muhammad bin Qasim muncul. Jadi siapakah Muhammad bin Qasim ini?

Muhammad bin Qasim dilahirkan pada 695 masihi. Dia merupakan anak saudara kepada Al-Hajjaj. Muhammad seorang yang sangat cerdas dan hebat dalam taktikal sehingga melangkaui pegawai pegawai yang telah lama berkhidmat. Disebabkan itu, beliau dilantik sebagai gabenor di wilayah Parsi walaupun usianya ketika itu masih muda dan remaja.

Keupayaan Muhammad bin Qasim makin terserlah selaku pemimpin selepas beliau menumbangkan pemberontakan yang berlaku di Parsi. Beliau telah menjadi pemimpin belia yang disegani rakyat kerana kredibiliti yang ada pada beliau.

Pedagang Arab telah lama berdagang dengan India dan Timur Asia. Laluan perdagangan yang digunakan adalah laluan laut dan darat, tetapi jalan laut sentiasa diancam bahaya kerana gangguan dari lanun Sindh. Ini menyebabkan khalifah Islam mahu menguasai kawasan ini.

Wilayah yang telah dit4kluki oleh Muhammad bin Qasim.
(Merah itu adalah sempadan negara sekarang)

Ketika penguasaan Al-Hajjaj sebagai gabenor Yaman, sekumpulan lanun telah menyerang kapal pedagang yang membawa hadiah dari pemerintah Ceylon kepada Hijaz dan mereka juga menyerang kapal yang membawa anak yatim dan janda tentera Islam yang m4ti di Sri Lanka. Ini menjadi sebab kepada hasrat Khalifah untuk menguasai Makran (Baluchistan) dan Wilayah Sindh.

Kekhalifahan Umayyah telah mengarahkan Muhammad bin Qasim untuk m4nyerang Sindh. Muhammad mengetuai 8000 pasukan berkuda Syria dan ketika menuju sempadan wilayah Sindh, mereka disertai lagi oleh seorang pengawal diraja dan 6000 pasukan unta bersama 5 manjanik. Dengan pasukan yang agak besar dan semangat jihad yang tinggi, mereka telah bersedia untuk menawan Sindh.

Muhammad bersama tenteranya telah bergerak memasuki wilayah Sindh dan berhasil men4kluk Debal, di mana tentera Arab berarak di sepanjang sungai Indus. Di Rohri (Roar), pasukan Muhammad bin Qasim bertemu dengan pasukan Raja Dahir. Pertembungan yang sengit telah berlaku.

Selepas beberapa ketika, Raja Dahir m4ti dan pasukannya telah dikalahkan oleh Muhammad bin Qasim dan mereka mengambil alih wilayah Sindh. Muhammad bin Qasim meneruskan perjalanan mereka ke Daibul (Debal) 712 Masihi dan berjaya menawannya. Selepas itu, Muhammad bin Qasim meneruskan kejayaan ke Nirun, sebuah kubu bernama Sikka, Brahmanabad, Alor, Multan dan Gujerat.

Selepas berjaya men4kluk Multan, Muhammad meneruskan lagi kempennya berhampiran perbatasan Kerajaan Kashmir, tetapi kerana beberapa perkara akhirnya usaha penawanan tidak diteruskan. Tetapi ketika itu, Muslim sudah menguasai sepenuhnya wilayah Sindh dan sebahagian Punjab sehinggakan ke sempadan Kashmir di utara.

Selepas kempen tersebut, Muhammad bin Qasim telah memeterai dasar perdamaian bersama pembesar setempat, iaitu dengan mereka bersedia menerima pemerintah Muslim dan sebagai balasan pemerintah Muslim tidak akan menganggu urusan agama dan budaya setempat. Beliau juga telah memperkenalkan sistem cukai yang mantap dan dengan hasil cukai beliau memberikan jaminan keselamatan dan harta penduduk setempat.

Dua tahun selepas itu pada tahun 714 Masihi, Al- Hajjaj telah meninggal dunia. Ketika Khalifah Al-Walid mangkat dan digantikan oleh adiknya, Sulaiman, yang tidak menyukai Al-Hajjaj serta keluarganya kerana dianggap sebagai ancaman kepada pemerintahannya. Disebabkan itu, Sulaiman memanggil pulang Muhammad bin Qasim dan beliau patuh kepada arahan sebagai seorang jeneral. Apabila pulang, Muhammad telah dijatuhi hukuman m4ti pada 715 Masihi dan ketika itu beliau berumur 20 tahun.

Pebagai pendapat tentang kem4tiannya. Ada yang mengatakan beliau m4ti ketika dalam perjalanan pulang ke Damsyik. Ada juga pendapat yang mengatakan beliau m4ti akibat fitnah dri dua orang puteri dari wilayah Sindh yang memfitnah Muhammad telah memperlakukan mereka dengan kasar.

#NastiaUmmah

RUJUKAN:

  1. MUHAMMAD BIN QASIM. https://historypak.com/muhammad-bin-qasim/
  1. MUHAMMAD BIN QASIM: PREDATOR OR PREACHER?. https://www.dawn.com/news/1098562
  1. THE FIRST KINGDOM: RISE AND FALL OF THE UMAYYADS. https://online.alkauthar.org/courses/the-first-kingdom/?gclid=Cj0KCQjwvb75BRD1ARIsAP6Lcqs_7ph_dWUC84UzH_dl-8an0ITuzhCJ6RQZmx1rQEc0jV9QxOZhD8waAguyEALw_wcB

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan seorang Jurutera Mekanikal Lapangan di The Hub's Engineering Bergiat aktif dengan YADIM dan merupakan Presiden Kluster Belia di bawah YADIM iaitu Sahabat YADIM.

Comments are closed.