Muhammad Ali Pasha atau nama sebenar beliau Muhammad Ali Pasha al-Mas’ud ibn Agha tidak asing lagi dalam sejarah moden Mesir. Tugu-tugu peringatan beliau boleh didapati di sekitar Mesir amnya dan di sekitar Kaherah ibu kota Mesir khususnya.

Mengasaskan sistem pemerintahan beraja moden di Mesir (1805 -1848) dan diwariskan pemerintahan kepada keturunannya sehingga raja mesir kesepuluh dan yang terakhir dalam dinasti Muhammad Ali iaitu Raja Farouk I yang digulingkan daripada pemerintahan oleh angkatan kudeta pada 23 Julai 1952.

Rampasan kuasa ini diketuai oleh Muhammad Naguib dan Gamal Abdel Nasser dan sistem beraja Mesir digantikan dengan sistem negara berpresiden dengan Gamal Abdel Nasser menjadi Presiden Pertama Mesir.

AWAL USIA

Muhammad Ali Pasha berketurunan Turki dan dilahirkan di Kavala, sebuah kota kecil di selatan wilayah Macedonia pada hari ini. Meskipun Kavala merupakan sebahagian wilayah Macedonia, tetapi pada ketika zaman Ali Pasha, Kavala dihuni oleh orang-orang Albania.

Albania dan Macedonia berada di bawah jajahan empayar Uthmaniyyah ketika itu. Bapa beliau merupakan seorang komander dalam ketenteraan Uthmaniyah. Apabila bapa beliau meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil, beliau diangkat dan dibesarkan oleh keluarga bapa saudaranya.

Melihat kerja keras beliau dari kecil, bapa saudara beliau menganugerahkan pangkat “Bolukbashi” ke atas beliau. Bolukbashi merupakan istilah bagi pangkat tertinggi dalam kalangan pegawai pemungut cukai di kota Kavala.

Pada tahun 1801, setelah 3 tahun Perancis mencengkam Mesir, Napoleon Bonaparte meninggalkan Mesir selepas menerima kekalahan terhadap British dan pakatan Uthmaniyyah dan membuatkan Mesir mengalami kekosongan pemerintahan. Muhammad Ali diberi kepercayaan sebagai “Second Comander” dalam skuad tentera upahan yang dikenali sebagai “Kavala Volunteer Contigent of Albanian” oleh Sultan Salim III untuk mewakili empayar Uthmaniyah untuk merampas semula Mesir.

Dalam masa yang sama ribuan saki baki pemimpin Mamluk yang bertebaran melarikan diri ke Istanbul setelah diserang Perancis melihat peristiwa ini sebagai satu peluang untuk merebut kembali pemerintahan berlandaskan sistem kerajaan Mamluk yang memerintah Mesir selama lebih kurang 300 tahun sebelum didatangi gabenor-gabenor empayar Uthmaniyah pada 1517 yang menawarkan untuk Mesir berada di bawah satu pemerintahan khalifah empayar Uthmaniyah.

Justeru, peristiwa ini mendorong kepada tercetusnya p3rang Mamluk-Uthmaniyah apabila kerajaan Mamluk yang mesra Syiah dan terkenal dengan pemerintahan yang zalim enggan berada di bawah satu payung pemerintahan empayar Uthmaniyah dan diakhiri dengan kekalahan kerajaan Mamluk.

Setelah kekalahan, sewaktu Mesir dan Sudan sudah berada di bawah pemerintahan Uthmaniyah, orang-orang besar kerajaan Mamluk masih kekal di Mesir sebagai organisasi politik yang berhaluan kiri.

USAHA MENAKLUK MESIR

Konflik yang tegang di kota Kaherah di antara Muhammad Ali dan Mamluk yang semakin memuncak membuatkan para penduduk tempatan menjadi bingung dan muak. Mereka menginginkan konflik ini diakhiri dengan segera. Bagi mereka, hanya terdapat dua pilihan sahaja iaitu sama ada memihak kepada Muhammad Ali ataupun mencurah kesetiaan kepada pro-Mamluk. Peluang ini diambil oleh Muhammad Ali.

Beliau mempergunakan para tentera Albania yang begitu taat setia padanya untuk memperkuatkan pengaruh dan kuasa. Beliau juga bersepakat dengan Umar Makram ketua yang mewakili suara penduduk tempatan dan Imam Besar Al-Azhar ketika itu untuk memperkukuhkan kedudukan beliau.

Beliau begitu hebat dalam diplomasi. Sepanjang perselisihan dan konflik di antara tahun 1801 sehingga 1805, Muhammad Ali berusaha meluaskan pengaruh, dan mengumpulkan kekuatan daripada kesetiaan tentera untuk bersamanya dan kepercayaan rakyat tempatan ke atasnya.

Pada ketika ini beliau mempunyai satu impian yang cukup besar iaitu untuk menjadi pemerintah dan membebaskan Mesir daripada takluk empayar Uthmaniyah dan mentadbirnya mengikut caranya sendiri. Dalam sebuah catatan beliau pernah berkata :

“Aku melihat dan sedar akan kenyataan bahawa Empayar Uthmaniyah ketika ini sedang menuju kehancuran… di sebalik kehancuran itu aku akan menggantikannya dengan seluas kerajaan yang bakal aku bina sehingga ke atas Sungai Euphrates dan Tigris… “

Namun pada tahun 1804, Ketika Muhammad Ali asyik dalam kesibukan menagih pengaruh dan kuasa, Hurshid Pasha telah dilantik sebagai Gabernor Mesir oleh Sultan Salim III. Hurshid Pasha yang dapat menghidu perancangan Muhammad Ali untuk membina empayar sendiri telah membuat perancangan untuk menyingkir dan mengusir Muhammad Ali dan para tentera Albania melalui persepakatan dengan wakil diplomasi British.

Beliau juga cuba membawa masuk para tentera Uthmaniyah daripada Syria untuk tindakan “counterbalance” bagi mengimbangi jumlah pengaruh di Mesir. Walau bagaimanapun, perancangan Hurshid Pasha telah memakan diri sendiri apabila Muhammad Ali menggunakan taktik diplomasinya mempengaruhi para tentera Syria untuk menyebelahi pihak beliau.

Pada 1805, dengan disokong oleh para tokoh terkenal Mesir dan rakyat tempatan yang dilapisi oleh orang-orang besar, tokoh terkenal, para ulama’, para tentera sehingga kepada rakyat biasa, demonstrasi besar-besaran diadakan di Kaherah yang menuntut Sultan Salim III melantik Muhammad Ali sebagai Gabernor Mesir yang baru.

Hurshid Pasha yang dipulaukan angkatan tenteranya sendiri ditangkap di Dumyat dan dikurung di dalam Kubu Salahuddin Al-Ayubi (Cairo Citadel) dan hanya dibebaskan dan dibenarkan meninggalkan Mesir setelah Sultan Salim III mempersetujui desakan rakyat untuk melantik Muhammad Ali Pasha sebagai Gabernor Mesir yang baru.

PEMBANTAIAN MAMLUK

Mamluk Mass*cre

Walaupun pada ketika itu Mesir masih berada di bawah takluk pemerintahan Empayar Uthmaniyah, Sultan Salim III seolah-olah sudah kehilangan kuasa ke atas wilayah itu. Hal ini disebabkan, pengaruh Muhammad Ali Pasha terlalu kuat di Mesir sehinggakan beliau bisa membuat apa sahaja keputusan tanpa perkenan daripada Sultan Salim III. Pada 1809, Muhammad Ali Pasha memerintahkan supaya Umar Makram dibuang negeri ke Dumyat.

Sultan Salim III hanya berdiam diri ke atas keputusan tersebut kerana bimbang berlaku gerakan penduduk Mesir untuk membela Muhammad Ali Pasha dan seterusnya mendorong kepada kancah konflik yang lebih parah. Dan pada masa yang sama empayar Turki Uthmaniyah sedang bergelut dengan pemberontakan yang berlaku di Greece dan melihat Mesir sebagai kes picisan yang bakal dipandang kelak setelah masalah yang lebih utama diselesaikan.

Menurut Abdul Rahman Al-Jabarti seorang ahli sejarawan terkenal ketika itu, Makram dibuang negeri kerana telah mengetahui perancangan sebenar Muhammad Ali untuk membebaskan Mesir daripada takluk Uthmaniyah. Dan pada ketika itu Muhammad Ali Pasha sedar bahawa beliau harus menghapuskan ancaman yang berpotensi menggagalkan rancangan besar beliau. Tumpuan beliau tertumpu kepada saki baki orang pro Mamluk yang masih bertapak di Mesir. Desas desus juga ada yang mengatakan bahawa individu-individu yang pro Mamluk sedang berkomplot untuk membvnuh beliau. Maka sebelum musuh bertindak, beliau harus bertindak terlebih dahulu.

Pada 1811, Muhammad Ali berjaya merancang satu plot yang bakal diingati dalam sejarah peradaban Mesir moden sepanjang zaman. Sewaktu persiapan ekspedisi ketenteraan untuk memerangi kerajaan Saud di Mekkah dan Madinah telah selesai, kesemua orang besar Mamluk telah dijemput ke Cairo Citadel untuk menyambut ulang tahun kelahiran Tusun Pasha putera keempat beliau.

Selepas didahului dengan jamuan ringan, para pemimpin Mamluk diiringi para tentera Muhammad Ali kiri dan kanan sehingga kesemua mereka didorong untuk memasuki sebuah pintu gerbang. Setelah memasuki pintu tersebut, secara tiba-tiba pintu gerbang itu ditutup membuatkan mereka terkurung di dalamnya. Muhammad Ali Pasha memerintahkan para tenteranya untuk membvnuh kesemua 470 orang daripada mereka sehingga tiada yang tersisa namun ada juga yang mengatakan bahawa hanya dua orang yang hidup setelah Berjaya memanjat tembok. Peristiwa ini dikenali sebagai The Mamluke M4ssacre.

Peristiwa pembvnuhan beramai-ramai itu tersebar ke seluruh pelosok Mesir sebagai isyarat maut kepada para pro Mamluk yang masih tersisa di bumi Mesir. Muhammad Ali Pasha tidak menunggu lama apabila mengarahkan bala tenteranya untuk mencari dan membvnuh saki baki orang Mamluk yang ada di bumi Mesir. Apabila tersedar akan kekejaman melampau yang dilakukannya, beliau dan puteranya Tusun Pasha memberi arahan untuk menghentikan penyembelihan tanpa diskriminasi. Malangnya, belum sempat arahan disebarkan oleh utusan-utusan yang dihantar ke setiap wilayah, lebih 500 buah rumah orang Mamluk dibakar dan dimusnahkan serta mayat-mayat mereka bergelimpangan di tepi-tepi jalan sekitar Mesir sehingga ke utara Sudan hanya dalam masa dua hari.

PEMBANGUNAN MESIR

Muhammad Ali Pasha sudah selangkah besar kehadapan bagi merealisasikan impian beliau. Namun beliau sedar situasi dan keadaan Mesir ketika itu belum membolehkan beliau untuk menuntut kemerdekaan. Untuk menggapai cita-cita tersebut beliau perlu memperkukuh Mesir sebagai sebuah wilayah yang kuat dari pelbagai segi. Terdapat tiga langkah utama yang diambil oleh Muhammad Ali Pasha iaitu memperkukuh ekonomi, memperkuat angkatan ketenteraan Mesir dan mengimplementasikan sistem birokrasi pusat.

PENGUKUHAN EKONOMI

Aspek paling penting dalam pembangunan sesebuah negara adalah dari segi ekonomi. Untuk mencapai sebuah kerajaan yang mapan dari segi ekonomi beberapa perancangan jangka masa pendek dan panjang perlu diteliti. Muhammad Ali Pasha menyedari bahawa sumber kewangan Mesir adalah pada tahap yang minima. Langkah pertama yang dilakukan beliau adalah menaikkan kadar cukai yang tinggi kepada para petani yang selama ini memperoleh hasil yang banyak melalui sistem ‘tanah Iltizam’ yang mula diperkenalkan oleh Sultan Muhammad Al-Fatih untuk membantu rakyat tempatan dan juga digunapakai oleh kerajaan aristokrasi Mamluk.

Sistem cukai yang membebankan ini bertujuan untuk merampas tanah-tanah yang berstatus mutlak hak milik penduduk tempatan untuk diserahkan kepada pihak kerajaan. Terbeban dengan cukai yang tinggi, para multazim (tuan tanah) tidak mampu untuk menggaji para petani untuk mengusahakan tanah-tanah mereka seterusnya menyebabkan perusahaan mereka terjejas. Setelah gagal menjelaskan cukai kepada pihak kerajaan menyebabkan Muhammad Ali Pasha merampas tanah-tanah iltizam di seluruh Mesir.

Tidak cukup dengan itu, Muhammad Ali Pasha memperkenalkan cukai baru ke atas tanah-tanah yang berstatus waqaf. Langkah-langkah ini juga merupakan taktik serampang dua mata bagi melemahkan ekonomi organisasi-organisasi yang berhaluan kiri dalam kalangan rakyat. Langkah reformasi pemilikan tanah ini mendorong kepada monopoli perdagangan hasil. Muhammad Ali memerintahkan untuk para pengeluar menjual hasil tanaman mereka kepada kerajaan Mesir.

Kemudian kerajaan Mesir menjual kembali hasil tersebut di sekitar Mesir dan dieksport ke dalam pasaran asing dengan nilai berlipat kali ganda. Muhammad Ali Pasha berjaya memperoleh profit yang tinggi hasil dagangan beliau. Kadar rotasi wang negara meningkat dari semasa ke semasa membolehkan beliau menambahbaik sektor pertanian dengan memperkenal sistem agrikultur untuk menambah kadar pengeluaran hasil. Muhammad Ali Pasha juga membina sebuah tapak perindustrian di Mesir bertujuan untuk merancakkan kadar pertumbuhan ekonomi.

KETENTERAAN YANG MODEN

Muhammad Ali Pasha menyedari bahawa ancaman yang beliau hadapi bukan sahaja dari dalam negeri. Mesir juga merupakan wilayah yang sering diintai oleh kuasa luar. Oleh itu, beliau mengambil langkah-langkah proaktif dalam usaha memperkuat barisan ketenteraan beliau. Beliau menggunakan hasil tanaman agrikultur untuk membiayai perbelanjaan dalam usaha memodenkan alatan-alatan p3rang Mesir.

Muhammad Ali Pasha membina kilang-kilang di Kaherah yang menghasilkan senapang dan meriam moden sendiri sebagai langkah jangka masa panjang. Mesir tidak perlu lagi bergantung sumber peralatan p3rang yang dieksport dari luar yang terdedah kepada pelbagai agenda politik dan diplomasi musuh.

Beliau memulakan pembinaan sebuah kapal p3rang di Alexandria sebagai langkah permulaan untuk pemodenan kesatria laut. Akhir 1830, industri p3rang Mesir telah menghasilkan 9 kapal p3rang lengkap dengan 100 meriam dan berjaya menghasilkan 1600 senapang setiap bulan. Tambahan daripada itu, Muhammad Ali Pasha menghantar rakyat-rakyat Mesir ke Eropah untuk mempelajari sistem ketenteraan profesional.

Beliau juga membuka sebuah akademi ketenteraan untuk melatih para tentera yang profesional dan berkemahiran kombat tanpa senjata. Sebanyak 311 pelajar dihantar ke sekolah-sekolah bahasa Eropah khususnya Perancis untuk mempelajari bahasa mereka bertujuan untuk menterjemah manual-manual p3rang Eropah kepada bahasa Arab. Usaha-usaha Muhammad Ali Pasha ini menjadikan Mesir sebagai salah satu wilayah yang digeruni kerana memiliki angkatan ketenteraan yang besar dan moden.

SISTEM BIROKRASI NEGARA

Untuk mengukuhkan kedudukan Mesir dan kedudukan beliau sendiri dalam pemerintahan, beliau perlu mengambil langkah menubuhkan sistem birokrasi dalam pentadbiran yang cekap dan efisien. Beliau menyingkir kesemua pemimpin-pemimpin yang masih pro Mamluk dan yang berhaluan kiri dalam pentadbiran dan digantikan dengan para birokrat baru yang dipercayai beliau. Beliau tidak mahu Mesir dijatuhkan oleh ‘musuh dalam selimut’ suatu hari nanti.

Muhammad Ali Pasha membahagikan Mesir kepada 10 daerah dan wilayah dengan melantik wakil pada setiap wilayah untuk memungut cukai dan mengimbangi keamanan. Muhammad Ali Pasha juga melantik putera-puteranya kepada kedudukan yang penting dalam pentadbiran. Muhammad Ali Pasha amat berhati-hati dalam mentadbir. Beliau tidak mahu menghadapi konflik-konflik dalaman pada ketika rancangan beliau untuk membebaskan Mesir daripada jajahan takluk Uthmaniyah semakin hampir.

USAHA PEMBEBASAN MESIR

Impian untuk menjadikan Mesir sebagai sebuah kerajaan berdaulat yang bebas daripada jajahan takluk mana-mana kuasa semakin hampir. Satu demi satu langkah diatur oleh beliau untuk menuntut kemerdekaan daripada Empayar Uthmaniyah. Langkah pertama adalah dengan memulakan kempen ketenteraan dengan meluaskan jajahan takluk. Pada ketika itu tanah suci Mekah dan Madinah dan wilayah Hijaz telah dikuasai oleh keluarga bani Saud.

Pada 1811, ketika ketenteraan kerajaan empayar Uthmaniyah sedang bergelut di Eropah, Sultan Mahmud II memberi kepercayaan kepada Muhammad Ali Pasha untuk menawan semula wilayah semenanjung Arab. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, Muhammad Ali Pasha mengutuskan puteranya Tusun Pasha untuk mengetuai ekspedisi ketenteraan Mesir yang pertama ke semenanjung Arab tetapi telah menemui kegagalan. Namun, cubaan kali kedua yang dilancarkan pada 1812 berjaya. Mesir telah menguasai wilayah Hijaz.

Walaupun ekspedisi tersebut berjaya namun kekuatan keluarga Saudi masih tidak goyah. Mereka secara terus-terusan melakukan pemberontakan terhadap tentera-tentera Mesir di seluruh semenanjung Arab. Hal ini menyebabkan Muhammad Ali Pasha mengutuskan puteranya Ibrahim Pasha untuk mengetuai ekspedisi kedua ke semenanjung Arab untuk menghapuskan pihak Saudi.

Dalam dua tahun kempen ketenteraan di semenanjung Arab, kekuatan keluarga Saudi semakin lemah dan akhirnya mereka dikepung. Kebanyakan daripada keluarga Saudi ditangkap. Ketua kepada keluarga besar Saudi iaitu Abdullah ibn Saud ditangkap dan dihantar ke Istanbul dan menerima hukuman m4ti di sana.

Setelah berjaya di semenanjung Arab, tumpuan Muhammad Ali Pasha kemudiannya berarah kepada Sudan. Beliau melihat wilayah Sudan yang kaya dengan emas dan tenaga buruh sebagai wilayah yang berharga dan berbaloi untuk ditakluki. Pada ketika itu Sudan tidak memiliki sebuah pentadbiran pusat dan hanya mempunyai suku-suku dan kabilah-kabilah yang sering berp3rang antara satu sama lain semenjak kurun ke-18. Muhammad Ali Pasha melihat ini sebagai satu peluang keemasan.

Pulau Crete

Pada 1820, Muhammad Ali Pasha menghantar putera ketiga beliau Ismail Pasha bersama angkatan tentera seramai 5000 orang untuk menakluk Sudan. Setelah berjaya, beliau ingin meluaskan kuasa ke selatan wilayah Sudan sehingga ke tebing-tebing Sungai Nil dalam kawasan Ethiopia dan Uganda. Sementara Muhammad Ali Pasha meluaskan jajahan di sekitar tanah Afrika, empayar Turki Uthmaniyah sedang bergelut dengan pemberontakan di wilayah Greece yang didokong oleh British, Perancis dan Rusia pada 1821. Sultan Mahmud II meminta bantuan ketenteraan Muhammad Ali dengan menawarkan Pulau Crete (Selatan Greece) sebagai balasan.

Muhammad Ali menghantar Ibrahim Pasha bersama bala tentera seramai 16,000 orang dengan kelengkapan 100 buah kenderaan dan 63 buah kenderaan pengiring. P3rang Navarino tercetus pada 20 Oktober 1827 dan menyebabkan Kerajaan Empayar Uthmaniyah dengan gabungan ketenteraan Mesir mengalami kekalahan yang teruk. Kesemua kapal laut tentera Ibrahim Pasha telah karam. Sebagai pampasan dengan kekalahan yang teruk tersebut, Muhammad Ali telah meminta  yang dijanjikan sebagai balasan.

Keengganan kedua-dua pihak untuk bertoleransi mendorong kepada tercetusnya p3rang Mesir-Uthmaniyah yang pertama pada 31 Oktober 1831. Ketidakstabilan pemerintahan dan kelemahan ketenteraan Uthmaniyah ketika itu menjadi faktor kekalahan mereka. Mesir memerintah hamper keseluruhan Syria tetapi menghadapi tentangan yang kuat di kota Acre. Setelah enam bulan usaha menakluk kota Acre dilakukan, Pada 27 Mei 1832 kota Acre jatuh ke tangan Mesir. Setelah kejatuhan Acre, tentera Mesir maju ke arah utara wilayah Anatolia menyebabkan berlakunya Pep3rangan Konya pada 21 Disember 1832. Bala tentera yang dipimpin Ibrahim Pasha telah mengalahkan ketenteraan Uthmaniyah yang dipimpin Rashid Pasha.

Walaupun pep3rangan demi pep3rangan tercetus di antara Mesir dan Turki Uthmaniyah, Muhammad Ali masih berhati-hati terhadap kuasa Eropah yang mengintai secara senyap. Beliau bimbang Kesultanan Empayar Turki Uthmaniyah dijatuhkan oleh kuasa luar secara total. Namun, untuk merealisasikan pembebasan Mesir Muhammad Ali merancang untuk menjatuhkan Sultan Uthmaniyah pada ketika itu iaitu Sultan Mahmud II dan digantikan dengan putera sultan yang masih kecil bernama Abdul Majid. Sedar akan perancangan ini, Sultan Mahmud II meminta bantuan dari Rusia. Penglibatan Rusia dalam konflik antara Mesir-Turki mengecewakan British dan Perancis sebagai pemerhati pasif yang hanya menunggu peluang menerkam Turki.

Satu solusi dicadangkan oleh kuasa Eropah pada Mei 1833 dikenali sebagai Konvensyen Kutahya. Dalam perjanjian keamanan tersebut, Muhammad Ali bersetuju untuk berundur dari Anatolia dan menerima Pulau Crete, dan tanah Hijaz sebagai pampasan dan juga Ibrahim Pasha bakal dilantik menjadi Wali di Syria. Namun hasrat sebenar Muhammad Ali adalah untuk memperoleh kemerdekaan ke atas Mesir. Melihat bahawa Muhammad Ali seolah-olah tidak berpuas hati terhadap keputusan tersebut dan untuk mengelakkan cubaan penentangan terhadap Uthmaniyah secara berterusan, Sultan Mahmud II menawarkan kemerdekaan ke atas Mesir kepada Muhammad Ali dengan syarat beliau harus mengundurkan ketenteraan Mesir dari Syria dan Pulau Crete. Namun, Muhammad Ali menolak tawaran tersebut kerana adalah amat sukar untuk mengundurkan kesemua sekali gus tentera Mesir yang telah lama bertapak dan mempunyai pangkalan di Syria dan Crete.

Pada 25 Mei 1838, Muhammad Ali menyatakan hasrat beliau kepada British dan Perancis untuk menuntut kemerdekaan daripada Uthmaniyah. Tindakan ini bertentangan dengan hasrat kuasa Eropah terutama Rusia untuk mengekalkan status quo dengan Turki. Kuasa Eropah mencuba sedaya upaya bertindak sebagai sebagai pengaman seolah-olah seorang ibu yang meredakan pergaduhan antara abang dan adik. Mereka cuba untuk meredakan situasi dan mengelakkan berlakunya konflik. Walaupun begitu, kedua-dua pihak Mesir dan Uthmaniyah seakan-akan tidak sabar untuk mengangkat senjata.

Ibrahim Pasha sudah bersiap siaga mempunyai sejumlah besar tentera Mesir yang berpangkalan di Syria manakala di Istanbul Turki, komander p3rang Turki bernama Hafiz Pasha memberi jaminan kepada Sultan bahawa mereka mampu menewaskan Mesir. Sultan Mahmud II mengarahkan angkatan tentera Turki untuk terus maju ke persempadanan Syria tetapi telah diserang dan dikalahkan oleh Ibrahim Pasha pada pertempuran Nazib pada 24 Jun 1839.

Nasib malang menimpa Uthmaniyah apabila armada laut Uthmaniyah bertindak belot menyebelahi Ibrahim Pasha membuatkan Sultan Mahmud II jatuh gering dan meninggal dunia. Tampuk pemerintahan Turki Uthmaniyah diganti oleh puteranya Abdul Majid yang baru berusia 16 tahun.

Pada ketika ini, Muhammad Ali dan puteranya Ibrahim Pasha berselisih pendapat. Bagi Ibrahim Pasha, ini merupakan peluang untuk menyerang, menakluk dan merampas empayar pemerintahan Turki Uthmaniyah tetapi bagi Muhammad Ali, beliau tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan apatah lagi beliau sendiri yang menakluk empayar Uthmaniyah yang telah berdiri teguh lamanya. Apa yang diinginkan oleh beliau hanyalah menuntut kemerdekaan ke atas Mesir dan memerintah wilayah itu sendiri untuk diwariskan kepada keturunan beliau kelak. Pada ketika ini, sekali lagi kuasa Eropah campur tangan. Pada 15 Julai 1840, British menawarkan kemerdekaan dan sistem beraja monarki secara mutlak di Mesir dengan syarat beliau harus mengundurkan bala tenteranya dari tanah Syria dan Lubnan. Muhammad Ali masih teragak-agak untuk menerima tawaran tersebut kerana percaya beliau mempunyai dokongan dan sokongan Perancis. Namun, Raja Louis-Phillipe dari Perancis mengambil keputusan untuk berkecuali daripada menimbulkan konflik dengan mana-mana kuasa Eropah dan dalam masa yang sama beliau masih bergelut dengan krisis Rhine di antara Perancis dan Jerman. Melihat Muhammad Ali menolak tawaran tersebut, British menghantar bala tenteranya ke Syria dan Alexandria. Muhammad Ali tidak mampu untuk menghadapi kekuatan tentera Eropah yang agung.

Selepas armada laut British menyekat lembah Sungai Nil, menakluk Beirut pada 11 September 1840 dan menawan Acre pada 3 November 1840, Muhammad Ali bersetuju untuk menandatangani perjanjian pada sebuah konvensyen yang diadakan pada 27 November 1840. Perjanjian ini dipersetujui dengan beliau terpaksa melepaskan Pulau Crete dan wilayah Hijaz, mengecilkan kekuatan armada laut dan mengurangkan jumlah tenteranya kepada 16,000 orang sebagai jaminan untuk tidak lagi meluaskan kuasa. Sebagai balasan beliau diberi kuasa yang penuh untuk mentadbir mengikut sistem beraja monarki ke atas Mesir dan Sudan sehingga Sudan mencapai kemerdekaan sendiri pada 1881. Walaupun begitu, Muhammad Ali hanya diberi kuasa untuk mentadbir Mesir secara mutlak sebagai raja tetapi masih tidak mendapat kemerdekaan secara formal daripada empayar Turki Uthmaniyah.

Tugu Ibrahim Pasha di tengah dataran Opera di Atabah, Kaherah.

HUJUNG USIA

Akhir 1843, Mesir mengalami penurunan dan kejatuhan dari segi ekonomi setelah pengunduran ketenteraan Mesir dari bebreapa wilayah dan keterpaksaan Muhammad Ali untuk memperkecil dan mengehadkan kekuatan tenteranya. Kehilangan kuasa dalam monopoli pasaran asing dan ketidakkeberkesanan rotasi wang negara dalam proses import dan eksport membuatkan fikiran Muhammad Ali Pasha bertambah serabut dan beliau mengalami paranoia.

Pada 1844, Menteri Kewangan Mesir Sharif Pasha mendedahkan bahawa hutang luar negeri Mesir adalah pada tahap kritikal sejumlah kadar 2,400,000 pound sterling. Kadar kutipan cukai juga berkurang sebanyak 70% apabila hanya memperoleh 14,081,500 keping syiling perak piastres setahun berbanding anggaran kutipan sebanyak 75,227,500 piastres. Namun, disebabkan hal kesihatan Muhammad Ali Pasha yang semakin meruncing, Hafiz Pasha tidak melaporkan hal tersebut kepada Muhammad Ali tetapi secara senyap memberitahu putera beliau Ibrahim Pasha. Bimbang akan reaksi yang bakal diberikan oleh Muhammad Ali, Ibrahim Pasha meminta anak perempuan kesayangan

Muhammad Ali untuk mengkhabarkan berita tersebut kepada beliau. Namun berita tersebut telah membuatkan Muhammad Ali berang sehingga 6 hari lamanya sebelum beliau kembali tenang. Setahun kemudian, Ibrahim Pasha diserang penyakit batuk kering. Apabila kesihatan Ibrahim Pasha semakin parah disusuli batuknya mula mengeluarkan d4rah, Ibrahim Pasha dihantar ke Itali untuk menerima rawatan.

Pada 1846, Muhammad Ali berkunjung ke Istanbul di Turki dan masuk menghadap Sultan Uthmaniyah. Beliau menjalinkan keamanan dengan Sultan dan mengadu akan nasibnya dan putera- puteranya.

Dalam catatan Setiausaha kanan Sultan, Muhammad Ali Pasha berkata :

“ Puteraku Ibrahim sudah tua dan tenat. Putera kepada puteraku pula seorang yang tidak mempunyai keyakinan untuk mentadbir. Setelah ketiadaanku , waris-warisku jua yang akan mewarisi tampuk pemerintahan. Aku tidak tahu bagaimana mereka akan mentadbir setelah ketiadaanku…”

Kata-kata yang diungkapkan tersebut menzahirkan bahawa Muhammad Ali masih belum mempunyai kepercayaan untuk mewariskan tampuk pemerintahan. Sehingga suatu ketika, Ibrahim Pasha yang melihat ayahandanya semakin tenat, terpaksa berkunjung ke Istanbul untuk meminta Sultan mengiktiraf beliau sebagai pemerintah Mesir dan Sudan yang baru walaupun pada hakikatnya ayahnya masih hidup. Sultan mengiktiraf beliau.

Namun dalam perjalanan pulang ke Mesir, Ibrahim Pasha jatuh demam dan diserang rasa bersalah yang tinggi sehingga beliau tenggelam dalam halusinasi yang semakin lama semakin meratah jiwanya. Perasaan beliau berkecamuk melawan gelora emosi di dalam jiwa. Beliau sering dilihat menangis dan bercakap sendirian. Beliau meninggal dunia setelah 6 bulan beliau sampai di Mesir. Dan legasinya diteruskan oleh anak saudaranya Abbas I iaitu putera kepada Tusun Pasha. Dalam masa yang sama Muhammad Ali Pasha menjadi semakin tenat saban hari. Usia beliau dimamah penyakit kronik yang telah dihadapi beliau begitu lamanya. Sehinggakan berita kem4tian putera beliau Ibrahim Pasha tidak disampaikan kepada beliau kerana para pembesar dan kaum kerabat diraja bimbang akan kesihatannya.

Beberapa bulan kemudian, Muhammad Ali Pasha iaitu pengasas pemerintahan sistem beraja monarki Mesir meninggal dunia di Istana Ra’sul Tin di Alexandria pada 2 Ogos 1849 dan telah dimakamkan di Masjid Muhammad Ali dalam kawasan Benteng Al-Ayubi (Cairo Citadel) di Kaherah.

Masjid Sultan Muhammad Ali di Cairo Citadel yang menempatkan makam Sultan Muhammad Ali Pasha di dalamnya

Muhammad Ali Pasha diberi gelaran ‘Bapa Pemodenan Mesir’ oleh para sejarawan. Jasa beliau dalam membangunkan Mesir dari segi ekonomi dan pemodenan angkatan ketenteraan Mesir tidak dapat disangkal lagi. Namun, sesetengah sejarawan berpendapat bahawa Muhammad Ali Pasha merupakan seorang pemerintah Islam yang mengamalkan sekularisme dan mentadbir secara kuku besi.

Sekularisme beliau terserlah ketika mana beliau tidak mengendahkan nasihat para ulama’ Al-Azhar Mesir tentang hukum syariah dalam masalah pemerintahan. Muhammad Ali Pasha adalah seorang pemerintah yang mengamalkan prinsip ‘matlamat menghalakan cara’. Buktinya untuk kekal dalamtampuk pemerintahan, beliau melakukan pembantaian dan ‘pembersihan’ Mamluk dengan kejam yang jelas sekali melanggar prinsip dan undang-undang Islam. Beliau juga menindas para multazim(tuan tanah) dengan mengenakan cukai yang tidak masuk akal dan merampas kesemua tanah wakaf.

Walaupun begitu, cinta dan sayang akan agamanya sendiri masih ada dalam diri beliau dan dapat dilihat apabila beliau sendiri menerapkan pendidikan syariah dan moral yang dipelopori para ulama' Al-Azhar dalam sistem pendidikan formal di Mesir. Beliau juga menolak cadangan puteranya Ibrahim Pasha untuk menawan dan menakluk Turki Uthmaniyah kerana bagi beliau kekuatan Islam ketika itu tertumpu kepada Turki Uthmaniyah dan beliau percaya bahawa jika kedua kerajaan Islam Turki dan Mesir bergabung ianya dapat menggerunkan musuh agama.

Perselisihan dan pep3rangan demi pep3rangan di antara Mesir dan Turki hanyalah disebabkan agenda dan matlamat politik masing-masing dan bukannya pep3rangan atas faktor perselisihan fahaman agama seperti mana yang dilancarkan ke atas kerajaan keluarga bani Saud yang dituduh mengamalkan fahaman wahabiyah di Mekah dan Madinah. Visi Muhammad Ali Pasha begitu jelas untuk hanya menuntut kemerdekaan ke atas Mesir sahaja, tidak lebih dan tidak kurang daripada itu.

Namun begitu, sepanjang pentadbiran beliau di Mesir, sesetengah masyarakat awam Mesir menganggap Muhammad Ali Pasha tidak tumpah seperti seorang penjajah berbanding seorang pemerintah. Hal ini disebabkan kerakusan merampas tanah oleh beliau tambahan pula beliau bukanlah asal keturunan Arab Mesir. Beliau adalah warga Albania yang berketurunan Turki. Dan ada juga yang berpendapat bahawa rakyat tetapi untuk keturunannya kelak.

Kesemua faktor-faktor ini jugalah yang memangkin semangat nasionalisme oleh angkatan tentera yang diketuai Mohammad Naguib dan Gamal Abdul Nasser sehingga tercetusnya Revolusi Mesir pada 23 Julai 1952. Raja Farouk I iaitu waris kesepuluh pemerintahan beraja monarki dari Dinasti Muhammad Ali digulingkan oleh angkatan kudeta dan Mesir digantikan dengan sistem Negara berpresiden sehingga sekarang.

Raja Farouk I
Raja Kesepuluh dan terakhir daripada waris Kesultanan Muhammad Ali Pasha sebelum digulingkan dan sistem monarki digantikan dengan negara republik.

RUJUKAN

1. Tom Little, Egypt, (New York: Frederick A. Praeger, 1958)

2. H. Wood Jarvis, Pharaoh to Farouk, (London: John Murray, 1956)

3. Fahmy, Khaled, All the Pasha’s Men: Mehmed Ali, His Army and the Making of Modern Egypt ,

American University in Cairo Press, 1997.

4.. https://www.britannica.com/biography/Muhammad-Ali-pasha-and-viceroy-of-Egypt


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Knowledge is not power. Knowledge is knowledge, power is power. But knowledge is the key to power. Without a proper fortune you shall perish. Pelajar Sarjana Muda Syariah & Undang-undang. Mengagungkan pelbagai cabang ilmu, tapi tak semua. Mempunyai visi tersendiri dalam menyubur masyarakat dengan ilmu. Seorang Potterhead.

Comments are closed.