Abad ini, kita mampu tidur lena di atas katil yang mana tilamnya lembut dan empuk sehingga kita bermimpi enak. Namun kita tahukah bahawa sejak zaman dahulu nenek moyang kita telah mempunyai tilam mereka sendiri, berbeza dengan tilam empuk kita?

Untuk artikel ini, kita tidak membincangkan tentang asal-usul tilam. Ia sebenarnya membincangkan tentang penemuan terbaru oleh ahli arkeologi tentang tilam kuno di benua Afrika.

Di Border Cave, kawasan ekskavasi para arkeologis di Afrika Selatan, mereka menemui tilam rumput yang nenek moyang dulu membinanya pada 200,000 tahun dulu. Tilam kuno ini dibina menggunakan daun pokok Ash yang bertujuan untuk menjadi pelindung kepada seseorang yang tidur dari serangga yang mengganggu.

Sebenarnya, selepas 200,000 tahun dulu, adalah sukar untuk artifak berasaskan tumbuhan ditemui dan dikenal pasti. Sebabnya tumbuhan adalah bahan organik mudah rapuh dan reput. Jadi rekod penemuan penggunaan manusia terhadap tumbuhan selain menjadi sumber makanan adalah tidak konsisten.

Namun, para arkeologis yang diketuai oleh Lyn Wadley dari University of the Witwatersrand in South Africa beruntung menemui tilam rumput ini di sebalik lapisan tanah Border Cave yang pernah menjadi kediaman manusia zaman pra-sejarah.

Tilam tersebut ditemui di belakang gua, lokasi yang selesa dan selamat, dekat dengan unggun api. Tilam yang ditemui itu nampak saja dibakar sedikit tetapi sebenarnya rumput dan daun yang dijadikan sebagai tilam sebenarnya kering, tidak dibakar oleh api.

Partikel tilam kuno Border Cave diteropong menggunakan alat spectroscopy FTIR.

Dengan menggunakan alat spectroscopy Fourier Transform Infrared (FTIR), mereka mengesan cebisan tilam kuno itu bagi meneropong bahan silika tumbuhan yang menjadi lapisan tilam. Keputusannya, tumbuhan itu berasal dari sub-keluarga Panicoideae, iaitu keluarga tumbuhan padi.

Lapisan tumbuhan padi itu bercampur dengan daun pokok Ash. Tujuannya daun Ash dijadikan sebagai penghalau serangga. Fungsinya mampu menyesakkan nafas serangga apabila mendekati daun tersebut. Tambahan lagi, daun semak camphor (Tarchonanthus camphoratus) juga ditemui dalam lapisan tilam itu. Tujuannya juga sama dengan daun pokok Ash.

Lapisan tilam kuno Border Cave ini mempunyai persamaan dengan lapisan tilam kuno pada tahun 77,000 tahun dulu di kawasan batu Sidubu, Afrika Selatan. Bahan tilam itu juga adalah daun pokok Ash serta mempunyai daun yang aromatik yang sebenarnya bau penghalau serangga.

Tilam kuno Border Cave mempunyai fungsi lain lagi selain sebagai tempat tidur. Pasukan Wadley menemui cebisan batu dalam tilam itu dan mencari apakah fungsi lapisan batu itu. Namun mereka percaya bahawa lapisan batu itu adalah kawasan untuk mereka bertukang sebelum dilapisi dengan tilam.

Mereka kemudian menemui lagi cebisan kecil tanah liat merah dan jingga yang mempunyai bentuk sfera. Berkemungkinan tanah liat ini digunakan untuk sapu di kulit atau tempat disekeliling tilam setelah tilam itu digunakan.

Melalui penemuan ini, kita mengetahui bahawa manusia pada 200,000 tahun dulu mempunyai tempat tidur yang selesa: berdekatan dengan unggun api, kawasan yang selesa, gunakan tilam sebagai tempat bertukang, dan berjaya menghalau serangga yang mengganggu tidur mereka.

Bagi Wadley, penemuan ini menunjukkan bahawa manusia kuno pada tahun tersebut telah maju dalam penjagaan kesihatan diri seperti memanfaatkan api yang mereka temui. Dengan memanfaatkan bahan sekeliling, manusia kuno telah mencapai kemajuan baru

RUJUKAN:

Starr, M (17 August 2020). Human Ancestors Made Beds 200,000 Years Ago, And Then Burnt Them. Science Alert. https://www.sciencealert.com/early-humans-were-making-surprisingly-sophisticated-beds-200-000-years-ago


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.