Anime Monogatari Bersiri adalah anime yang beradaptasi dari light novel Jepun karya Nisio Isin dan diilustrasi oleh Vofan. Ia mengisahkan seorang pelajar lelaki menengah atas, Araragi Koyomi berdepan dengan kejadian-kejadian paranormal sejak dirinya bertemu dengan vampire.

Dalam episode pertama dan kedua anime Bakemonogatari (siri pertama), Koyomi bertemu dengan seorang pelajar wanita dalam kejadian aneh. Koyomi menyambut pelajar itu yang jatuh dari tingkat teratas. Yang anehnya, berat pelajar itu sangat ringan, sepadan dengan berat bulu pelepah. Pelajar bernama Senjougahara Hitagi perasan dengan reaksi Koyomi mengugutnya untuk menyimpan rahsia tersebut dengan stapler. Koyomi berjanji akan menyimpan rahsia itu tapi dengan syarat dia harus ketahui mengapa Hitagi mempunyai berat sedemikian.

Hitagi menyatakan bahawa dia ‘sakit’ disebabkan beratnya diambil oleh Dewa Ketam Pemberat (Omoshi Kani). Kemudian Koyomi membawa Hitagi untuk bertemu dengan seorang kawan bernama Oshino Meme yang mampu selesaikan kes-kes aneh. Setelah mereka bertemu, Meme memberitahu bahawa Hitagi perlu bertemu dengan dewa ketam itu bagi kembalikan berat asal.

Pada malamnya, setelah Hitagi bersiap, Meme membawa Hitagi ke tempat sembahan. Sebelum mereka menyembah untuk menyeru dewa ketam keluar, Meme mengajukan beberapa soalan kepada Hitagi sehingga dia membuka mulut tentang kisah silamnya. Ketika Hitagi masih kecil, ibunya libatkan diri dalam organisasi kult. Keobsesan ibunya akan organisasi itu menyebabkan Hitagi hampir diperkosa oleh ahli-ahli organisasi. Dari situ keluarganya berantakan. Dari situ jugalah dewa ketam hadir mengambil beratnya. Dia rasa bertanggungjawab seterusnya bersedia menghadapi dewa tersebut.

Apa yang Hitagi hadapi adalah dia menghadapi sejenis trauma akibat gangguan seksual dan keabaian ibunya sendiri. Kehadiran dewa ketam sebagai sebuah simbolik kepada trauma eksiden tersebut dan Hitagi harus ketepikan bagi move on dari trauma tersebut. Namun selagi trauma hadir, selagi itu seseorang sengsara untuk hadapi hidup. Ia diterjemah dalam kehidupan Hitagi yang ‘sakit’ kerana beratnya yang terlalu ringan sehingga sukar untuk dirinya bergerak aktif.

Muncul saja dewa ketam, ia menyerang Hitagi. Koyomi cuba membantu namun Meme menghalang tindakan tersebut kerana selain hanya Hitagi saja mampu melihat dewa itu, Meme berkata:

“Biar Senjougahara saja hadapinya sendiri.”

Ini lebih jelas bahawa dewa ketam adalah trauma yang hanya Hitagi ketahui dan hadapi sendiri. Sepanjang berhadapan, Hitagi sedar bahawa dia sendiri bertemu dengan dewa itu dan memohon untuk mengambil memori traumatik tersebut. Akhirnya Hitagi berjaya mengambil memorinya kembali dan move on dengan meminta maaf atas perbuatan ibunya. Beratnya kembali normal semula.

Manusia apabila berhadapan dengan situasi kecemasan akan hadir sistem ‘flight and fight’. Jika melibatkan tekanan psikologi, manusia cenderung untuk melakukan ‘flight’ kerana perbuatan melarikan diri amat mudah dilakukan, namun tidak berkekalan. Apabila ia semakin teruk, maka ‘fight’ harus dilakukan iaitu hadapi sendiri permasalahan tersebut sebagai cara terbaik untuk menyelesaikan konflik psikologi yang mempengaruhi kehidupan.

Konklusi? Senjougahara Hitagi adalah wanita yang kuat.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.