Mongol Sebenarnya Takutkan Darah…

2,445

D4rah adalah satu masalah besar dan tidak boleh dipandang ringan dalam sejarah Mongol. d4rah telah menjadi simbol keganasan sepanjang kewujudan manusia. Begitu juga dengan orang Mongol. Mengikut tradisi Mongol, menumpahkan d4rah ke tanah apabila membvnuh atau dibvnuh akan menyebabkan ‘roh’ si mat! akan kekal tergantung di bumi dan tidak dapat kembali ke alam barzakh, malahan mereka dianggap tidak layak diiktiraf sebagai para leluhur. Mongol juga percaya, jika d4rah seorang keturunan diraja ditumpahkan, ia akan menyebabkan berlakunyai bencana alam yang amat dahsyat.

Kerana kepercayaan ini, ketika kaum Mongol sedang meluaskan pengaruh melalui jajahan takluk mereka, mereka menemuii kaedah baharu yang mengerikan untuk membvnuh para raja-raja yang menentang mereka atau bahkan orang yang kadang-kadang dianggap sebagai merosakkan keluarga diraja.

Salah satu cara yang digunakan oleh Mongol pernah tertulis di dalam lipatan sejarah. Ia dipraktikkan oleh cucu Genghis Khan iaitu Hulagu, sebaik saja beliau selesai menjarah kota Baghdad, beliau mengarahkan Khalifah al-Musta’sim Billah, khalifah Abbasiyyah yang terakhir pada waktu itu, supaya dihukvm bvnuh dengan cara digulung dalam permaidani dan kemudiannya dipijak-pijak oleh kuda sampai mat!.

Sejarawan kontemporari mempunyai pendapat yang berbeza. Ahli sejarah Ata-Malik Juvayni mendakwa Al-Musta’sim digulung dan dipukul hingga mat! dengan cara ditumbuk, bukan dengan kuda. d4rah pastinya tidak tertumpah kerana Hulagu berjaya memerintah Il-Khanate (Mongol Timur Tengah) sehingga kemat!annya pada tahun 1283. Kerana jika d4rah tertumpah, ia menyebabkan Hulagu hilang kelayakan yang perlu untuk menjadi pemerintah tertinggi.

Satu lagi cara Mongol melaksanakan hukvman mat! terhadap musuh adalah jauh lebih mengerikan. Torijin Khatun adalah janda kepada pewaris Genghis Khan iaitu Ogedei Khan. Dia mengambil alih kuasa setelah kemat!an suaminya, lalu mengangkat seorang hamba perempuannya yang bernama Fatima untuk mengisi sebuah kedudukan penting dalam pemerintahan Mongol.

Torijin memerintah dengan Fatima di sisinya, perkara ini membuatkan anaknya Guyuk merasa gelisah kerana merasakan seorang perempuan, lebih-lebih lagi seorang hamba, tidak sepatutnya diangkat darjat yang terlalu tinggi hingga mampu mendominasi pentadbiran kerajaan.

Melalui komplot sulit, anaknya sendiri, Guyuk yang telah menggulingkan kuasa Torijin. Sesetengah pihak berpendapat Guyuk membvnuh dia, berdasarkan petikan dari Tabaqat-i-Nasiri oleh Abu-Umar-I-Usman yang menulis bahawa Khatun itu dihantar “untuk kembali bersama Ogodei.” Apa yang dilakukan terhadap Fatima pula adalah terbuka dan jauh lebih teruk. Selepas beberapa hari di soal siasat, dibelasah dan dibakar beberapa bahagian badan untuk membuktikan kepada orang awam bahawa dia telah ‘memukau’ Torijin.

Malahan setiap bahagian rongga terbuka Fatima seperti mulut dan rongga yang lain telah dijahit dan dibungkus dengan bulu binatang untuk memastikan tidak ada d4rah yang menyentuh bumi. Antara tujuan lain rongga dijahit adalah kerana Fatima akan dibuang ke dalam sungai hidup-hidup. Dengan harapan supaya jahitan itu mampu menghalang apa saja bendalir dan cecair yang terkandung di dalam badannya tidak mencemarkan sungai.

https://www.thepatriots.store/store/pra-tempah/

Pembvnuhan sesama Mongol juga dilakukan mengikut amalan yang sangat spesifik dan tidak berd4rah. Bagi orang Mongol, untuk menumpahkan d4rah Mongol yang lain, kesalahan itu haruslah sebuah kesalahan yang terlalu besar sehingga tahap untuk pulang ke alam barzakh pun tidak layak bagi mereka.

Salah satu hukvman tanpa menumpahkan d4rah yang paling popular adalah perlawanan gusti. Hukvman melalui perlawanan ini mengandungi elemen simbolik memberi peluang mempertahankan diri untuk pesalah melalui pertarvngan hidup dan mat! Cara ini hampir serupa dengan perlawanan Gladiator, gusti bahkan dianggap sebagai perkara spiritual kerohanian untuk menentukan nasib seseorang; tetapi di penghujung keputusannya sentiasa dirancang.

Pert4rungan kebiasaannya akan melibatkan lawan yang lebih besar, kuat dan berpengalaman daripada si pesalah, selepas teruk dig4nyang untuk beberapa saat sahaja, si pesalah itu akan diangkat ke udara lalu dihempas hingga tulang belakangnya patah riuk, biasanya pada lutut lawan atau di atas batu yang berdekatan. Dalam kebanyakan kes, m4yat-mayat akan ditinggalkan di mana mereka jatuh sebagai bentuk pengebumian udara terbuka, pada asasnya ia sekaligus menjimatkan masa dan kos pengebumian, malahan menjadi satu simbolik ‘memulangkan tubuh yang dipinjam kepada bumi’.

Ini hanyalah beberapa contoh hukvman tidak berd4rah dalam sejarah Empayar Mongol. Sebenarnya ada banyak lagi kaedah pelik yang diamalkan bangsa Mongol. Sejarah Mongol cenderung untuk sentiasa dikaitkan dengan cerita pelik sebegini. Benar atau pun tidak, namun itu lah perspektif dunia terhadap Mongol dan orang Mongol hari ini menerimanya dengan hati terbuka. Di Eropah pun apa kurang nya, Inggeris, Perancis dan lain-lain nama yang besar juga banyak melaksanakan hukvman kejam dan pelik seperti manusia yang tidak bertamadun.

Walau bagaimana pun kita masih boleh temui perkara pelik tapi positif sepanjang era Genghis Khan contohnya Genghis Khan amat terkenal dengan sikap toleransi agama nya terhadap orang lain, atau bagaimana dia meletakkan anak-anak perempuannya kepada kedudukan yang berkuasa di mana perkara itu tidak pernah dilakukan suku Mongol sebelum itu. Beliau juga diceritakan akan mengambil anak yatim piatu dari kota-kota yang telah dijarah untuk dijadikan sebagai anak angkat sekaligus menjadikan anak itu seorang Mongol, anak-anak yatim itu biasanya akan dijaga oleh isterinya Borte.

RUJUKAN:

Insert Wisdom : Unusual Religious Prohibitions: How the Mongols Murdered Kings : https://insertwisdom.wordpress.com/2016/05/21/unusual-religious-prohibitions-how-the-mongols-murdered-kings/

 

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.