Dalam sektor kesihatan, vaksin saja tidak cukup. Mesti ada ubat untuk membantu vaksin. Dua benda ini harus berganding bahu untuk menewaskan sesuatu penyakit. COVID-19 masalahnya hanya ada vaksin sahaja. Itu yang susah. Semua orang tahu tujuan vaksin (untuk mencegah).

Tetapi macam mana kalau kena juga? Sebab itulah perlu ubat. Setakat ini pihak perubatan hanya menggunakan ubat-ubatan sedia ada – kalau pesακit batuk, bagi ubat batuk (mudah kata). Kiranya pengamal perubatan bergantung pada sistem imuniti sedia ada.

Bagi golongan yang sihat tubuh badan, mungkin senang dengan adanya vaksin. Tetapi untuk kategori risiκ0 tinggi, macam dαrαh tinggi dan kencing manis, memang susahlah.

Barangkali inilah sebab kenapa ada yang menggunakan ivermectin. Masalahnya, pengguna ivermectin ini amal tanpa ilmu. Pengeluar ivermectin iaitu Merck sendiri sudah bagi nasihat – jangan guna (Reuters, 2021). Tetapi maklumat perubatan yang serba serbi rumit sebegini mana mungkin orang-orang tua boleh faham.

Ini bukan ubat COVID-19.

Mereka pun ambil sajalah, dengan ikhtiar untuk sembuh (atau barangkali elak) COVID-19. Itu yang jadi pada warga emas Singapura yang dengar nasihat kawan-kawan di gereja (Kow, 2021). Sampai terpaksa digegaskan ke hospital. Apabila jadi maca mini, penyokong ivermectin cakap warga emas tersebut terkena kesan sampingan vaksin (Meah, 2021).

Semua boleh tafsir masalah ini dengan persepsi mudah: salahkan, salahkan, salahkan ivermectin. Tetapi ada satu benda kena tengok balik: kebatilan akan menguasai ruangan yang tiada kebenaran. Jangan tengok pada perubatan saja. Tanpa agama, orang ramai akan cipta anutan tertentu untuk percaya.

Tanpa ubat COVID-19, orang ramai pun cari produk perubatan lain untuk amal. Itu yang berlaku. Tanpa ubat yang betul, ivermectin jadi pilihan walaupun Merck sendiri cakap jangan.

Tetapi cakap pasal Merck; ada ironi yang menarik. Mereka mungkin sudah berjaya membuat ubat baru. Bukan ivermectin. Sebaliknya, ubat ini bernama Molnupiravir.

Projek Rahsia Molnupiravir

Semasa pemerintahan Barack Obama, pihak White House menguatkuasakan Agensi Pengurangan Aηcαmαη Pertahanan (DTRA). Pihak DTRA diberi dana sangat banyak untuk membiayai sebarang penyelidikan anti-penyakit. Universiti Emori daripada negeri Georgia mendapat dana melalui DTRA untuk membuat ubat anti-viral untuk virus VEE yang menjangkiti kambing, kuda dan zebra.

Penyelidikan ini memangkinkan suatu sebatian (kira macam “janin” ubat) yang berkesan pula untuk chikungunya, Ebola dan Influenza (Halford, 2020). Kaji punya kaji, sebatian ini menjadi Molnupiravir – dinamakan sempena tukul Thor iaitu Mjolnir.

Bayangan kapsul Molnupiravir.

Pada Mac 2020, dunia dikejutkan dengan COVID-19. Molnupiravir pun diujilah pada sel-sel manusia yang terjejas akibat COVID-19. Dan mereka mendapati, ubat ini boleh kurangkan penularan virus dalam badan jika diberi dalam masa 24 jam (Cox, et al., 2021). Jadi mereka pun berpakatlah dengan Ridgeback Biotherapeutics dan Merck untuk meneruskan kajian (dan membangunkan produk perubatan sah).

Semua berganding bahu habis bermula Julai 2020. Ridgeback melengkapkan fasa-fasa awal dalam ujian keberkesanan. Dan pada 19 Oktober 2020, Merck masuk gelanggang untuk memulakan ujian satu tahun khusus untuk pesακit hospital.

Semua sudah nampak apa yang berlaku. Setahun kemudian adalah sekaranglah. Merck membuktikan yang Molnupiravir berjaya mengurangkan aktiviti virus dalam badan, tidak kira varian apa (Mole, 2021).

Dan Merck sekarang ini sudah mendapat tempahan bernilai AS$1.2 bilion daripada Jabatan Kesihatan Amerika Syarikat…. tertakluk pada syarat jika Molnupiravir dapat kelulusan Pentadbiran Makanan dan Perubatan Amerika Syarikat (USFDA).

Selain Amerika Syarikat, pihak Merck sudah berunding dengan Australia, United Kingdom, Korea Selatan… dan Malaysia. Tidak perlu overdramatic lagi… tetapi kalau USFDA bagi izin, boleh bayang babak ini:

“BRING ME COVID!”

RUJUKAN:

Cox, R., et al. (2021). Therapeutically administered ribonucleoside analogue MK-4882/EIDD-2801 blocks SARS-CoV-2 transmission in ferrets. Nature Microbiology. 6 (1): 11-18.

Halford, B. (2020, Mei 5). An emerging antiviral takes aim at COVID-19. CEN ACS.

Kow, Z.S. (2021, Oktober 4). Woman in S’pore, allegedly influenced by church friends, takes ivermectin for Covid-19 & ends up in A&E. Mothership.

Meah, N. (2021, Oktober 6). Supporters who believe ivermectin can treat Covid-19 unfazed by (ditapiskan) effects; HSA warns self-medicating with (ditapiskan) can be (ditapiskan). Today.

Mole, B. (2021). Meet molnupiravir, Merck’s Thor-inspired pill that (ditapiskan) COVID. Ars Technica.

Reuters. (2021, Februari 4). Merck (ditapiskan) against using anti-parasite drug to treat COVID-19.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.