Beberapa jam lepas, Activision dan Infinity Ward melancarkan trailer pengenalan kemasukan terbaru francais Call of Duty iaitu Modern Warfare. Bagi peminat siri Modern Warfare, pasti ramai menyangka ini merupakan kesinambungan Modern Warfare 3 yang menyaksikan pengganas antarabangsa Vladimir Makarov mati dibunuh Kapten John Price dari Task Force 141. Hakikatnya, trailer ini sebenarnya memberi petunjuk kepada permulaan semula dunia siri itu.

Jadi bagi yang belum menonton trailer ini, boleh menonton video di bawah:

Bagi yang sudah menonton, pasti anda perasan masih ada kelibat watak yang kita kenali seperti Price. Kelibat anggota pasukan khas bertaraf Tier One/Tahap Satu juga masih ada seperti Special Air Service (SAS/Britain) dan Delta Force (Amerika Syarikat). Dan tidak sah jika pihak musuh merupakan Ultranationalist tetapi tidak diketahui sama ada ia masih meminjam elemen sama dari trilogi Modern Warfare terdahulu atau meniru model kumpulan pengganas hari ini.

Justeru, apa yang mendorong Infinity Ward untuk kembali kepada siri yang mencetuskan kegilaan ramai satu ketika dahulu? Bagi pengarah naratif studio Taylor Kurosaki dan pengarah permainan solo Jacob Minkoff, kedua-duanya mahu melihat Modern Warfare dilihat lebih benar dan matang agar ia terus relevan dengan dunia hari ini.

Perlu diingat semasa Modern Warfare diperkenalkan melalui Call of Duty 4 – Modern Warfare, ia mengubah permainan penembak orang pertama (FPS) 360 darjah. Ini kerana permainan tersebut menggabungkan elemen filem aksi dengan plot yang bersifat realistik dan adakalanya bersifat kontroversi. Siapa tidak boleh lupa Modern Warfare 2 yang memperkenalkan kempen No Russian yang menyaksikan pemain menjadi sebahagian dari kempen ganas Makarov di Lapangan Terbang Antarabangsa Zakhaev. Atau sesetengah peringkat di mana pemain mengisi peranan sebagai mangsa insiden keganasan seperti serangan bom kimia di London (Modern Warfare 3).

Tetapi selepas trilogi Modern Warfare, Call of Duty seolah-olah kehilangan arah dengan mula condong kepada era peperangan yang bersifat futuristik dan terlalu bergantung kepada genre sains fiksyen. Dan ini menjahanamkan sebarang cubaan menghasilkan kisah yang bersifat bukan saja menarik tetapi menyentuh emosi para pemain. Atas sebab itulah, bila menyedari plot sebegini berpotensi merosakkan kualiti permainan, Treyarch memutuskan untuk tidak memasukkan ia dalam Call of Duty: Black Ops 4. Tetapi menerusi permulaan semula Modern Warfare, Activision dan Infinity Ward mahu mengembalikan Call of Duty sebagai medium penceritaan yang kuat seperti dicapai trilogi Modern Warfare.

Dan atas sebab itulah menurut Kurosaki, ia merupakan satu langkah terbaik bagi Modern Warfare kembali ke asal-usulnya yang menekankan unsur realisme dalam permainannya. Menurut beliau, dunia hari ini jauh berbeza berbanding dunia tahun 2007, 2009 dan 2011 (tahun di mana trilogi Modern Warfare diperkenalkan) dan itu juga mengubah peraturan pertempuran hari ini.

Justeru, sebagai pencerita, mereka mahu meletakkan watak dalam situasi yang rumit dengan tekanan yang hebat serta bagaimana mereka bereaksi terhadap semua itu. Dan ini kadangkala mendorong mereka mengambil pilihan kabur dari segi moral, pilihan yang diperkenalkan buat kali pertama dalam Call of Duty: WW2. Selain itu, bagi memastikan kisah yang diceritakan bersifat realistik, kebanyakan plot dan senario diambil dari tajuk-tajuk berita utama tetapi disesuaikan mengikut perjalanan cerita permainan ini.

Jadi, usah terkejut jika permainan meletakkan anda dalam peranan yang berbeza. Jangan risau, anda masih memegang peranan operatif Tahap Satu seperti anggota Delta Force dan SAS atau lebih tepat Pasukan Bravo di bawah pimpinan Price. Ada masanya, anda memegang peranan sebagai pemberontak di sebuah negara Timur Tengah. Ini menyebabkan jenis pertempuran bagi dua jenis watak ini berbeza bukan saja dari segi bilangan tetapi juga dari segi taktik dan senjata api yang digunakan.

Dan tidak seperti Call of Duty: Black Ops 2, Modern Warfare memilih mengekalkan jalan cerita sedia ada tetapi pilihan yang dibuat pemain semasa kempen akan menentukan hala tuju sesebuah kempen. Menurut Kurosaki, ini akan memberi motivasi kepada pemain sama ada mementingkan kejayaan kempen tanpa mengambil kira kesannya atau memenuhi objektif kempen tanpa menjahanamkan kompas moral diri.

Perubahan yang dibawa Infinity Ward kepada Modern Warfare bukan sekadar pada perubahan cerita tetapi juga dari segi teknikal dan kualiti permainan pelbagai pemain (multiplayer). Buat pertama kali dalam sejarah Call of Duty: Modern Warfare, pemain multiplayer boleh bermain dengan rakan-rakan atau pemain-pemain lain tanpa mengira platform permainan mereka seperti komputer atau PlayStation 4. Kedua, Call of Duty juga memutuskan membuang pas musim tradisional mereka. Pas ini amat diperlukan bagi mana-mana pemain multiplayer mendapatkan akses terbaru kepada peta-peta multiplayer yang kadangkala menyusahkan pemain. Untuk Modern Warfare, perkara tersebut tidak berlaku dengan semua peta multiplayer boleh diakses pemain dengan percuma.

Dari segi kualiti bunyi dan grafik, Infinity Ward mahu memastikan ia benar-benar berkualiti, satu cubaan untuk mereplika kejayaan Call of Duty 4: Modern Warfare – Remastered. Begitu juga dengan jenis permainan yang disukai sama ada permainan solo atau multiplayer di mana tiada penalti akan dikenakan kepada pemain yang lebih memilih satu mod permainan berbanding mod yang lain. Apa saja perubahan yang dibuat pada sesebuah watak bersifat kekal dan boleh dibawa pada semua mod permainan.

Mungkin ada yang mengatakan ini satu lagi propa Activision selepas beberapa entri Call of Duty sebelum ini gagal mengulangi kejayaan siri Modern Warfare. Tetapi melihat reaksi ramai peminat dan penggiat permainan video terhadap trailer ini, lebih elok jika saya tutup dengan kata-kata Price ini, “Bravo 6, going dark.” Permainan ini akan berada di pasaran pada 25 Oktober 2019.

SUMBER

1. Webster, Andrew. (2019). Call of Duty: Modern Warfare is a tense and daring reboot of the beloved shooter series. TheVerge.com. https://www.theverge.com/2019/5/30/18644488/call-of-duty-modern-warfare-announced-release-date-trailer-ps4-xbox-pc

2. Hornshaw, Phil. (2019). Call Of Duty 2019 Is Modern Warfare – What We Learned Visiting Infinity Ward. Gamespot. https://www.gamespot.com/articles/call-of-duty-2019-is-modern-warfare-what-we-learne/1100-6467236/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.