Model Perniagaan Lanun Somalia

3,271

Sebelum kita ke tajuk asal iaitu mengenai apakah yang berlaku di balik tabir lanun-lanun daripada negara Somalia, marilah kita fahami terlebih dahulu mengenai negara ini. Somalia, atau nama penuhnya Republik Somalia merupakan sebuah negara di Afrika, yang mana terletak bersempadan dengan negara Djibouti, Ethiopia dan Kenya. 

Negara ini mempunya purata jangka hayat kehidupan seseorang itu amat rendah, iaitu sekitar 55 hingga 56 tahun. Hal yang sedemikian adalah kerana di sana, tiada kerajaan yang secara rasminya memerintah negara ini. Kawasan yang kononnya dibawah kawalan kerajaan, iaitu ibu negara mereka bernama Mogadishu bersempadan dengan kawasan yang dikawal oleh pengganas yang menjadikan negara ini mempunyai kadar kematian akibat jenayah yang amat tinggi.

Somalia GDP – Trading Economics

Lebih memburukkan lagi keadaan, hanya 1.8% sahaja kawasan negara ini yang mempunyai tanah yang sesuai untuk tujuan penanaman. Salah satu faktor yang menyumbang kepada ketiadaan kawasan penanaman ini adalah kerana cuacanya iaitu panas (semi arid) dan panas gila (seperti di gurun). Dengan tiadanya sebuah kerajaan dan sistem pemerintahan yang mengawal rakyatnya, banyak infrastruktur juga dikatakan tidak wujud di negara ini.

Keadaan rakyatnya yang miskin dan tiada sistem pendidikan juga menyumbang kepada beberapa kegiatan jenayah akibat terlalu terdesak untuk meneruskan kehidupan. Rata-rata rakyatnya mempunyai pendapatan yang amat rendah di mana Gross Domestic Product meletakkannya sebagai satu negara termiskin di dunia dengan pendapatan sebanyak RM1.10 sehari untuk seorang rakyat.

Kerajaan Somalia menyerahkan hak mereka untuk menangkap ikan kepada China – Green World Warriors

Akan tetapi, negara ini merupakan sebuah negara yang mempunyai kawasan persisiran pantai terbesar dikalangan begara-negara di Afrika. Namun, disebabkan negara mereka yang sentiasa bergolak, banyak negara-negara lain mula mengambil kesempatan atas hal ini. Mereka menjadikan laut dan persisiran pantai Somalia ini sebagai tempat mereka membuang sisa-sisa kumbahan toksik. Bukan itu sahaja, banyak daripada hasil laut mereka dicuri oleh nelayan daripada negara lain.

Mereka menganggung jumlah kerugian sebanyak 1.25 billion setahun daripada hasil laut yang dicuri. Bukan itu sahaja, kapal-kapal besar daripada negara luar turut membuang jala dan pukat di perairan mereka, dan para penduduk negara Somalia terpaksa menanggung kerugian yang amat tinggi apabila bot-bot kecil mereka tersangkut dengan pukat ini. Dalam kehidupan sedemikian, dan dengan pendapatan sekitar RM450.00 setahun menyebabkan golongan ini tiada pilihan lain.

Im the Captain Now – Memegenerator

Dalam filem Hollywood yang sering menayangkan kisah rampasan dan lanun Somalia ini, dunia menganggap perbuatan menculik anak kapal serta merampas kapal kontena yang melalui kawasan ini, yang merupakan satu laluan air terpesat di dunia sebagai satu jenayah yang agak kejam. Tayangan filem Captain Phillips juga menunjukkan betapa dahsyatnya golongan mereka ini. Saya hanya akan teringat satu ayat iaitu “Hey, look at me, I am the captain now” yang menjadi meme di layar internet ini.

Baik, kembali serius. Sebenarnya, kegiatan lanun dan penculikan ini berlaku disebabkan satu perkataan, iaitu terdesak. Dalam satu serangan, jumlah wang tebusan yang mereka peroplehi bersama pasukan mereka secara puratanya adalah RM11 juta ringgit, kerja yang dikira one-off ini dikatakan berbaloi jika nyawa dipertaruhkan sekalipun.

Tetapi, jika kita fikirkan, kawasan dimana kejadian lanun seringkali berlaku adalah di Teluk Aden, Selat Melaka dan Laut China Selatan (bukan lanun daripada Somalia sahaja), tak bolehkah kita mengupah bot-bot dan kapal tentera untuk meronda perairan ini? Ya, kita akan fahamkan perkara ini sebentar lagi.

Kegiatan lanun ini bukanlah semudah yang kita sangka, sebaliknya, kegiatan ini telah menjadi sebagai satu model perniagaan di mana mereka mempunyi pelabur, pekerja dan perunding bagi melengkapkan satu kes. Segalanya bermula dengan mengenalpasti sasaran. Ingat tak cerita Fast and Furious yang pertama, bukan yang ada The Rock tarik helikopter Apache tu, tapi yang bermula dengan seorang itu membuat panggilan kepada Dom akan sasaran lori yang membawa DVD player untuk mereka rompak. Ya, keadaan ini lebih kurang sama sahaja.

Somali Coast Guard menangkap lanun

Mereka mensasarkan kapal-kapal daripada negara-negara yang kaya seperti Perancis, Jerman, Amerika Syarikat, Britain, Jepun dan Korea Selatan (bukan Korea Utara ya). Kapal ini membawa kargo seperti berjuta-juta tong minyak, kereta, dan juga produk-produk lain yang berharga.

Mereka juga ada mensasarkan kapal mewah yang membawa pelancong mengelilingi dunia sebagai sasaran baru-baru ini. Sasaran mereka sedikit berbeza dengan lanun-lanun yang muncul daripada Asia Tenggara ini yang mensasarkan kargo kapal tersebut. Untuk lanun somalia, sasaran utama mereka untuk membuat duit adalah tebusan yang terdiri daripada kapten kapal dan krew-krew anak kapal mereka.

Serangan Lanun Terbesar yang Pernah Direkodkan – International Business Times

Selepas sasaran dah ditetapkan daripada segi laluan kapal dan jumlah kru mereka, mereka akan mencari beberapa orang pelabur. Hal ini adalah kerana untuk mensasarkan satu serangan, modal yang diperlukan adalah sebanyak RM125,000 yang terdiri daripada sebuah bot besar, 2 buah bot kecil, 10 – 20 orang krew beserta senjata api seperti AK47, RPG dan Pist0l. 3 hingga 5 pelabur ini akan membeli stok dan dijanjikan pulangan sekiranya operasi berjaya. Mereka akan mensasarkan kapal yang melalui kawasan laut dalam, lebih kurang 800 ke 1200 kilometer daripada pantai mereka.

Sebuah bot besar akan memintas kapal yang menjadi sasaran, dan apabila mereka dalam jarak anggaran yang boleh dipintas dengan pantas oleh 2 bot kecil, yang memuatkan 4 – 10 orang dalam sebuah bot akan mula menghampiri kapal ini. Kapten kapal biasanya akan nampak dan perasan mereka dihampiri oleh lanun-lanun ini, dan mula mempertahankan diri. Pelbagai cara yang mereka lakukan seperti mengubah haluan kapal, menambah kelajuan, menyiram air kepada mereka dan lain-lain, namun, biasanya usaha ini tidak akan membuahkan hasil kerana lanun ini bersenjata api dan mempunyai bot yang laju, tetapi kru kapal tidak.

Pada masa ini, setelah mereka berjaya memasuki kapal menggunakan tangga yang dibuat sendiri dengan kayu dan tali, dengan mudah, para tebusan akan dapat dikesan, dan akan dikumpulkan dalam satu bilik bertutup. Segala komunikasi akan dimatikan, dan kapal akan menjadi ‘dark’ selepas itu. Masa inilah ketua lanun akan menghampiri kapten dan berkata, “Look, I am the Captain now”, okay, dah ulang dua kali.

Selepas itu, kapal akan berlabuh pada pelabuhan terdekat, dan daripada sinilah perbincangan mengenai perundingan dan perniagaan akan bermula di sini.

Kejadian rompakan kapal Maersk Alabama yang difilemkan dalam cerita Captain Philips merupakan satu kes yang menunjukkan pengakhiran kepada 3 orang lanun ini apabila ketiga-tiga mereka mau7 ditembak oleh penembak tepat dengan serentak dan krisis yang memakan masa 96 jam yang terpaksa ditempuhi oleh Captain Richard Philips itu akhirnya berjaya diakhirkan sebegitu rupa.

Lanun Somalia yang menyerah diri – NYS

Bukan saya ingin berbunyi seperti saya seorang penghidap Sindrom Stockholm, sebaliknya, sememangnya dakawaan bahawa tiada kematian tebusan akibat tembakan oleh lanun ini sendiri pernah direkodkan secara rasminya berdasarkan wawancara oleh Real News Network. Terdapat 2 kematian direkodkan iaitu seorang tebusan yang mau7 akibat terkena serangan jantung ketika situasi tebusan ini berlaku (temuramah – Pautan 3).

Kes yang kedua adalah kes berbalas tembakan apabila pasukan khas daripada Perancis ingin menyelamatkan tebusan di atas sebuah yatch bertukar menjadi tragedi apabila salah seorang daripada tebusan terkena tembakan ketika mereka sedang bertempur. Hal ini adalah dikatakan bahawa para lanun ini berasal daripada golongan nelayan yang tidak menginginkan untuk membunvh, sebaliknya mereka inginkan wang.

Setelah kapal berlabuh di atas kapal, biasanya mereka akan mengarahkan para tebusan ke dek di atas kapal untuk menunjukkan mereka semua masih hidup dan tidak tercedera. Biasanya, perundingan ini dilakukan oleh pemilik kapal dan ketua lanun ini. Semakin lama mereka menyimpan barang di atas kargo, semakin murah harganya. Namun, semakin tinggi wang tebusan yang boleh diminta.

Purata Wang Tebusan – UNODC, World Bank

Namun, hal ini diserahkan kepada golongan perunding profesional jika kru anak kapal itu mempunyai satu insurans yang dinamakan sebagai Kidnap anda Ransom insurance. Insurans ini berlainan sedikit daripada insurans yang lain memandangkan mereka yang dilindungi oleh insurans ini tidak boleh tahu bahawa mereka dilindungi oleh insurans ini. Ha, faham tak? Bermaksud begini, hanya pemilik kapal besar ini sahaja yang mengetahui status kru mereka, kerana ini adalah untuk mengelakkan para kru bekerjasama pula dengan lanun-lanun ini.

K&R Global Overview – Inkerman Group

Perundingan oleh pakar insurans ini boleh mengurangkan risiko untuk seseorang tebusan itu maut atau mengalami kecederaan berkurang daripada 9% ke 2% (tebusan secara general, bukan dalam kes lanun ini sahaja). Perundingan ini akan selesai di mana pakar perunding akan membayar sejumlah wang yang dijatuhkan menggunakan helikopter ke atas kapal, dan para penculik ini akan dapat membawa balik wang tersebut ke negara mereka. Jumlah wang yang dibayar akan dirahsiakan dan kebanyakkan maklumat yang kita dapati adalah akibat kebocoran informasi kepada orang awam.

Baik, daripada 100% wang yang mereka dapat, 10% daripadanya adalah dibayar kepada pemilik pelabuhan yang menutup sebelah mata sepanjang kapal yang ditawan ini berlabuh pada pelabuhan mereka. 10% lagi adalah milik mereka yang memberi maklumat sasaran, laluan dan jumlah kru kapal. 30% akan dibayar kepada para pelabur dan selebihnya akan diagihkan dikalangan lanun-lanun ini. Terdapat beberapa bonus seperti mereka yang menjadi orang pertama menjejakkan kaki ke atas kapal yang ingin ditawan mendapat bayaran RM40,000 bonus, tidak termasuk jumlah wang yang mereka agihkan.

Sea Patrol – International Business Times

Banyak pelabur yang mulai menjalankan perniagaan yang sah seperti daripada Kenya menjadikan pengesanan wang tebusan ini sukar dikesan, dan mereka juga sekumpulan besar rakyat yang akan melindungi antara satu sama lain. Mereka merasakan perbuatan ini adalah tidak salah kerana ia hanyalah tindakan balas terhadap para penceroboh yang mencuri hasil tangkapan nelayan serta yang merosakkan kawasan perairan mereka. Jadi, apakah penyelesaiannya kepada masalah yang bernialai puluhan billion ringgit setahun ini?

Adakah menambah kelajuan kapal boleh mengatasi masalah ini? Penambahan kelajuan daripada 15 knot (~27 km/j) kepada 18 knot (33 km/j) akan menambah perbelanjaan sebanyak RM366,000 untuk sebuah kapal sehari. Risiko mereka terkena serangan ini lebih rendah dan kebanyakkan pemilik kapal tidak ingin menambah lagi jumlah wang yang dibelanjakan untuk sesebuah kapal dan anak kapal mereka.

Operation Ocean Shield – NATO Maritime Command

PBB telah melancarkan Operation Ocean Shield yang sedikit sebanyak mengurangkan kekerapan serangan lanun ini dengan signifikan. Mereka mengambil giliran dalam menghantar kapal-kapal ketenteraan mereka, akan tetapi, mereka tidak boleh bertindak sebegitu agresif kerana tindakan itu akan dikecam kerana operasi ketenteraan tidak boleh dibawa ke perairan yang menjadi laluan kapal dagang daripada seluruh dunia.

Adakah mengupah askar kontractor iaitu Private Military Contractor sebagai penjaga kapal ini tidakan bijak? Tidak juga. Begini, sekiranya kapal tersebut ditawan di perairan sesuatu negara, adalah menjadi tanggunjawab negara tersebut disamping negara pemilik kapal tersebut untuk menghantar pasukan keselamatan mereka demi menyelamatkan tebusan.

Operasi ketenteraan ini memakan wang dan nilai duit yang amat tinggi, justeru, para pemilik kapal akan menganggap mengupah Private Military Contractor ini merugikan wang mereka kerana sepatutnya, sesebuah negara itulah yang patut menghantar bantuan ketenteraan, bukannya mereka. Ingin saya ingatkan di sini, kos upah Private Military Contractor ini memakan jutaan ringgit dan pemilik kapal tidak mahu menanggung kos tersebut.

Namun, jika kita rujuk kembali, mengapakah serangan ini berlaku, iaitu sebab terdesak, maka, penyelesaiannya sebenarnya adalah kepada negara itu sendiri. Nampak mustahil, tetapi sebenarnya boleh dicapai sekiranya sebuah kerajaan dibentuk dengan kerjasama di antara golongan rakyat dan pemerintah yang akan memajukan negara tersebut. Infrastruktur akan dibina dan tenaga kerja akan diperlukan, dan daripada sinilah penyelesaian masalah ini akan hadir kerana rata-rata rakyat Somalia akan mendapat pekerjaan yang sepatutnya mengikut kemahiran masing-masing.

Jutaan ringgit bantuan yang dialurkan oleh negara-negara kaya dan foundation terkemuka untuk membantu mereka ini, sememangnya, kita tak nafikan sebahagian kecil duit ini diselewengkan, kemudian, infrastruktur yang dibina dihancurkan pula kerana perbezaan pendapat. Jika kita nak salahkan perangai dan sifat mereka, itu juga tidak adil kerana rata-rata mereka tidak boleh membaca dan hidup dalam tekanan yang amat tinggi. Mereka sememangnya hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang kerana keadaan negara mereka yang sebegitu.

Gambar Tipikal Sebuah Keluarga di Somalia – Unicef Connects

Amat menyedihkan jika kita fikirkan sekiranya seseorang itu dilahirkan di negara begitu. Ya, jika kita lihat daripada konteks kehidupan yang bakal seeorang tempuhi dan lalui dalam kehidupan sedemikian dan baru-baru ini, tersebar video mengenai makanan yang diperbuat daripada tanah untuk kanak-kanak di sana makan apabila mereka kebuluran.

Seharusnya, kita perlu bersyukur hidup di dalam sebuah negara yang aman makmur dan mempunyai orang atasan yang lansung tidak mengamalkan sifat perkauman kepada kaum mereka sendiri terutamanya. Maaf, dah melalut.

Kita mempunyai makanan yang lebih daripada cukup walaupun ebilangan kecil daripada kita tidak. Sekiranya anda boleh membaca penulisan ini, ini bermakna anda mampu untuk mempunyai internet, gajet dan pendidikan untuk memahami apa yang ingin disampaikan. Alhamdulillah.

RUJUKAN:

  1. The Truth About Alabama Mersk https://www.youtube.com/watch?v=rMvGIqa-ZlM
  2. Pautan untuk sumber rujukan artikel ini https://pastebin.com/4bYG91YM
  3. Temuramah Real News Network – https://www.youtube.com/watch?v=omniJhlWQO4 
  4. Ingkerman Monthly K&R Report https://web.archive.org/web/20140912083658/http://www.inkerman.com/assets/files/Kidnap%20%20Ransom%20Monthly%20Review%20-%20July%202012.pdf

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.