Hikayat sebenar Miyamoto Musashi karangan Eiji Yoshikawa ini admin dah habiskan ketika saya di tingkatan 5.

Terdiri daripada 5 Jilid:
1 – Tanah
2 – Air
3 – Api
4 – Angin
5 – Awan
6 – Bulan dan Matahari
7 – Cahaya Sempurna
_________

Sinopsis : Shinmen Takezou adalah anak desa yang bercita-cita menjadi samurai sejati. Pada tahun 1600 yang penuh pergolakan antara keluarga (gumi), beliau menceburkan diri ke dalam Pertempuran Sekigahara tanpa menyedari tindakannya. Setelah pertempuran berakhir, ia sedar dirinya terbaring kalah dan cedera di tengah ribuan mayat yang bergelimpangan.

Dalam perjalanan pulang,

Ia melakukan kekacauan di sepanjang laluannya yang membuatkan dirinya menjadi buruan, hinggalah seorang pendeta Zen berhasil menundukkan lelaki seperti Gasha Dokuro itu. Shinmen Takezou diikat gantung pada sebatang pokok. Otsu, seorang gadis cantik yang mengaguminya membebaskan Takezou dari hukuman, tapi Takezou kembali diburu dan dipenjarakan.

Selama tiga tahun ia mesti menjalani kehidupan mengasingkan diri. Masa-masa itu dipergunakannya untuk menyelami karya-karya klasik Jepun dan Cina. Setelah dibebaskan, Shinmen Takezou diberi nama Miyamoto Musashi, bersempena nama tempat asal Takezou, Miyamoto. Beliau juga menolak diberi pangkat sebagai samurai.

Selama beberapa tahun berikutnya, ia mengejar cita-citanya dengan tekad yang penuh-mengikuti Jalan Pedang, dan menjadi samurai sejati. Lambat laun ia mengerti bahwa mengikuti Jalan Pedang bukan sekadar mencari sasaran untuk mencuba kekuatannya. la terus mengasah kemampuan, belajar dari alam, dan mendisiplinkan diri untuk menjadi manusia sejati.

Beliau menjadi pahlawan yang zuhud bagi orang-orang yang hidupnya telah dia sentuh atau telah menyentuh dirinya (berkomunikasi).

Ujian terhebat baginya adalah ketika ia dicabar bertarung melawan Sasaki Kojiro, yang dikenali sebagai Syaitan Selatan. Seorang pengguna Nodachi (pedang yang lebih panjang dari katana), saingan itu masih muda tetapi sangat hebat. Mereka akan beradu kemampuan dan Musashi ingin membuktikan bahawa kekuatan dan keterampilan bukan satu-satunya yang boleh menentukan kemenangan.

Dalam pertempuran di Ganryu-jima (Pulau Naga Askar) ini, pedang yang digunakan oleh Musashi diperbuat dari pendayung sampan yang beliau naiki ke pulau tersebut tu, dan panjang pedang tersebut dilebihkan 2 inci supaya tidak menepati jangkaan Kojiro.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Leave A Reply