Saban tahun, kita sentiasa dimomokkan dengan pelbagai kisah tentang kemu.sn.ahan dunia. Cerita yang disebarkan geng-geng teori konspirasi terutama dari Barat bikin orang tidak keruan seperti gambar di bawah.

Salah satu cerita sebegini yang timbul ialah kisah planet Nibiru. Dakwaan ini mula ditimbulkan oleh seorang wanita bernama Nancy Lieder dari Winsconsin. Dia mendakwa pernah bertemu dengan makhluk asing semasa kecil dan mendakwa Komet Hale-Bopp 1997 bukanlah komet tetapi sebuah planet besar bernama Planet X atau Nibiru.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Planet itu didakwa akan merentasi orbit bumi dan menjadi pencetus kepada kemu.sna.han peradaban manusia. Tetapi selepas Komet Hale-Bopp 1997 berlalu tanpa sebarang insiden, Lieder kemudiannya mengubah kenyataannya beberapa kali dalam tempoh hampir 30 tahun. Ini termasuk mengubah tahun bila ia berlaku seperti 2003, 2012 dan 2017.

Yang lebih kelakarnya, dakwaan Lieder turut dipandang sepi oleh ramai orang dari komuniti pseudosains termasuk orang yang memberi nama Nibiru, Zecharia Sitchin. Nama Nibiru mula popular menerusi buku The 12th Planet di mana Sitchin mendakwa ia sudah disebut dalam cuneiform Sumeria dan beredar mengelilingi matahari setiap 3,600 tahun. Dia mendakwa peredaran ini dibuat bagi membolehkan penghuni planet berkenaan berinteraksi dengan kemanusiaan.

Gambaran artis mengenai Planet Nibiru.

Disebabkan dakwaan mengarut yang dikemukakan Lieder, Sitchin berusaha menjauhkan diri daripada semua dakwaan individu berkenaan. Pada 2007, dia menerbitkan sebuah buku berjudul The End of Days dan meramalkan Nibiru akan kembali muncul pada 2900. Tetapi dia juga percaya Annunaki (dewa-dewi Babylon yang didakwa sebagai makhluk asing) akan kembali ke bumi antara 2090 dan 2370.

Lukisan senarai dewa-dewi Mesopotamia.

Tetapi dakwaan Sitchin sudah salah sejak dari awal lagi. Contoh paling mudah, dakwaan bahawa peredaran orbit Nibiru mengambil masa 3,600 tahun. Orbit planet sedemikian berupaya mencetuskan ketidakstabilan dalam sistem suria yang kita kenali ini kerana menjejaskan orbit planet-planet lain.

Selain itu, satu lagi fakta pahit yang sukar ditelan geng teori konspirasi ialah planet ini tidak kelihatan di ruang angkasa. Contoh paling mudah, dakwaan bumi akan mu.sn.ah pada tahun 2012. Sekiranya benar peredaran Nibiru mengambil masa 3,600 tahun, ia sudah pasti lebih terang daripada bintang-bintang malap yang dilihat di bandar dan mempunyai kecerahan hampir sama dengan Marikh bila ia malap.

Dan ia boleh dikesan sesiapa saja yang mempunyai akses kepada teleskop sama ada ahli-ahli astronomi profesional mahupun pengkaji astronomi amatur. Menurut ahli astronomi David Morrison, kebanyakan maklumat tentang objek cakerawala termasuk bintang yang diterima NASA dan kerajaan datang dari pelbagai sumber luar, bukan sebaliknya seperti didakwa geng teori konspirasi.

Di sebalik semua ini, wujud teori tentang kewujudan sebuah planet di luar sistem suria kita. Hasil amatan para ahli astronomi seperti Mike Brown, Konstantin Batygin, Scott Sheppard dan Chad Trujillo mendapati wujud kluster pelik melangkaui planet Neptun. Mereka percaya objek-objek ini merupakan petanda kewujudan sebuah planet di luar sistem suria.

Mungkin beginilah gambaran tahi konspirasi sekalian.

Planet yang diberi gelaran Planet Nine atau Planet Sembilan dikatakan bersaiz 10 kali ganda daripada bumi dan beredar pada orbit 600 kali lebih jauh dari jarak orbit bumi dengan matahari. Ketika ini, usaha mengesan planet baru ini giat dijalankan menerusi teleskop-teleskop berkuasa tinggi.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Tentang isu kemu.sn.ahan dunia ini, itu semua merupakan rahsia Pencipta. Siapalah kita untuk meramal atau mempersoal kewujudan perisitwa itu kerana ia akan terjadi dengan izin-Nya.

RUJUKAN:

Redd, N. T. (2018). Nibiru: The Nonexistent Planet. Space.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.