Mitos-Mitos Pembunuh Bersiri

1115
views

Dr. Scott Bonn, seorang krimnologis pernah menyatakan mitos-mitos disebalik pembunuh bersiri. Pembunuh bersiri sangat popular bukan kerana kewujudan mereka di dunia sebenar.

Tetapi ia popular kerana ia menjadi tontonan dalam media-media hiburan seperti filem. Sampai pada satu tahap, penonton sangat tertarik dengan karisma pembunuh bersiri ini.

Dr. Bonn menjelaskan, pembunuh bersiri di media bukanlah seperti yang berlaku di dunia sebenar. Ia sangat jauh berbeza.

1. Antara tarikan utama pembunuh bersiri adalah mereka dipaparkan sebagai seorang genius dalam mengendalikan jenayah.

Tetapi secara realitiya, mereka tak genius. FBI pernah menjalankan ujian IQ ke atas pembunuh-pembunuh bersiri dan didapati pembunuh bersiri mempunyai kecerdikan paras purata seperti manusia lain.

Yang menjadikan mereka luar biasa dan sukar ditangkap adalah kerana rancangan mereka yang sangat rapi, strategik dan berhati-hati.

2. Pembunuh bersiri dalam media selalu dipaparkan sebagai seorang yang suka menyendiri dan tak campur orang. Dikatakan ada gangguan keresahan (anxiety disorder) dan seorang sosipatik (sociopath).

Tapi realitinya, majoriti pembunuh bersiri seorang yang pandai bersosial dan mudah berkawan. Malah, mereka mempunyai keluarga sendiri dan lingkungan kawan-kawan rapat.

Mereka juga jalani kehidupan yang normal sehingga sukar untuk dijejak.

Dalam dunia sebenar, pembunuh bersiri yang selalu berseorangan dan tak campur orang adalah pembunuh yang paling senang dijejak dan mudah ditangkap.

Edmund Kemper III, seorang pembunuh bersiri sendiri mempunyai kawan-kawan dalam kalangan polis sampai sukar untuk dijejak.

3. Pembunuh bersiri juga popular sebagai seorang yang suka pihak berkuasa tangkap mereka dengan sengaja meninggalkan bukti dan identiti mereka seperti surat dan kad.

Tapi realitinya, mereka tak begitu. Ramai pembunuh bersiri semakin rapi dan berhati-hati setiap kali mereka lakukan pemubunuhan.

Semakin ramai mereka bunuh, semakin berpengalaman dalam tatacaranya untuk membunuh. Maka, semakin sukar untuk pihak berkuasa untuk menjejaki mereka.

4. Pembunuh bersiri juga sering dipaparkan sebagai seorang lelaki. Di dunia realiti, perempuan tak terkecuali.

Antara pembunuh bersiri wanita yang terkenal adalah Aileen Wuornos. Di Amerika Syarikat, sebanyak 20% pembunuh bersiri adalah dalam kalangan wanita.

5. Pembunuh bersiri sering juga dikaitkan sebagai orang yang sakit mental yang teruk.

Ini tak benar sepenuhnya. Mereka ada gangguan mental, tapi cuma personaliti psikopatik (psychopath) iaitu keadaan di mana mereka mempunyai daya stimuli emosi yang sangat rendah.

Mereka sukar untuk rasa sedih ke atas kesengsaraan dan keperitan manusia lain.

Kesakitan lain seperti berhalusinasi dan gila adalah perkara yang sangat jarang berlaku. Ia wujud, tapi tidak majoriti. Biasanya pembunuh bersiri yang ada gangguan macam ini tak dapat jalankan pembunuhan mereka dengan baik.

Malah, mudah ditangkap dan dijejaki.