Kalau sesuatu musuh asyik menang dalam peperangan, lama-kelamaan orang akan percaya musuh tu kebal. Makin lama, makin timbul pula andaian-andaian tertentu. Mereka bangsa terpilih? Mereka takkan kalah? Tunggu akhir zaman nanti baru kalah?

Realiti sebenarnya berbeza di lapangan, kalau kita perhalusi betul-betul terutamanya ketika pemerintahan Anwar Sadat. Pertama sekali, tiada negara yang terjamin kebal. Dalam peperangan moden, tiga perkara adalah segala-galanya – semangat, pemodenan dan perisikan… sekali-sekala nasib baik juga main peranan.

Semua nampak Israel kuat atas sebab-sebab tertentu. Tapi sebenarnya, mereka mantap dalam tiga perkara tu. Kita nampak Israel bersorak gembira selepas menang. Namun ramai tak tahu macam mana Yitzhak Rabin contohnya pernah pengsan setelah semalaman dimaki David Ben-Gurion kerana tak dapat sokongan daripada Amerika Syarikat.

Gabungan Yang Berpecah

Israel berasa terawang-awangan selepas Perang Enam Hari yang berlaku pada tahun 1967. Benar, mereka menundukkan pakatan Arab dalam masa enam hari saja. Orang lain menang pertempuran dalam masa enam hari. Mereka menang peperangan. Tak cukup menang, mereka mengambil Bukit Golan (dari Syria), Tebing Barat termasuk Jerusalem Timur (dari Jordan), G-za dan Semenanjung Sinai (dari Mesir).

Jadi korang tengok gambar di bawah dan bayangkan semuanya dipegang Israel.

Peta Pasca-Perang (Zvikorn – CC BY-SA 4.0)

Biru tu “State of Israel”. Selebihnya “Israeli-occupied territories”. Kejayaan luar biasa ni menghukum Arab dalam kancah malu. Tapi enam tahun kemudian, Arab mengaum balik… cuma kalau suruh dubuk, harimau kumbang, singa, harimau belang dan beruang bertempur sekali, masing-masing ada naluri berhalatuju sendiri. Itulah yang berlaku pada tahun 1973, apabila Perang Ramadan (Yom Kippur) menggeggarkan Timur Tengah.

Jujurnya Perang Ramadan ni berlaku antara tiga pihak jer – Mesir dan Syria menentang Israel. Arab Saudi, Algeria, Jordan dan sebagainya sekadar menghantar bala tentera sebagai expeditionary forces. Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet mengambil tempat sebagai pihak penyokong. Maka dalam peperangan ni, Raja Faisal (Saudi), Muammar Gaddafi (Libya) dan Fidel Castro (Cuba) tidak terlibat dalam lapangan. Yang terlibat adalah Anwar Sadat dan Hafez al-Assad. Tapi kita ketepikan Assad sekejap sebab skop perbincangan adalah mengenai Sadat.

Perubahan Mentaliti

Anwar Sadat ingin mengembalikan Semenanjung Sinai ke pangkuan Mesir. Baginya, itu adalah kedaulatan Mesir yang sudah diambil pihak lain. Tapi pada 19 Jun 1967, Israel sebenarnya nak mengembalikan Sinai dan Golan masing-masing ke Mesir dan Syria (Olson, 2018). Asalkan negara-negara berkenaan setuju nak berdamai buat selamanya… tapi Israel tak memberitahu Mesir dan Syria langsung. Sesama menteri kerajaan, mereka bersetuju – ibaratkan bertepuk sebelah tangan.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia
Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Tiga bulan kemudian, Dunia Arab sebulat suara menolak sebarang perjanjian damai. No peace. No recognition. No negotiation. Itu asas mereka, yang dipersetujui Mesir. Tapi Mesir masa tu berada dibawah Gamal Abdel Nasser yang meninggal dunia pada tahun 1970. Maka naik jer Sadat, pihak Mesir mendapat pemikiran baharu. Yes peace. Yes recognition. Yes negotiation.

Strategi Catur Yang Digerakkan Anwar Sadat

Antara Perang Enam Hari dan Perang Ramadan, Israel ni ibaratkan dah terkena “sumpahan pemenang” (victory curse). Tak habis-habis menang jadi terlebih yakin dah. Pada 6 Oktober 1973, mereka kena ibaratkan reality check. Arab datang menyerang secara mengejut.

Walaupun Israel berjaya menampan (military victory), Mesir sebenarnya menang dari segi politik (political gain). Di sini saya nak tegaskan. Tiada negara kebal. Menang tak bermakna menang. Kalah pula tak semestinya kalah. Mesir kalah secara ketenteraan tapi menang secara politik. Jadi kalah ka tidak? Tak kalah, kerana perang ni tak straightforward.

Ada roundabout (Amerika kena kat Vietnam). U-Turn (macam Rusia kena sekarang). V-Turn (macam Arab kena tahun 1967). Tetapi ada masanya, pihak yang kalah ‘dapat sesuatu’. Walaupun tewas dalam Perang Crimea, Rusia masih ada Semenanjung Crimea. Gitu.

Anwar Sadat

Perang Ramadan betul-betul bagi tamparan hebat pada kedua-dua pihak. Dunia Arab asalnya seronok sebab yakin boleh menang. Tapi Israel dapat lawan balik, dan morale mereka hancur apabila sedar apa yang dah berlaku.

Israel pula pandang Arab rendah begitu lama. Mana tak pandang rendah? Dah mereka menang dua peperangan dengan begitu bergaya. Jadi mereka terkena sumpahan pemenang. Nak taknak, kena sedar diri bahawa politik dah berubah. Keadaan mereka tak terjamin. Mereka dah tiada ‘guarantee’ akan menang, menang dan terus menang.

Lalu mereka buat satu strategi jangka panjang yang baharu. Dunia Arab akan kudung jika Mesir tak masuk sekali. Apa yang mereka asalnya dah setuju akhirnya dibawa ke meja rundingan. Maka mereka menjalinkan persefahaman bersama Mesir, yang berakhir dengan perdamaian mutlak serta pengiktirafan siap. Tapi nak berdamai dan diiktiraf, kena lah pulangkan Sinai balik.

Maka sini korang nampak pemenang sebenar dalam Perang Yom Kippur ni adalah Israel DAN Mesir. Yang kalah adalah Dunia Arab. Kerana sejak hari tu, Mesir menjadi negara Arab pertama yang mengiktiraf Israel. Dan menariknya… Anwar Sadat mengorek keluar usul rundingan tu daripada Israel. He got a deal without asking.


Sebab tu kami terbitkan OPERASI BADAR untuk tunjuk betapa ralatnya jika kita percaya pada mitos kekebalan. Tiada negara yang kebal. Dan Arab pula bukannya tak pandai main helah strategi. Jom baca di https://bit.ly/operasibadrshopee

 

RUJUKAN:

Olson, J. (2018). America’s Road to Jerusalem: The Impact of the Six-Day War on Protestant Politics. Rowman & Littlefield. Halaman 47.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply