Mitos Gout Penyakit Orang Kaya

548

Kalau kita tanya datuk nenek atau mana-mana orang-orang tua zaman dulu pasal ‘peny*kit orang kaya’, mesti ramai yang akan cakap gout.

Bukan orang Melayu saja yang berpendapat macam itu. Di kalangan orang putih pun sama, sebab gout bagi mereka digelar ‘peny*kit para raja’. Pemahaman sebegini mula timbul sekitar Zaman Kemelesetan Besar (The Great Depression) yang mana gout hanya berlaku di kalangan orang kaya-raya.

Kalau dekat Malaysia, bangsa yang paling tinggi kena gout ialah Melayu dan India. Kita boleh faham kenapa Melayu mendahului carta, kerana bangsa inilah paling ramai di Malaysia. Tetapi apabila India mengikuti rapat, ini memang menimbul tanda tanya. Katakanlah gout ini betul peny*kit orang kaya, sebab apa orang tidak kaya pun menghidapinya?

Gout ini sebenarnya sejenis ser4ngan terhadap sendi. Apabila seorang pesakit terkena gout, sendinya akan membengk4k. Maka apa lagi? Sendi pun akan sskit teruk. Kesan gout selalu berlaku dekat bahagian kaki seperti dalam gambar.

Tetapi ada juga kes yang gout akan menyer4ng anggota tubuh lain.

Ya. Memang nampak ng*ri. Tetapi inilah realiti yang mencetuskan ket*kutan dalam kalangan orang ramai. Kadangkala kesakitan gout mencapai kemuncak kes*kitan dalam tempoh 12 tahun. Dan selain daripada kesan fizikal, gout juga boleh menyebabkan ker0sakan terhadap buah pinggang.

Perkataan “gout” pertama kali dieja sekitar tahun 1200 oleh Randolphus di Bocking daripada bahasa Latin iaitu “gutta” (setitik cecair). Tanggapan perubatan pada zaman itu tidaklah bersifat saintifik seperti hari ini, sebab gout bagi mereka ialah suatu kejadian apabila “cecair tidak sihat” menitis masuk ke dalam d4rah sendi. Kejadian ini telah dirakamkan sejak zaman dahulu lagi yang selalunya berlaku dalam kalangan keluarga diraja atau bangsawan sejauh ke tahun 2600 S.M.

Seorang ahli perubatan terkenal Yunani iaitu Hippocrates pula pernah merakamkan dalam bukunya Aphorisms bahawa gout tidak pernah berlaku dalam kalangan sida dan wanita hamba. Aulus Cornelius Celsus pada tahun 30 menghubungkan gout dengan alk*hol.

Pada abad ke 18, seorang ahli perubatan bernama Thomas Sydenham pula meluaskan pemahaman umum bahawa “gout berlaku kepada orang-orang tua dan muda. Tetapi orang muda yang menghidapi gout kerana telah bekerja terlalu ter0k sampai secara tidak sengaja menamatkan usia muda pada ciri fizikal mereka.”

Promosi Buku DTT

Dr. Sydenham juga menyebut simtom-simtom gout yang diiktiraf sampai hari ini. “Seseorang pergi tidur dalam keadaan sihat. Tetapi tengah malam dia meraung kerana s*kit teramat sangat pada ibu jari kaki – kadangkala buku lali dan tumit. Badan boleh demam pun kerana terlalu letih memer4ngi kes*kitan.”

Hari ini gout diiktirafkan berlaku pada sesiapa sahaja, tidak kira tua atau muda dan kaya atau miskin. Peny*kit ini tidak datang tiba-tiba. Permulaan gout memerlukan kadar asid urik sangat tinggi dalam d4rah yang dipengaruhi seperti biasa cara pemakanan. Imbangan gaya hidup sihat juga penting. Daging merah atau makanan laut jika diminati perlu dimakan secara seimbang.

Tetapi unsur genetik pun memainkan peranan, terutamanya dalam kalangan orang yang berat badannya tinggi. Perlahan-lahan asid urik terkumpul akan menjadi pepejal bagaikan kristal yang mencer0b0hi sendi, tendon dan sel-sel sekeliling. Dan yang paling men4kutkan, gout takkan boleh sembuh secara sepenuhnya. Asid urik perlu dikawal dengan diet bersesuai juga ubat tertentu supaya dapat mengurangkan sakit gout.

RUJUKAN:

Paul, B.J. and James, R. (2017), Gout: an Asia‐Pacific update. Int J Rheum Dis, 20: 407-416.
https://onlinelibrary.wiley.com/doi/full/10.1111/1756-185X.13103?

Gout diet: What’s allowed, what’s not –
https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/in-depth/gout-diet/art-20048524?

 

Ruangan komen telah ditutup.