Mitos Disebalik 10 Muharram

0
371
views

“Pada 10 Muharram, Nabi Idris ke tempat yang tinggi, itulah hari dimana Allah menyelamatkan Nabi Ibrahim dari kobaran api, itulah hari dimana Allah mengeluarkan Nabi Nuh dari perahu…”. Fakta ini adalah mitos semata-mata.

Umat Islam di seluruh dunia sudah menempuhi fasa baru dalam kehidupan melalui ketibaan tahun baru Islam atau ianya lebih dikenali sebagai Tahun Baru Hijrah. Pada akhir tahun 2018 mengikut kalendar Masihi, umat Islam telah pun menyambut kedatangan tahun 1440 mengikut kalendar Hijrah. 1440 Hijrah bermaksud sudah genap 1440 tahun peristiwa penghijrahan Rasulullah saw (Nabi Muhammad saw) dari kota Mekah ke kota Madinah. Sebuah hijrah yang memberikan nafas baharu kepada perkembangan dan pengukuhan kuasa Islam di semenanjung tanah Arab. Permulaan kalendar Hijrah dimulai dengan sebuah bulan yang bernama bulan Muharram.

MUHARRAM: BULAN PEMBUKA KEJAYAAN.

Permulaan bulan Muharram melambangkan juga sebagai permulaan kepada umat Islam dalam menaiktarafkan kehidupan ke arah yang lebih baik. Di dalam bulan Muharram, umat Islam memperingati tanggal 10 Muharram sebagai Hari Asyura, iaitu hari di mana umat Islam disunnahkan (digalakkan) untuk berpuasa sunat. Untuk pengetahuan semua, puasa di hari Asyura atau 10 Muharram adalah ibadah orang Arab pada zaman Jahiliah, penganut agama Nasrani dan agama Yahudi. Ketikamana Rasulullah saw tiba di kota Madinah, baginda melihat penganut agama Yahudi melaksanakan ibadah puasa pada Hari Asyura sehinggakan dari riwayat Ibnu Abbas r.a, baginda bersabda:

“Ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sampai di Madinah, sementara orang-orang Yahudi berpuasa Asyura. Mereka mengatakan: ‘Ini adalah hari di mana Musa menang melawan Firaun. Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada para sahabat: “Kalian lebih berhak untuk bangga terhadap Musa dari pada mereka (orang Yahudi), kerana itu berpuasalah”.

(Hadis riwayat Bukhari).

Maka, Hari Asyura dijadikan sebagai hari puasa yang wajib ke atas umat Islam di kota Madinah pada masa tersebut.

Setelah turunnya perintah Allah swt kepada Rasulullah saw untuk baginda dan umatnya untuk berpuasa wajib dalam bulan Ramadhan, maka baginda pun meninggalkan puasa di Hari Asyura.

Ini sepertimana dari hadis shahih:

“Dulu hari Asyura dijadikan sebagai hari berpuasa orang Quraisy di masa jahiliyah. Setelah Nabi saw tiba di Madinah, beliau melaksanakan puasa Asyura dan memerintahkan sahabat untuk berpuasa. Setelah Allah wajibkan puasa Ramadhan, beliau tinggalkan hari Asyura. Siapa yang ingin puasa Asyura boleh puasa, siapa yang tidak ingin puasa Asyura boleh tidak puasa”.

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Secara umum, puasa Muharram dapat dilakukan dengan beberapa pilihan. Pertama, berpuasa pada tiga hari, sehari sebelumnya dan sehari sesudahnya, iaitu puasa tanggal 9, 10 dan 11 Muharram. Kedua, berpuasa pada hari itu dan satu hari sesudah atau sebelumnya, iaitu puasa tanggal 9 dan 10, atau 10 dan 11. Ketiga, puasa pada tanggal 10 sahaja.

HADIS MAUDHU: PENCIPTAAN BUMI PADA 10 MUHARRAM.

Waqaf Saham

Pembaca pernah mendengar atau membaca sebuah fakta yang dianggap sebagai hadis oleh sebahagian masyarakat? Bunyinya seperti ini:

Ibnu Abi Az-Zinad, dari ayahnya, dari Al-A’roj, dari Abu Hurairah r.a, beliau berkata, Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

“Allah swt mewajibkan Bani Israil (Yahudi) untuk berpuasa sehari dalam setahun, iaitu di hari Asyura. Tanggal 10 Muharram. Dan mereka diperintahkan untuk membuat pesta makanan bagi keluarga, itulah hari dimana Allah mengangkat Nabi Idris ke tempat yang tinggi, itulah hari dimana Allah menyelamatkan Nabi Ibrahim dari kobaran api, itulah hari dimana Allah mengeluarkan Nabi Nuh dari perahu, itulah hari dimana Allah menurunkan Taurat kepada Nabi Musa, itulah hari dimana Nabi Ismail diganti dengan kambing, itulah hari dimana Allah mengeluarkan Nabi Yusuf dari penjara, itulah hari dimana Allah mengembalikan penglihatan kepada Nabi Yaakob, itulah hari dimana Allah menyingkap ujian yang dialami Nabi Ayyub, itulah hari dimana Allah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan paus, sehinggalah ayat ini diakhiri dengan ‘itulah hari pertama yang Allah ciptakan di dunia”.

(Hadis maudhu ini terlalu panjang dan saya hanya memendekkannya sahaja).

Sesungguhnya, ini adalah sebuah fakta atau hadis yang maudhu (palsu) yang menyimpang daripada kebenaran. Tiada maklumat jelas atau keterangan yang mengatakan semua peristiwa tersebut berlaku pada tanggal 10 Muharram melainkan hanya satu sahaja iaitu peristiwa keluarnya Nabi Musa a.s bersama kaumnya, Bani Israil dari bumi Mesir atau di dalam agama Kristian peristiwa ini lebih dikenali sebagai Exodus.

Beberapa orang ulama menolak tentang keshahihan kisah ini diantaranya adalah:

1. Ibnu Jauzi di dalam kitabnya, al-Maudhu’at menjelaskan tentang kepalsuan kisah ini:

“Hadis ini, bagi orang yang menggunakan, dia tidak akan ragu, bahawa itu palsu. Orang yang membuat hadis ini terlalu mengada-ngada dengan terang-terangan dan tidak malu. Dia menyebutkan sesuatu yang mustahil, iaitu sebuah pernyataan: “Itulah hari pertama yang Allah ciptakan di dunia.” Dan ini kerana yang membuat (mencipta) hadis ini lupa, bahawa yang namanya Asyura, itu jika sudah didahului 9 hari sebelumnya”.

Diantara lain adalah, perawinya, Ibnu Abi Az-Zinad tidak diiktiraf sebagai perawi.

2. Imam Ahmad berkata tentangnya: “Dia seorang perawi yang mudhthorib hadisnya (perawi yang menyampaikan riwayat secara tidak tepat atau berbeza-beza)”.

3. Ibnu Hajar Al-Asqolani berkata tentangnya: “Shoduq (orang jujur), hafalannya mengalami perubahan ketika beliau datang ke kota Baghdad”.

Tambahan pula, dikatakan Allah swt menciptakan Bumi dan Langit pada tanggal 10 Muharram sahaja. Ianya tidak benar bahkan menyimpang jauh. Sebenarnya Allah swt telah menciptakan Bumi sebagaimana yang difirmankanNya:

“Allah-lah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam hari, kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arsy…”

(As Sajadah ayat 3).

“Dan sesungguhnya telah Kami ciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dalam enam masa, dan Kami sedikitpun tidak ditimpa keletihan”.

( Qaf ayat 38).

Kesimpulannya, Hari Asyura merupakan hari yang memperingati kisah Nabi Musa a.s yang diselamatkan Allah swt daripada kejaran pasukan tentera Firaun dan tiada langsung bersangkut paut dengan mitos sepertimana yang dinyatakan di dalam hadis maudh