Mitos Dinding Perisai Vikings

888

Pra-tempah hanya di Shopee

Ketika ini, siri televisyen Vikings yang ditayangkan di saluran History memasuki musim terakhirnya. Dengan baki beberapa episod lagi, peminat mula mengimbas detik-detik menarik sepanjang tujuh musim siri yang dicipta oleh pencipta The Tudors, Michael Hirst. Bagi penulis, satu detik yang menjadikan Vikings lain dari yang lain ialah strategi dinding perisai mereka pada musim pertama.

Adegan pertem-puran orang Viking pimpinan Ragnar Lothbrok yang menggunakan strategi dinding perisai:

Strategi sebegini memang menarik dan menambah elemen dramatik pada siri tersebut. Tetapi menurut Rolf Warming dari Universiti Copenhagen, strategi dinding perisai langsung tidak wujud kerana perisai mereka lebih kecil dan turut dijadikan sebagai sen-jata tambahan semasa pertem-puran berlaku.

Kesimpulan beliau bukan omong kosong semata-mata. Sebaliknya, ia disokong oleh teks-teks Norse lama, bukti arkeologi dan teknik peper-angan Viking sendiri yang menekankan elemen kejutan, kelajuan dan kemahiran sen-jata.

Bagi menguji sama ada strategi tersebut benar-benar berhasil atau tidak, Warming mengenakan kelengkapan per-ang yang digunakan orang Viking ketika itu. Ini termasuklah topi besi, baju besi dan pelbagai jenis perisai bagi menguji sama ada ia berkesan atau tidak bila diserang sen-jata ta-jam.

Apabila beliau mengaplikasikan strategi dinding perisai, perisai yang digunakannya mengalami kerosakan teruk. Tetapi apabila Warming menggunakannya sebagai sen-jata tambahan semasa menahan asakan pihak lawan, perisai hanya mengalami sedikit kerosakan.

Selain dibuktikan menerusi eksperimen lapangan, teks-teks lama Viking langsung tidak menyebut strategi ini. Lantaran itu, Warming menyimpulkan perisai digunakan oleh orang Viking sama ada sebagai pelindung daripada sen-jata ta-jam atau dijadikan sebagai sen-jata tambahan semasa berlawan.

Bukti arkeologi turut menyokong kesimpulan beliau menerusi penemuan artifak sebuah perisai di tapak kubu lama Viking di Denmark pada 2010. Kesemua perisai ini dikatakan dibuat semasa era Raja Harald Bluetooth yang memerintah dari 958 hingga 986 Masihi. Ia berukuran diameter 85 cm, ketebalan 8 mm di bahagian tengah dan 5 mm pada bahagian tepi.

Perisai ini diperbuat daripada tujuh papan kayu fir, ada lubang di bahagian tengah dan pemegangnya diberi hiasan sederhana. Sekiranya perisai ini benar-benar berasal dari Era Viking, ia sudah pasti akan dilitupi oleh kulit binatang dan dicat dengan warna cerah. Perisai yang dilitupi dengan kulit binatang lebih tahan lasak bila digunakan di medan per-ang.

Di samping penemuan artifak di Trelleborg, perisai lengkap turut dijumpai di perkuburan kapal Gokstad di Norway. Pasukan pakar arkeologi yang membuat ekskavasi di situ menemui pelbagai artifak termasuk 64 perisai bulat yang berwarna biru atau kuning. Perisai-perisai ini digunakan sebagai rak perisai untuk melindungi krew kapal daripada sera-ngan anak pa-nah pihak musuh.

Rajah 1: Contoh artifak perisai yang ditemui di kawasan perkuburan kapal Gokstad. Sumber: Muzium Sejarah Kebudayaan, Oslo.

Dan bagi memastikan mitos ini tidak lagi wujud, Viking bertem-pur dengan pelbagai taktik peper-angan yang berbeza. Salah satu daripadanya ialah strategi svinfylking (Hidung Babi) yang menyaksikan pahlawan-pahlawan Viking menggem-pur dinding perisai pihak lawan dengan ka-pak bagi mencetuskan panik. Bagaimanapun, strategi ini tidak berkesan apabila pihak musuh segera berundur.

Strategi dinding perisai ini turut berlawanan dengan mentaliti orang Viking sendiri. Bagi orang Viking, mereka lebih dikenali sebagai pahlawan gagah dan bertem-pur dengan berani dengan harapan dapat diberi ganjaran berada di Valhalla. Justeru, strategi ini kelihatan seperti lesen dramatik Hirst dan bukan fakta sejarah sebenar.

RUJUKAN:

Lanesskog, T. (2021). Dissolving Myths: Vikings Did NOT Hide Behind Shield Walls. ThorNews.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.