Mitos Di Sebalik Gambar Syaitan Di Gua Hira’

2,132

https://bit.ky/kombowww

Pernah melihat atau terserempak pada gambar di atas yang kononnya pada waktu tersebut tersebarnya sebuah berita mengenai penemuan seekor jin yang bertenggek di dinding Gua Hira, Mekah?

Ya, saya juga termasuk salah seorang kanak-kanak yang percaya tentang berita tersebut. Berpunca daripada sekeping gambar tersebut, tersebarlah pelbagai versi cerita mengenai jin yang berwarna hijau tersebut. Ada yang mengatakan ia Jin Ifrit, adapula menyatakan ia Setan Gua dari Brazil, setan yang memb4h4m manusia di Gua Ras al-Khaimah di UAE dan banyak lagi.

Walaubagaimanapun, misteri dan kebenaran berita mengenai gambar jin/syaitan ini berjaya dibongkarkan oleh seorang jurnalis dari Turki, Ali Muret Guven pada tahun 2009 yang lalu. Beliau menyatakan dengan bukti bergambar bahawasanya, makhluk di dalam gambar tersebut hanyalah sebuah tugu Goblin yang dilekatkan/digantung di dinding gua di sebuah kawasan pelancongan yang dinamakan ‘Cheddar Show Cave and Gorge’ di Somerset, England.

Tujuannya tidak lain tidak bukan hanyalah untuk tarikan pengunjung sahaja. Tugu-tugu Goblin ini dicipta oleh Rowland Pavey. Selain tugu Goblin yang popular ini, ada juga tugu Goblin yang menghiasi kawasan tersebut

Ali Muret Guven bergambar bersama tugu Goblin yang pernah menggemparkan dunia.

Dengan terjawabnya keshahihan di sebalik gambar jin Gua Hira ini, semoga kita semua boleh meningg4l dalam keadaan damai dan tenteram.

Keratan artikel daripada majalah Fortean Times dah bongkar kisah di sebalik gambar ini pada tahun 1995.
Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.