Mitologi Athens Memperoleh Namanya

645
views

Sejarah Yunani sebenarnya antara sejarah di dunia yang tersangat terperinci perceritaan kerana betapa bangsa Yunani sangat mengagungkan sejarah. Tokoh seperti Hedorotus antara yang dikatakan menjadi “Bapa Sejarah Dunia”.

Yunani mempunyai fasa sejarahnya antaranya ialah fasa Peradaban Mycenaean yang wujud seawal 1600 S.M. Mycenaean Yunani adalah  peradaban yang muncul pada penghujung zaman besi gangsa di Yunani. Namun, selepas kejatuhan peradaban Mycenaean, kita menyaksikan di mana Yunani mula memasuki zaman gelap yang dipanggil sebagai “Dark Ages” dan selepas zaman gelap Yunani inilah lahirnya satu fasa yang dikenali sebagai “Acient Greek” atau dalam bahasa Melayunya “Yunani Purba.”

Saya suka untuk memulakan penceritaan sejarah Yunani pada zaman klasikal Yunani dengan memetik Athens, sebagai permulaan kepada penceritaan sejarah Yunani. Kenapa mesti Athens? Kalian harus tahu bahawa Athens adalah sebuah bandar, antara di dunia, yang mempunyai banyak data penceritaan yang lengkap dan amat menghargai sejarah sehinggakan Cicero, seorang alhli falsafah Rom pernah berkata:

“Apabila aku menjejakkan kaki ke dalam Athens, ianya seolah-olah seperti aku sedang berpijak di atas kepingan sejarah.”

Athens adalah sebuah kota yang dihuni oleh manusia sejak ribuan tahun. Lokasina yang terletak di selatan Eropah, Athens akhirnya menjadi antara kota yang mengetuai perkembangan tamadun Yunani. Hari ini, Athens juga menjadi kebanggan Barat di atas perkembangan ilmu, yang boleh dibandingkan seiring dengan perkembangan tamadun-tamadun dari timur.

Nama Athens adalah datang daripada nama seorang dewi yang bernama Athena, yang asal daripada zaman pra-Yunani. Athena adalah dewi tamadun, kebijaksanaan, kekuatan, strategi, kemahiran, keadilan dan kerajinan. Mitos menceritakan mengenai bagaimana Athens mendapat namanya apabila persaingan antara Posesidon, iaitu Dewa Laut dalam Tamadun Yunani.

Athena dan Poseidon telah meminta kepada Cecrops, pemerintah Athens ketika untuk menanungi Kota Athens dan setiap antara dewa ini akan memberi hadiah kepada pemilik Athens dan hadiah yang dipilih itulah akan menjadi penaung dan nama kota itu akan diberi atas namanya.

Maka, diceritakan bahawa Poseidon telah menghasilkan kolam air panas dengan menghentakkan trident (senjata yang digunakan oleh Poseidon) ke tanah. Athena pula telah menghasilkan Pokok Olive, yang membawa lambang keamanan dan kekayaan. Cecrops akhirnya telah memilih pokok Olive yang dihasilkan oleh Athena sekaligus menamakan kota di bawahnya sebagai Athens, sempena nama Athena.

Previous articleDisebalik Dark Souls
Next articleRevolusi Xinhai (1911): Berakhirnya Monarki China
Graduan Diploma dalam bidang Mass Com ini meminati bidang sejarah sejak bangku sekolah lagi. Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 12 buah buku (setakat April 2017). Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!
SHARE