“Dalam banyak keadaan, keruntuhan berlaku ekoran daripada pelbagai faktor penekan yang bertindih – seperti politik-ekonomi, demografik, dan sosiobudaya di samping persekitaran… Aspek sampingan pula mengenengahkan faktor seperti kelemahan structural, kewujudan pertentangan sosial, dan kedinamikan politik yang menjadikan masyarakat mudah terjejas kepada kejadian alam sekitar yang ekstrim. Justeru itu, naik turun atau perubahan iklim juga menjadi pemangkin berbanding hanya sekadar pencetus unik yang membawa kepada kemusnahan (sesebuah ketamadunan)….” – Knapp dan Manning (2016)

Zaman Gangsa Aegean lebih dikenali sebagai zaman di mana bangsa Mycenaean yang gagah berp3rang telah menguasai bangsa Minos, iaitu bangsa pedagang sekaligus Mycenean meningkat naik sebagai salah satu kuasa perdagangan terhebat di Mediterranean Timur.

Walaupun bangsa Minos dianggap sebagai bangsa yang aman damai ekoran penemuan arkeologi (atau boleh juga dikatakan ekoran kurangnya penemuan barang ketenteraan), hal yang sama tidak berlaku kepada bangsa Mycenaean. Hasil seni, lubang kubur, dan batu bersurat Linear B mereka yang terselamat menggambarkan kebudayaan pahlawan yang sangat gagah – kebudayaan yang tidak terlihat pada kebudayaan Minos Aegean sebelum ini.

Contoh Patung Kecil “Phi” (kerana ia kelihatan seperti salah satu abjad Yunani) d


Oleh kerana itu, bencana yang sering dianggap sebagai faktor yang meruntuhkan kebudayaan Mycenaean sehingga tersungkur ke bumi adalah berkait rapat dengan kecenderungan mereka untuk menumpahkan darah sendiri – misalnya mungkin ekoran pep3rangan yang mereka hadapi memandangkan bangsa Mycenaean dilihat sebagai satu ancaman oleh empayar-empayar jiran.

Bagaimanapun, terdapat pelbagai faktor lain yang berkemungkinan boleh menjatuhkan status quo kebudayaan pahlawan gagah ini. Antaranya seperti faktor gabungan di antara kemusnahan sosial, ekonomi, politik, dan persekitaran. Artikel ini akan cuba menyelami secara ringkas faktor-faktor tersebut dan peranan setiap satunya dalam menyumbang kepada kejatuhan bangsa Mycenaean.

Lukisan tentera-tentera yang sedang mara, oleh tamadun Mycenae Zaman Gangsa Lewat (abad ke-12SM)

KESATUAN AGAMA, POLITIK DAN EKONOMI BANGSA MYCENAEAN

Kebudayaan bangsa Mycenaean berpusat mengeliling kompleks-kompleks agam besar, di mana agama, politik dan ekonomi saling berselirat secara rumit. Kemusanahan pada salah satunya akan memusnahkan yang lain. Malah, pemusatan seperti ini juga mengisyaratkan bahawa sebarang perpecahan yang berlaku di antara pemuka negara boleh menghancurkan kestabilan bangsa Mycenaean.

Contohnya, perubahan dalam kekuasaan kerajaan, pep3rangan dalaman, atau kurangnya penumpuan kepada hal-hal keagamaan mungkin akan merosakkan pasaran antarabangsa Mycenaean dan menghasilkan kesan yang menaik-turunkannya (pasaran tersebut).

Tembaga sebagai contoh, merupakan bahan yang tersangat berharga yang digunakan sebagai elemen pelindung di dalam upacara keagamaan. Untuk mendapatkan tembaga, seseorang itu perlu mempunyai perhubungan dengan dagangan timah milik bangsa Hittie di Anatolia.

Pada asasnya, disebabkan oleh kebudayaan Mycenaean yang begitu erat berselirat seputar tamadun itu sendiri – yang bergantung kepada hubungan baik dengan pemuka-pemuka di wilayah jiran, maka sebarang ketidakstabilan dalaman boleh menggugat sumber kewangan primer bangsa Mycenaean. Kemusnahan kewangan di samping kebangkitan angkatan senjata dari dalam, s3rangan-s3rangan dari luar, atau bencana-bencana alam akan menyebabkan proses pemulihan itu menjadi mustahil.

BENCANA ALAM

Dalam pada pencerobohan-pencerobohan dari luar itu merupakan suatu yang mudah untuk dikesan, teori-teori berkaitan impak bencana alam ke atas jatuhnya kebudayaan Mycenaean turut boleh dipertimbangkan: kejadian yang sama yang turut berlaku kepada kebudayaan Mediterranean yang lebih muda menambahkan lagi kebarangkalian bahawa kejadian seperti ini berlaku.

Tambahan lagi, Anatolia (Turki moden di mana kota Troy wujud), Mesir, dan Levant (Iraq moden) ditimpa kerosakan ekoran gempa bumi dan letusan gunung berapi secara berturutan, yang mana ia juga turut melanda Aegean.

Bagaimanapun, pada tahun 2018, sepasukan pengkaji Jerman telah menerbitkan sebuah kajian yang membantah pandangan ini dan menyatakan:

“Walaupun sesetengah pemerhatian daripada dua kubu kota yang telah disiasat (di Tiryns dan Midea) boleh dijelaskan menerusi (kejadian) pemuatan seismik (gempa bumi), namun punca lain yang bukan-seismik juga berupaya menerangkan kebanyakan (kejadian) kemusnahan. Dalam beberapa kes, kerosakan (pada) struktur tenyata secara jelas bukan disebabkan oleh gempa bumi. Dapatan kami menunjukkan bahawa hipotesis kononnya gempa bumi pemusnah di Tiryns dan Midea yang mungkin boleh menyumbang kepada pengakhiran zaman Mycenaean LBA, sama sekali tidak cenderung berlaku.”

Pengkaji-pengkaji itu mempercayai bahawa sebuah pemberontakan atau pencerobohan (s3rangan luar) adalah sebab besar yang merintis kepada kejatuhan Mycenaean. Namun jika kita menelusuri aktiviti seismik dengan teliti, ia sememangnya kelihatan sebagai penyebab kepada (berlakunya) kebakaran sebagai satu kesan domino ekoran pemusatan setiap komuniti dan gempa bumi yang tekal yang melanda Mediterranean telah berupaya dengan mudah menerbalikkan nyalaan api menjulang tersebut (pelita minyak biasa digunakan di Mycenaean-Minos Yunani, Anatolia dll) lalu memulakan kebakaran ke atas istana-istana yang disebutkan sebelum ini.

Apabila sesebuah tamadun itu mempunyai jenis komuniti yang memusatkan politik, ekonomi dan keagamaan yang semuanya bertumpu di sekeliling tapak-tapak mufrad itu, maka sangat mudah untuk kebakaran tersebut membumihanguskan kawasan itu.

Tapak arkeologi Mycenae terletak dekat perkampungan Mykines, Peloponnese, Yunani

Salah satu kejadian paling penting di mana kebakaran tersebut dipercayai telah menyebabkan kemusnahan sedemikian adalah situasi yang berlaku di Knossos, Crete. Batu bersurat Linear B yang merupakan catatan-catatan dari Mycenaean serta batu-batu bersurat Linear A Minos yang tidak mampu ditafsirkan berkemungkinan dihasilkan sekitar masa keruntuhan tersebut, sekaligus menghindarkannya dari sebarang proses penafsiran lanjut. Pakar arkeologi bernama Arthur Evans yang telah ‘menemui’ (tinggalan) Mono situ menganggap bahawa kebakaran tersebut telah diakibatkan oleh satu kejadian gempa bumi yang telah menerbalikkan jamung-jamung berhampiran.

Sama ada kebakaran itulah yang menjadi penyebab kepada pengakhiran kompleks besar di Crete itu ataupun tidak, ia masih menjadi persoalan. Namun, kebakaran tersebut adalah bukti bahawa marak api sebegitu merupakan ancaman yang sangat bahaya kepada komuniti yang mengamalkan sistem sebegitu – tersusun begitu rapat.


Batu bersurat tanah liat yang terpahat skrip Linear B bertarikh 1450-1375SM di Knossos

RANTAIAN KEJADIAN YANG BERBAHAYA

Sesiapa pun jua haruslah ingat bahawa kemusnahan bagi seluruh masyarakat tidak berlaku semalaman: berkemungkinan bahawa jika kejatuhan Mycenaean ini berkait rapat dengan bencana alam, maka bencana ini merupakan titik mula kepada sebuah rantaian kejadian berbahaya (yang menimpa tamadun berkenaan). Perpindahan pribumi Mycenaean (yang berlaku) menjadi satu lagi indikasi penting dalam perdebatan tentang (punca) kejatuhan mereka.

Walaupun bahan bukti yang dijumpai di tapak kompleks besar agam mengisyaratkan bahawa pernah berlakunya kejadian kebakaran secara meluas di pelbagai pusat bandar, dan juga kemusnahan yang diakibatk atau diparahkan oleh berlakunya aktiviti seismik sebagaimana yang dimaklumkan sebelum ini, terdapat juga bukti bahawa kebanyakan tapak berkenaan ditinggalkan (penduduknya berpindah).

Robert Drews (1993) mendapati bahawa kekurangan tinggalan temulang di kebanyakan tapak mungkin mengisyaratkan bahawa pribumi di situ sempat melarikan diri daripada bandar mereka sebelum ianya mengalami kemusnahan total. Dalam erti kata lain, mereka mungkin telah menjangka bahawa akan berlakunya kemusnahan lanjut lalu berhasil melarikan diri sebelum mereka sendiri ditimpa bahaya.

Keadaan persekitaran yang terjejas boleh membawa kepada keterjejasan ekonomi dan seterusnya pergolakan politik. Melarikan diri mungkin adalah jalan penyelesaian terbaik lebih-lebih lagi jika terdapat sebarang pihak luar yang mengancam mahu menyerang tamadun yang sedang mengalami keruntuhan itu. Sama ada mereka (pernah memasang) keinginan untuk pulang ke kampung halaman mereka itu (setelah berlalu suatu tempoh masa) ataupun tidak, ia masih lagi diperdebatkan.


Patung kecil Mycenaean berasal dari Agios Konstatinos, Methana (abad 14-13SM) Muzium Arkeologi Piraeus, Yunani

Sebab-sebab khusus lagi tepat di sebalik keruntuhan Zaman Gangsa Aegean mungkin mustahil untuk diketahui. Terlalu banyak faktor yang terjalin antara satu sama lain yang kesemuanya boleh memberikan begitu banyak impak negatif terhadap pusat perdagangan antarabangsa Mediterranean yang mengamalkan sistem berpusat itu.

CAHAYA DI PENGHUJUNG TEROWONG

Bagaimanapun, kejatuhan tamadun Mycenaean mungkin mempunyai cahaya di penghujung terowong. Peminjaman secara pesat mereka lakukan daripada hasil seni, struktur kompleks agam dan bahasa daripada Minos mengisyaratkan bahawa asimilasi berlaku dua arah di mana Mycenaean tidak membiarkan Minos dari terus pupus. Oleh kerana itu, sekiranya skrip Linear A Minos berjaya ditafsirkan sepertimana apa yang terpahat pada Linear B Mycenaean, maka rekod mengenai pengakhiran Zaman Gangsa Aegean boleh ditemukan.

Batu bersurat Linear A dijumpai di istana Zakros, Muzium Arkeologi Sitia

Memandangkan pengakhiran tamadun Mycenaean telah membawa kepada berlangsungnya Zaman Gelap Yunani, maka sebarang maklumat mengenai beberapa abad terakhir Zaman Gangsa Mycenaean yang terselamat akan berupaya memberikan kefahaman yang lebih lengkap tentang faktor kejatuhannya. Zaman gelap ini hanya berakhir pada masa-masa di mana tulisan Homer iaitu Illiad dan Odyssey muncul.

TERJEMAHAN:

Riley Winters. (18 Julai 2019). The Fall of a Civilization: The Mysterious Collapse of the Mycenaean Bronze Age. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history-important-events/fall-civilization-mysterious-collapse-mycenaean-bronze-age-009367


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Dilahirkan di Kuala Lumpur dan mendapat pendidikan di dalam bidang perubatan di RCSI, Ireland, dan PMC(RUMC), Pulau Pinang. Kini, sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana (Master) dalam bidang Kesihatan Awam. Seorang yang meminati hal-ehwal sejarah, falsafah, geopolitik dan bahasa. Cenderung kepada Gagasan Islamisasi Ilmu oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Mempunyai pengalaman dalam menerjemah buku dan sedang mempelajari bahasa Rusia dan Mandarin. Bercita-cita untuk menjadi seorang polymath dan polyglot.

Comments are closed.