Misteri Spider Woman Dalam Sejarah Mexico Purba

261

https://bit.ky/kombowww

Bagi sesiapa yang bertandang ke Teotihuacan, pasti tertarik melihat satu lukisan lama yang indah pada satu bahagian. Lukisan lama ini digelar pengkaji arkeologi sebagai Spider Women atau The Great Goddess. Sehingga hari ini, masih banyak misteri menyelubungi tapak kota yang diberi nama Kota Dewa-Dewi itu dalam Bahasa Nahuati termasuk lukisan yang dimaksudkan.

Kota ini dikatakan wujud lama sebelum kebangkitan Tamadun Aztec dan dijumpai sekitar abad ke-15 oleh mereka dalam keadaan terbiar. Justeru, apa saja rekod berkenaan Teotihuacan hilang ditelan zaman.

Begitupun, kota ini dianggap antara kota terbesar dan terpenting di Amerika Tengah sebelum kemunculan Tamadun Aztec dan boleh menampung populasi seramai 125,000 hingga 200,000 orang. Sekiranya benar bilangan populasi yang dinyatakan, maka Teotihuacan dianggap sebagai kota terbesar dunia pada zamannya.

Berdasarkan penyelidikan pengkaji sejarah, Teotihuacan diasaskan seawal 400 SM dan muncul sebagai petempatan kecil sahaja. Bagaimanapun, semua itu berubah apabila pelarian dari kota Cuicuilco tiba di situ selepas kota mereka mvsn4h dalam peristiwa letusan gunung berapi. Pelarian-pelarian ini memilih menetap di situ dan bertanggungjawab mengubah Teotihuacan sebagai sebuah kota besar pada zamannya.

Bagaimanapun, ada juga yang berpandangan usaha pembinaan Teotihuacan sebagai kota mahsyur dipelopori oleh puak Totonac atau puak Toltec. Tetapi dalam kes puak Toltec sebagai pengasas kota berkenaan, pandangan tersebut ditolak mentah-mentah. Ini kerana puak tersebut hanya muncul beberapa kurun selepas kejatuhan Teotihuacan.

Kota Teotihuacan.

Kota tersebut berkembang selama ratusan tahun tetapi ia kemudian mula mengalami kemerosotan apabila p3r4ng saudara tercetus pada 750 Masihi. Walaupun terus memainkan peranan sebagai pusat keagamaan penting di Amerika Tengah, ia tidak lagi berupaya mencapai kegemilangannya seperti dulu dengan banyak bangunannya menyembah bumi.

Kini, Teotihuacan kini merupakan antara tapak arkeologi yang terkenal di dunia kerana mempunyai monumen-monumen yang besar. Antara monumen-monumen terkenal ialah Quetzalcoatl (Kuil Ular Tedung Berbulu), Piramid Matahari dan Piramid Bulan. Tetapi seperti tapak-tapak tamadun lain, ia juga tidak terlepas dari menjadi mangsa kerakusan manusia yang gilakan artifak purba.

Dalam kes Teotihuacan, 70 mural kota tersebut yang dikenali sebagai Mural Wagner dicuri dari kota tersebut pada tahun 60-an. Salah satu tempat yang paling terjejas akibat kecurian itu ialah satu dataran yang diberi gelaran Dataran Mural Hilang oleh Rene Millon, seorang pakar arkeologi dari Universiti Rochester.

70 mural tersebut kemudiannya dimiliki oleh seorang arkitek San Francisco yang aneh perilakunya bernama Harold Wagner semasa berada di Mexico. Apabila pengumpul itu berpindah ke balik papan pada tahun 1976, semua koleksi mural Teotihuacan didermakan kepada sebuah muzium tempatan.

Sejak itu, muzium berkenaan melancarkan sebuah projek yang dikenali sebagai Projek Mural Teotihuacan. Hasil penyelidikan mereka mendedahkan pelbagai maklumat menarik berkenaan mural termasuk lokasi sebenarnya di Teotihuacan. Misalnya, pembuatan mural dibuat menerusi campuran abu gunung berapi dengan pelbagai bahan seperti tanah liat dan serpihan tembikar.

Manakala warna pada mural dihasilkan menerusi penggunaan mineral seperti hematit (merah), kalsit (putih) dan hitam (arang). Motif haiwan yang menonjol dalam kebanyakan mural ialah koyote, jaguar dan burung hantu. Sementara dewa-dewi yang ditampilkan dalam mural ialah The Spider Women dan The Storm God (Dewa Ribut/Tialoc ialah dewa ribut dalam masyarakat Aztec).

Mural yang dimaksudkan.

Sebut pasal The Spider Women, tiada sebarang rekod dalam masyarakat Aztec tentang dewi yang mempunyai keupayaan sama dengannya. Malah, nama sebenar dewi ini langsung tidak diketahui sehingga hari ini. Nama Spider Women ini hanya diberi oleh pakar arkeologi, Karl Taube pada tahun 1983 kerana pada rantai lehernya, terdapat taring, elemen labah-labah dan cermin serta topi kepalanya yang unik.

Begitu juga peranannya dalam masyarakat purba ketika itu. Ada mengeluarkan teori bahawa Spider Women ialah dewi pertanian kerana menunjukkan tangan terbuka pada setiap mural. Ada melihatnya sebagai tanda ia bertanggungjawab menjaga kesuburan tanah pertanian Teotihuacan.

Ada pula berpandangan selepas melihat kedudukan mural The Spider Women di atas kota berkenaan, ia melambangkannya dewi yang melindungi kota tersebut. Yang pasti, simbolisme pada setiap mural The Spider Women menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan komuniti akademik.

Dan apa yang kita tahu sekalipun tentang The Spider Women ialah ia berdasarkan spekulasi dan teori para pengkaji akademik.

RUJUKAN:

DHWTY. (2020). The Powerful and Mysterious Spider Woman of Mexico. Ancient-Origins. https://www.ancient-origins.net/myths-legends-americas/spider-woman-0014386

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.