Moving Forward As One

Misteri Pembµnµh Zodiac Yang Masih Menghantui Amerika Syarikat

2,548

David Arthur Faraday sedang memandu di Jalan Lake Herman, bersama teman wanitanya Betty Lou Jensen.

Kedua-dua merpati sejoli ini sedang merancang untuk pergi ke sebuah konsert yang dianjurkan Sekolah Tinggi Hogan.

IKLAN: Patriots baru sahaja melancarkan novel keempat terbitannya. Boleh beli si Shopee kami: http://bit.ly/mahapsiko

Pada jam 10:15 malam, Faraday berhenti di tepi jalan tidak jauh daripada sebuah stesen minyak. Tempat ini agak sunyi, sangat sesuai untuk beras.mara.

Tetapi 45 minit kemudian, ma.yat mereka ditemui Stella Borges yang terus membuat laporan polis.

Sejak hari itu, bandar Benicia mendapat perhatian seluruh Amerika Syarikat. Faraday dan Jensen masih belum melangkau usia 20-an, masih mentah dan muda.

Lokasi Benicia dalam California.

Faraday ditinggalkan dalam keadaan berlµmµran dengan dar.ah sendiri. Jensen pula sempat lari dalam 10 meter tetapi ditem.bak lima kali.

Tujuh bulan pihak polis berhempas-pulas cuba menyelesaikan kes mengejutkan ini. Sementara itu keluarga Faraday dan Jensen meratapi pemergian anak kesayangan mereka.

Pada 4 Julai 1969 pula, Amerika Syarikat menyambut Hari Kemerdekaan yang mesti gilang-gemilang. Semua orang mendapat cuti umum di seluruh negara.

Jadi Michael Renault Mageau dan Darlene Elizabeth Ferrin menghentikan kereta di Blue Rock Springs Park yang terletak 6.4 kilometer daripada Lake Herman.

Sebuah kereta kemudian berhenti di tepi mereka tetapi tiba-tiba memandu terus. 10 minit kemudian, kereta tersebut kembali.

Pemandunya turun membawa lampu suluh dan sepµcµk Luger 9mm. Lima das tem.bakan dilepaskan. Pemandu tersebut sudah berjalan pergi, sebelum terdengar Mageau merintih. Dia kembali untuk menem.bak dua kali setiap seorang.

Mageau di kiri.

Sejam kemudian, seorang lelaki mengaku bertanggungjawab kepada pihak polis melalui talian telefon.

Dia juga mengaku membµnµh Jensen dan Faraday. Dan pihak polis sempat menjejak talian tersebut ke telefon awam di sebuah stesen minyak antara Springs Road dan Tuolumne, tidak jauh daripada rumah Ferrin yang meninggal dunia di hospital.

Mageau walau bagaimanapun terselamat walaupun ditem.bak di bahagian muka, dada dan leher.

Tetapi ingatannya tentang pembµnµh tersebut agak samar-samar: mungkin dalam 30 tahun, 90 kilogram dan 1.73 meter tinggi tetapi etnik Kaukasia (kulit cerah) dengan rambut keriting pendek.

Memperkenalkan Zodiac

Hampir sebulan kemudian, seorang lelaki menghantar sepµcµk surat layang kepada San Francisco Chronicle, San Francisco Examiner dan Vallejo Times Herald.

Setiap media cetak mendapat satu-pertiga daripada surat penuh yang mahu disampaikan pembµnµh. Tetapi surat penuh ini perlu diselesaikan, kerana dalam bentuk kriptogram.

408 simbol ini dihantar dalam bentuk kod, disertakan juga erti abjad bagi setiap simbol. Pihak media dikehendaki menyelesaikan maksud di sebalik kod ini.

Dan pembµnµh meminta supaya pihak media cetakkan kod ini – kalau tidak, dia akan teruskan membµnµh orang tanpa henti.

Setelah menyelesaikan dan meneliti maksud di sebalik kod ini, semua sedar bahawa pembµnµh ini benar-benar tidak stabil (gila). Kerana mesejnya penuh dengan kesalahan tatabahasa dan ejaan.

Kotak merah menunjukkan kesalahan ejaan yang ketara

Terjemahan bagi petikan di atas, “aku suka membµnµh orang kerana sangat menyeronokkan lebih seronok daripada membµnµh haiwan liar di dalam hutan kerana manusia ialah haiwan paling bah.aya untuk bµnµh sesuatu yang mengujakan aku lagi seronok daripada berasm.ara dengan perempuan paling seronok ialah bila aku ma.ti nanti, aku akan dilahirkan semula di syurga dan semua yang aku bµnµh akan jadi ham.ba aku aku takkan beritahu nama aku kerana kalian akan cuba melengahkan aku atau di puncak himpunan ham.ba dalam alam akhirat aku (tidak dapat diterjemahkan)”.

Ketiga-tiga media menerbitkan kod tersebut. San Francisco Chronicle menaikkan artikel berbaur µgµtan daripada Ketua Polis Vallejo yang meminta pembµnµh hantar surat lagi.

Seminggu kemudian, pembµnµh memenuhi permintaan Ketua Polis. Examiner menerima sepµcµk surat, “This is the Zodiac speaking.”

Buat pertama kali, nama Zodiac disebut. Dan pihak polis mula memandang serius, kerana Zodiac menceritakan habis tentang pembµnµhan Faraday, Ferrin dan Jensen begitu rapi bersama juga dengan maklumat belum diberitahu kepada orang awam.

Ini bermakna, penghantar surat ini memang pembµnµh dicari-cari.

Kes Ditutup

Tujuh orang menjadi meng.sa Zodiac antara 1968 hingga 1969. Dua daripadanya terselamat, iaitu Michael Mageau dan kemudian Bryan Calvin Hartnell yang ditik.am lapan kali di belakang.

Semua mang.sa Zodiac terdiri daripada golongan anak muda. Tetapi Zodiac mengaku membµnµh 37 orang, termasuk semua kes sedia ada sejak 1963 lagi. Semakin lama, Zodiac seolah-olah tidak stabil.

Dia menghantar surat kepada Chronicle dengan sebuah kad. Chronicle digesa menerbitkan kad ini. Jika enggan, Zodiac akan mengeb.om sebuah bas.

Ramai orang menjadi sus.pek polis.

Tetapi seorang pun tidak mampu didakwa, kerana kekurangan bukti yang barangkali mereka tidak buat pun. Sebahagian besar daripada sus.pek ini menghid.api masalah mental seperti gangguan bipolar, gangguan impulse-control dan skizofrenia contohnya.

Zodiac walau bagaimanapun sudah tidak mengirimkan surat selepas 29 Januari 1974. Dalam surat tersebut, beliau berkata “Aku = 37, Polis San Francisco = 0”. Ini menunjukkan bahawa Zodiac telah membµnµh 37 orang, yang gagal dilindungi polis.

Sehingga hari ini, pembµnµh Zodiac tidak ditangkap. Sudah 47 tahun sejak surat terakhir diutuskan, bermakna Zodiac mungkin telah meninggal dunia.

——–
Kalau anda merupakan peminat kisah pembunuh bersiri ini, kami nak cadangkan buku terbaru terbitan kami iaitu PSIKOPAT NIRWAJAH yang memberikan anda kisah fiksyen tentang pembunuh bersiri yang suka mengupas wajah mangsanya. Ini ialah novel keempat terbitan The Patriots. Beli di Shopee kami: http://bit.ly/mahapsiko

Ruangan komen telah ditutup.