Moving Forward As One

Misteri Mumia Seorang Paderi Yang Dikebumi Dengan Janin

2,964

Peder Winstrup membesar dalam keluarga agamawan. Bapanya merupakan seorang uskup (bishop) di pulau Zealand, yang terletak dalam wilayah Denmark. Dalam agama Kristian, jawatan uskup ini besar sebenarnya.

Jadi apabila bapanya meninggal dunia (ketika Winstrup berusia sembilan tahun), pihak gereja perlu mencari ganti. Pengganti ini pula berkahwin dengan ibunda Winstrup.

Maka sepanjang usia kanak-kanak dan remaja, Winstrup mendapat pendedahan keagamaan. Pendedahan ini dibawa sampai dewasa, menimba ilmu dalam banyak universiti seperti Rostock, Wittenberg, Leipzig, Jena dan kemudian Copenhagen.

Ketika berusia 30 tahun, Winstrup menerima pelantikan diraja untuk berkhidmat sebagai paderi dalam keluarga Raja Christian IV (1588-1648).

Setahun kemudian, Winstrup mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang teologi. Dengan ilmu dan pengalaman, beliau berjaya menjadi seorang uskup pada tahun 1638.

Peder Winstrup

Perkhidmatan beliau untuk Christian IV berakhir kerana pergolakan politik dan konf.lik antarabangsa.

Kawasan penguskupan beliau menjadi pertar.uhan Denmark dalam Perjanjian Roskilde. Jadi Winstrup perlu berkhidmat untuk Raja Sweden Charles X Gustav (1654-1660) pula.

Peralihan ini tidak membawa sebarang masalah kepada Winstrup, yang masih disegani ramai.

Pucuk kepimpinan Sweden masih mengesyaki kesetiaan beliau, mungkin kerana pendekatan apolitikalnya. Seseorang yang tidak boleh dibeli tentu sekali susah untuk membuat kawan dalam kalangan istana diraja.

Tiada siapa boleh memberi jaminan Winstrup betul-betul bebas daripada pengaruh Denmark. Jadi Charles X meskipun mengurniakan darjah kebesaran Himmelstierna bagaikan menjauhi Winstrup. Kerajaan Sweden tidak membantu dari segi sokongan semasa Winstrup sedang cuba membangunkan sebuah universiti.

Winstrup tidak dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Lund, sedangkan beliau uskup di kawasan tersebut. Tetapi jawatan ini akhirnya diberikan kepada Winstrup kemudian. Beliau kekal sebagai uskup hingga akhir hay.at.

Kajian Pada May.at Peder Winstrup

Sumbangan Peder Winstrup pada budaya Scandinavia tidak dapat dinafikan. Beliau merupakan seorang figura penting dalam sejarah Denmark dan Sweden.

Jasanya terkenang walaupun selepas beliau meninggal dunia pada 28 Disember 1679. Gereja Lund sekadar bercerita tentang Winstrup selama beberapa ratus tahun.

Akhirnya, pada tahun 2012, pihak pengurusan membuat keputusan penting: mereka mahu mengalihkan may.at Winstrup.

Inilah masa yang dinanti-nantikan. Dalam kesempatan ini, mereka bolehlah menjalankan beberapa kajian penting.

Teknologi CT dan X-ray mendedahkan yang keranda Winstrup mempunyai bekas limau, hyssop dan juniper. Kaedah penyimpanan may.at di tempat sejuk selama beberapa minggu pula telah memumiakan Winstrup.

Winstrup bagaikan diawet.

Dalam keranda ini, mereka menemui 50 ekor serangga yang semakin pµpµs pada hari ini (Fagerstrom, et al., 2020).

Ternyata keputusan gereja telah membuahkan hasil lumayan untuk dunia sains. Mereka dapat menjejaki cara pemakanan abad ke-17. Secara tidak langsung, ini membantu untuk faham sedikit sebanyak tentang peny.akit pun.

Kerana paru-paru kanan Winstrup menunjukkan kesan batuk kering (tuberkulosis) yang jelas (Sabin, et al., 2020). Malah Winstrup turut mempunyai batu karang, rad.ang sendi (arthritis) dan gout.

Semua ini amat mempesonakan pengkaji sains yang terlibat. Tiada siapa yang terkejut… sampailah mereka menyelak kain di bahagian kaki Winstrup.

Apa Benda Janin Buat Di Situ?

Cuba bayangkan. Selama 333 tahun, tiada siapa tahu yang kaki Peder Winstrup sedang menyembunyikan rahsia besar. Sejak dikeluarkan (pada tahun 2012), saintis hanya boleh membuat spekulasi semata-mata.

Lama juga mereka berdebat, siap dengan sangkaan yang janin ini mungkin anak luar nikah. Kerana gµgµr semasa dalam kandungan, janin ini sengaja diletakkan bersama seseorang yang dianggap mulia dan suci (Kennedy, 2015).

Misteri ini terjawab apabila saintis merungkaikan dengan teknologi bacaan DNA. Semua spekulasi habis meleset. Sesungguhnya janin ini bukan anak luar nikah. DNA membuktikan janin ini ada kaitan dengan Winstrup.

Hanya seorang anak Winstrup sahaja yang melangkaui usia dewasa. Maklumat mengenai anak ini sangat terhad. Tetapi logiknya, anak Winstrup sempat membina keluarga sendiri. Isterinya pula hamil dan kemudian gµgµr.

Lalu janin tersebut diletakkan bersama Winstrup (Krzewinska, 2021). Mungkin janin ini disimpan asing sebelum Winstrup meninggal dunia lagi. Dan mereka dikebµmikan bersama pada 28 Disember 1679.

RUJUKAN:

Fagerstrom, C., et al. (2020). Insects and other invertebrate remains from the coffin of a 17th century bishop in Lund Minster, S Sweden. Journal of Archaelogical Science: Reports. 102299.

Kennedy, M. (2015, Jun 21). Scan of mummified (ditapiskan) of Swedish bishop reveals baby hidden in coffin. The Guardian.

Krzewinska, M., et al. (2021). Related in (ditapiskan)? A curious case of a foetus hidden in bishop Peder Winstrup’s coffin in Lund, Sweden. Journal of Archaeological Science: Reports. 37: 102939.

Sabin, S. et al. (2020). A seventeeth-century Mycobacterium tuberculosis genome supports a Neolithic emergence of the Mycobacterium tuberculosis complex. Genome Biology. 21 (201).

Ruangan komen telah ditutup.