Misteri-Misteri Angkor Wat

17,149

Jauh di barat daya Kemboja terletak ibu kota Empayar Khmer dan situ berdiri sebuah monumen yang diabadikan buat dewa Vishnu. Monumen ini dibina oleh Suryavarman II (bermaksud Pelindung Matahari) sekitar tahun 1100-1150 Masehi dan nama yang diberikan terhadap monumen berkenaan membawa maksud ‘Kota Candi’.

Luasnya lebih dari 400 ekar dan kawasannya dipenuhi dengan pelbagai macam bangunan sekaligus menjadikan Angkor Wat sebagai salah sebuah kompleks keagamaan yang paling besar dan paling rumit pernah dibina dalam sejarah manusia.

Candi-candi ini mula dikenali oleh orang-orang Eropah sekitar tahun 1860 menerusi mubaligh-mubaligh Perancis. Henri Mahout, seorang ahli botani yang melakukan penyelidikan yang mendalam terhadap Angkor Wat pada waktu itu mulanya menganggap Angkor Wat dibina oleh bangsa lain dan bukannya oleh Kemboja purba.

Pada kurun ke-12, Empayar Khmer menguasai hampir seluruh tanah besar Asia Tenggara. Pada zaman inilah Angkor Wat dibina, dalam tempoh masa kira-kira selama 30tahun. Menurut seorang ahli arkeologi yang bernama Charles Higham, Suryavarman bukan sekadar seorang manusia, akan tetapi beliau adalah separa-dewa.

Dalam pelbagai gambaran yang dibuat, Suryavarman ditampilkan sebagai seorang yang bertubuh besar dan tegap berbanding orang-orang lain yang di sisinya. Menurut legenda, Suryavarman II membunuh bapa saudaranya demi memperoleh takhta.

Kota Angkor adalah sebuah kota yang dihuni oleh 1 000 000 orang manusia, dengan sistem perairan yang kompleks, rangkaian jalan yang maju dan bangunan-bangunan yang indah. Namun dalam tempoh 200 tahun, tamadun Khmer tumbang tanpa sebab yang jelas.

Candi Angkor Wat berupa sebuah piramid tiga tingkat bersair besar yang dibina di atas permukaan tanah yang berbentuk segi empat tepat dan dikelilingi oleh air. Ia mempunyai sembilan buah menara yang setiap satunya berketinggian lebih 60 meter.

Promosi Buku DTT

Candi ini dibina untuk mewakili ‘rumah para dewa’, iaitu Gunung Meru. Gunung mitos ini dianggap sebagai kediaman dewa Brahma dan dewa-dewa yang lain. Gunung berkenaan dipercayai berketinggian kira-kira 1 000 000 km. Perincian sama tentang gunung sedemikian turut hadir dalam legenda-legenda Jawa dan mitologi-mitologi lain di seluruh dunia.

Ciri lain yang menonjol pada Angkor Wat adalah kehadiran sebanyak 1796 figura wanita. Setiap figura bersifat unik dan para penyelidik masih berteka-teki tentang signifikasi figura-figura wanita ini. Sudah tentu ianya sangat penting sehingga diabadikan pada candi paling utama bagi tamadun Khmer.

Mitos menyebutkan bahawa candi ini dibina secara harmoni dengan alam, terutama pada perkiraan matematiknya. Jarak dan saiz Angkor Wat dipercayai selari dengan mitologi India. Dalam karyanya yang berjudul Angkor Celestial Temples of the Khmer Empire, Eleanor Mannika berpendapat bahawa Angkor Wat turut memainkan fungsi dalam bidang astronomi. Petikan-petikan daripada Mahabharata, kitab suci Hindhu, antara relif yang terukir pada dinding candi ini.

Sebagai sebuah monumen yang besar lagi mengagumkan, Angkor Wat sememangnya merupakan sebuah tempat yang menarik untuk dikunjungi. Tempat yang berupaya membangkitkan persoalan tentang perbandingan antara kemajuan di zaman moden dan zaman silam.

TERJEMAHAN:

April Holloway. (5 April 2013). The Mysteries of Angkor Wat. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/ancient-places-asia/mysteries-angkor-wat-00310

Ruangan komen telah ditutup.

PROMO

LAWATI LAMAN SESAWANG UNTUK MELIHAT HARGA PROMOSI JUALAN KECEMASAN COVID-19.

 

https://www.thepatriots.store

16108