Moving Forward As One

Misteri Lima Pembµnµhan Bersejarah Yang Belum Diselesaikan

1,450

PayLater by Grab

Kita semua maklum, Sherlock Holmes dianggap raja dalam menyelesaikan misteri dalam pelbagai bentuk adaptasi baik novel, televisyen atau filem. Walaupun watak ciptaan Sir Arthur Conan Doyle itu hanya wujud dalam dunia fiksyen, ia kadang-kadang membuatkan kita tertanya-tanya sama ada misteri je.na.yah sejarah ini dapat diselesaikan oleh beliau atau sebaliknya.

  • Kes pembu.nu.han Takabuti
Rajah 1: Mumia Takabuti. Sumber: Muzium Ulster

Bagi pengkaji mumia di Ireland Utara, mumia era Mesir Purba bernama Takabuti yang ma.ti 2,600 tahun lepas sentiasa menggamit perhatian mereka. Mengikut maklumat hieroglif pada kerandanya, dia merupakan isteri atau pasangan kepada seorang bangsawan dan menetap di Thebes. Dibawa ke Ireland Utara semasa Pe.ra.ng Napoleon tercetus pada awal abad ke-19, Takabuti kini disimpan di Muzium Ulster di Belfast hari ini.

Tetapi teknologi terkini mendedahkan pelbagai rahsia mengejutkan tentangnya. Imbasan CT yang dibuat pada awal bulan ini mendedahkan Takabuti telah diti.kam dari belakang menggunakan ka.pak, sen.ja.ta yang sering digunakan oleh ten.te.ra Mesir atau Assyria. Manakala hasil analisis DNA terbaru mendedahkan struktur DNAnya lebih hampir kepada orang Eropah moden daripada orang Mesir. Semua maklumat ini boleh didapati dalam sebuah buku yang bertajuk The Life and Times of Takabuti in Ancient Egypt: Investigating the Belfast Mummy.

  • Misteri Orang Pictish
Rajah 2: Rupa sebenar Orang Pictish secara digital yang ditemui di sebuah gua di Black Isle, Ross-shire, Scotland. Sumber: Christopher Rynn / Universiti Dundee

Di sebuah gua di Black Isle, Ross-shire, Scotland, pasukan pengkaji arkeologi sedang sibuk membuat kerja ekskavasi apabila mereka menemui sesuatu yang mengejutkan. Di sinilah, mereka menemui rangka seorang lelaki yang ditemui dalam keadaan bersilang dengan batu-batu besar menahan kedudukan tangan dan kakinya.

Hasil analisis mendedahkan lelaki ini ma.ti pada era Pictish iaitu antara 430 hingga 630 Masihi. Melihat kepada batu-batu besar yang diletakkan pada rangka, mereka percaya ia merupakan ritual pengebumian untuk si ma.ti oleh orang Pictish. Budaya Pictish dikatakan wujud sekitar Scotland pada akhir era pendudukan Rom di Britain dan awal Zaman Pertengahan.

Melihat rangka ini menyimpan pelbagai rahsia untuk dibongkarkan, ia dihantar ke Pusat Anatomi dan Pengenalan Manusia (CAHID), Universiti Dundee untuk dikendalikan pakar antropologi forensik terkenal Profesor Dame Sue Black. Memandangkan ten.gko.rak rangka masih dalam keadaan baik, ia melalui imbasan CT dan mendedahkan dia sebenarnya ma.ti selepas dipu.kul lima kali di kepala. Dan seperti Orang Perak, pengkaji juga dapat menghasilkan imej asal Orang Pictish secara digital.

  • Pem.bu.nu.han politik pertama

Pada 1877, sekumpulan pakar arkeologi menemui rangka era Unetice dipercayai seorang pemerintah yang diberi nama Putera Helmsdorf di kubur Leubingen, Thuringia. Pada awalnya, tiada benda yang luar biasa berkenaan rangka tersebut. Tetapi semua itu berubah apabila seorang pencari harta karun menemui artifak cakera yang diperbuat daripada gangsa dan disadur dengan simbol-simbol emas dipercayai dari era sama.

Ujian 2002 ke atas rangka tidak dapat memberi keputusan analisis yang konklusif. Tetapi ramai pakar percaya rangka ini mempunyai kesan kece.de.raan lama yang berpotensi menjadi punca kema.ti.annya. Hasilnya pada 2018, satu lagi ujian dibuat Institut Perubatan Forensik Universiti Saarland mendedahkan putera tersebut mengalami kece.de.raan parah di perut dan bahagian belakang selepas ditik.am oleh seseorang dalam satu ser.an.gan mengejut.

Menurut penulis kajian, Harald Meller, ini menunjukkan bahawa pemerintah tersebut ma.ti dibu.n.uh sekaligus menjadikan ia sebagai pembu.nu.han politik pertama dalam sejarah.

  • Misteri pembu.nu.han keluarga Poland 5,000 tahun
Rajah 3: Gambaran artis tentang kedudukan rangka dalam kubur besar Koscyze, Poland. Sumber: Michał Podsiadło / PNAS

Pada 2011, sekumpulan pakar arkeologi dari Krakow menemui sebuah kubur besar di Koscyze, Poland. Dalam kubur tersebut, mereka menemui 15 rangka termasuk wanita, kanak-kanak, remaja dan seorang lelaki. Analisis mendapati kesemua rangka ini mempunyai pertalian darah antara satu sama lain dengan pentarikhan karbon menunjukkan mereka hidup 5,000 tahun lepas.

Analisis awal pakar Poland mengesyaki semua rangka ini ma.ti dalam satu peristiwa dahsyat yang melanda komuniti mereka ketika itu. Bagaimanapun, dengan pembabitan lebih ramai pakar dari pelbagai disiplin termasuk antropologi forensik dan je.na.yah, konklusi itu disemak semula.

Dalam satu laporan, mereka percaya rangka-rangka ini disusun oleh orang-orang yang mengenali mereka dan mengikut hierarki dalam keluarga. Mereka juga percaya 15 orang ini dibu.n.uh apabila berlakunya krisis kekurangan makanan dalam komuniti. Atas sebab itulah, apabila rangka-rangka ini ditemui, mereka hanya menemui rangka wanita dan kanak-kanak dalam lubang ko.rb.an.

  • Ko.rb.an manusia asas istana?

Pada 2020, sekumpulan pakar arkeologi menemui tiga set rangka di ruang bawah tanah Istana Breclav, Republik Czech. Mereka percaya rangka ini ditanam sebagai sebahagian daripada asas pembinaan istana pada abad ke-11. Tiga set rangka ini berkemungkinan tawanan pe.ra.ng yang diperintahkan untuk membina tembok istana sebelum dijadikan sebagai ko.rb.an atau dihukum bu.nu.h.

Mungkin ada yang menganggap perkara ini sebagai pelik. Tetapi mengikut sesetengah budaya Zaman Pertengahan, mereka percaya mendirikan bangunan ibarat mencabar kekuasaan dewa-dewi. Justeru, sebagai cara menenangkan mereka, ko.rb.an bangunan dibuat dengan roh mangsa yang diko.rb.ankan turut berperanan sebagai penjaga bangunan yang didirikan.

Berdasarkan satu kertas kajian yang diterbitkan pada 1995, cerita tentang ko.rb.an bangunan ini sangat terkenal di Eropah. Ia kemudiannya menjadi sebahagian variasi kisah pembangunan identiti negara-negara dari Hungary hingga Greece.

SUMBER

Ancient-Origins. (2021). Historic Cold Cases: Five Ancient Archaeological Mu.rd.er Mysteries.

Ruangan komen telah ditutup.