Kisah tamadun Atlantis tercatat dalam karya Plato iaitu Timaeus dan Critias. Karya ini ditulis dalam bentuk dialog antara dua orang ahli politik, iaitu Critias dan Hermocrates dan dua orang ahli falsafah iaitu Socrates dan Timaeus.

Dalam Critias, pengenalan dimulakan dengan pembahagian kawasan untuk dikuasai antara dewa-dewa Yunani. Dewa Poseidon diberikan sebuah pulau seluas negara Libya dan Asia Kecil yang terdiri daripada gunung-ganang.

Pulau tersebut terletak melepasi Gerbang Hercules (Pillar of Hercules) yang menjadi laluan laut antara Sepanyol dan Afrika menuju Lautan Atlantik.

Pada satu hari, Poseidon jatuh cinta pada seorang manusia bernama Cleito. Poseidon bentukkan pulau yang dia kuasai itu sebagai anugerah percintaannya.

Tiga lorong air dan tembok yang mengelilingi pusat seperti cincin itu dibangunkan untuk melindungi Cleito. Mereka melahirkan lima orang anak.

Salah seorangnya adalah dewa Atlas. Kebetulan nama Atlas anak Poseidon ini sama dengan titan Atlas yang sangat popular sebagai titan yang telah memikul dunia sebagai hukuman setelah perang antara dewa-dewa dan titan-titan.

Nama Lautan Atlantik (Sea of Atlas) dan Pulau Atlantis (Island of Atlas) adalah bersempena dengan nama Atlas ini. Atlas merupakan raja pertama kota tersebut.

Atlantis merupakan kerajaan yang kaya dan subur. Tatanan masyarakatnya sangat sempurna dan mempunyai leluhur yang tinggi. Kaya juga dengan pengetahuan.

Dalam karya Timaeus, Socrates pernah membayangkan sebuah masyarakat yang sempurna seperti yang pernah dijelaskan panjang lebar dalam karya Republic iaitu konsep Philosopher King.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.