Masih kenal tak mesin berbentuk gear ini, yang dikatakan bahawa mesin yang ditemui dalam tamadun Yunani Kuno ini adalah mesin yang bukan sebenarnya berasal dari tamadun itu?

Kalau kenal, ini ada berita baru mengenai mesin itu. Para saintis dari University College London (UCL) telah mereka model mesin Antikythera ini secara teori bagi menyelesaikan misteri mesin ini dengan cara mereka cipta ini.

SEJARAH RINGKAS PENEMUAN MESIN ARTIKYTHERA

Pada tahun 1901, ahli arkeologi bernama Valerios Stais menemui mesin Antikythera ini dalam kapal karam yang terletak di persisiran pantai Pulau Antikytera. Mesin yang kemudian disimpan dalam Muzium Arkeologi Nasional, Athens ini para pengkaji percaya bahawa mesin tersebut adalah komputer analog pertama dunia, di mana mesin ini berfungsi untuk meramal gerhana untuk membuat kalendar yang tepat dan sebagai alat ramalan untuk memperoleh ramalan astrologi.

Mesin Antikythera di dalam Muzium Arkeologi Nasional, Greece.

Menurut akhbar New York Times, mesin Antikythera ini wujud pada sekitar tahun 87 SM dan 205 SM, manakala kapal karam tempat mesin ini ditemui wujud sekitar tahun 70-60 SM.

Sekarang, laporan dari para pengkaji mesin Antikythera UCL yang diterbitkan oleh Scientific Reports menyatakan bahawa mereka telah mereka model mesin tersebut. Professor Tony Freeth adalah jurutera mekanikal UCL dan beliau menjelaskan bahawa model baru yang mereka reka ini mendedahkan putaran Matahari, Bulan, dan planet-planet. Beliau juga menyifatkan mesin Antikythera adalah bukti kegeniusan tamadun Yunani Kuno dalam bidang kejuruteraan.

RUPA BENTUK SEBENAR MESIN ARTIKYTERA

Komputer astronomi kuno ini dibina menggunakan 30 keping gear gangsa yang dipasang secara berasingan bagi mewakili lokasi setiap planet. Menurut laporan dari para saintis tersebut, mesin ini berfungsi untuk meramal gerhana dan fasa-fasa bulan, posisi planet-planet dan tarikh bermula sukan Olympic.

Model gear dalam Mesin Antikythera

Pada tahun 2015, para saintis UCL mendemonstrasi akan kegunaan mesin Antikythera dalam meramal gerhana dan fasa-fasa bulan dengan menggunakan animasi 3D X-ray. Walau bagaimanapun, pengendalian gear bahagian depan mesin masih misteri lagi.

Tambahan lagi, mesin Antikyhtera berupaya mengira kitaran 462 tahun planet Zuhrah dan kitaran 442 tahun planet Zuhal. Pengiraan ini tidak pernah wujud dalam bidang astronomi dari tamadun pertama dunia, Mesopotamia. Hanya mesin ini saja berupaya mengira kitaran sedemikian.

Sekarang, penulis laporan kajian UCL bernama Dr. Adam Wojcik memberitahu bahawa kumpulan kajian mereka akan membina kembali mesin Antikythera yang lebih inovasi. Fungsinya juga harus dikekalkan supaya pengkaji boleh mneganalisis lebih jauh akan mekanisma mesin kuno ini.

Misteri mesin Antikythera akhirnya terbongkar, terutamanya dalam binaan mesin dan fungsi-fungsi sebenar yang telah lama para saintis meneka. Hanya kendalian mesin itu saja masih misteri untuk para saintis perlu bongkarkan.

Untuk memahamidengan lanjut akan Mesin Antikythera, boleh rujuk video ini:

RUJUKAN:

Cowie, A. (13 March 2021). The Rebuilt Antikythera Solves Secrets Of The World’s First Computer. Ancient Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.