Pengakhiran Dinasti Romanov mencetuskan refleksi kepada kekejaman kepada rakyat, tetapi ada juga insan-insan yang langsung tidak bersalah turut terbunuh dalam percaturan politik yang bahaya. Puteri Anastasiya Nikolaevna tidak mempunyai apa-apa dosa kepada rakyat Rusia, selain daripada dilahirkan dalam keluarga diraja. Dan kerana itulah baginda dibunuh dengan tembakan atau tikaman. Anastasiya juga mungkin merupakan salah seorang yang dihentam di bahagian belakang kepalanya.

Walau apa juga cara kematian baginda, insan 17 tahun ini tidak mati begitu sahaja. Kematiannya digelumangi misteri yang tidak diselesaikan sehingga tahun 2007 – hampir 90 tahun selepas pembunuhannya.

Puteri Anastasiya dilahirkan pada tahun 1901 dan merupakan kekecewaan kepada Tsar Nikolai II Romanov kerana baginda mahukan anak lelaki yang akan mewarisi takhta Rusia. Namanya membawa maksud “pembuka penjara”, sebagai tanda Tsar Nikolai II memaafkan pelajar-pelajar yang dipenjara kerana menyertai mogok di Saint Petersburg dan Moscow.

Puteri Anastasiya kadang-kadang digelar “Anastasie” atau “Nastya”, “Nastas” atau “Nastenka”. Baginda juga pernah dipanggil dengan nama manja, “Malenkaya” (si kecil) kerana baginda amat riang, kecil, tembam bermata biru dan berambut perang strawberi. Baginda digambarkan sebagai anak kecil yang indah.

Princess Anastasiya

Tetapi baginda juga ada satu lagi nama manja “shvibzik” (budak nakal). Walaupun berbakat dan bijak, baginda tidak pernah ikut peraturan sekolah, dan baginda pandai berdrama dengan kenakalan. Memang sudah jadi perkara yang biasa budak bijak tetapi nakal ini menyelitkan kaki pekerja-pekerjanya dan bergurau (prank) dengan guru-gurunya. Nastya juga pernah membaluti batu dengan salji dan membalingnya kepada Puteri Tatyana sehingga kakaknya terjatuh.

Dan Nastya tidak kisahkan penampilannya berbanding kakak-kakaknya. Baginda pernah membaham coklat tanpa membuka sarung tangan operanya yang berwarna putih. Dan Nastya sangat rapat dengan kakaknya, Mariya – kongsikan bilik, tukar-tukar pakaian dan sentiasa luangkan masa bersama. Keempat-empat puteri ini kadang menandatangani surat dengan perkataan OTMA (huruf pertama nama-nama mereka).

Sama dengan kakak-kakaknya, Puteri Anastasiya dibesarkan tanpa kemudahan diraja. Mereka tidur diatas katil keras tanpa bantal, kecuali apabila mereka tidak sihat. Mereka mandi dengan air sejuk pada waktu pagi. Mereka dikerahkan agar kamar-kamar sentiasa kemas dan rapi. Dan mereka juga perlu menjahit.

Nastya juga mempunyai masalah tulang kedua-dua ibu jari kaki (penyakit bunion) dan otot belakang lemah yang perlu diurut dua kali seminggu. Nastya akan sembunyi dibawah katil dan di dalam almari untuk elakkan sesi urutan. Keluarga Romanov memang mempunyai genetik yang kurang sihat, seperti kakaknya yang pernah berdarah terlalu teruk semasa pembedahan tonsil dan adik lelakinya Alexey yang mempunyai hemophilia.

Semua ini tamat selepas Tsar Nikolai II menghancurkan ekonomi negara yang menyebabkan kejatuhannya. Sifat Nastya yang periang tidak dapat selamatkannya, kerana percaturan politik. Kematiannya mengundang laporan-laporan palsu bahawa baginda terselamat.

Dalam beberapa tahun selepas keluarga Romanov dibunuh, spekulasi mula timbul bahawa Nastya dan Alexey terselamat. Lebih kurang 10 wanita mengaku diri mereka sebagai Nastya. Ura-ura Anastasiya Romanov masih lagi selamat membuatkan pihak berkuasa Bolshevik mula menyiasat di kereta api dan rumah.

“Kehilangan” Anastasiya telah mencetuskan inspirasi yang banyak dalam buku-buku dan juga filem Anastasia yang memenangi hadiah Oscar.

Sekitar zaman 1970-an, ahli arkeologi amatur, Alexander Avdonin, menemui kubur yang mengandungi rangka enam orang dewasa dan tiga kanak-kanak. Alexander Avdonin tidak mendedahkan penemuan ini sehinggalah Kesatuan Soviet dipecahkan dan pada tahun 1998, rangka-rangka ini dipindahkan dan disahihkan sebagai Tsar Nikolai II dan keluarganya, tetapi kekurangan salah seorang puterinya dan puteranya.

Nastya dan Alexey masih lagi tidak ditemui. Tetapi rangka keluarga Romanov dipindah ke Gereja Saint Peter dan Paul di Saint Petersburg dalam majlis yang disertai Presiden Boris Yeltsin yang mengatakan, “hari ini adalah hari yang bersejarah buat Rusia. Bertahun-tahun lamanya, jenayah terbesar ini didiamkan, dan akhirnya kebenaran telah disuarakan.”

Nastya dan Alexey akhirnya ditemui pada tahun 2007, tetapi itupun masih belum dimuktamadkan sama ada rangka yang ditemui itu benar-benar Anastasiya ataupun Mariya. Kekeliruan ini hanyalah untuk memuktamadkan yang mana satu Mariya dan Nastya yang riang dan nakal, tetapi apa yang sudah pasti, kesemua keluarga Romanov telah ditemui selepas 90 tahun pembunuhan mereka.

Nastya juga mungkin telah membuat selfie yang pertama dalam sejarah manusia seperti dalam gambar ini:

Nastya mengambil gambar dirinya pada usia 13 tahun yang sedang melihat sebuah cermin dengan kamera Kodak Brownie.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply