Timur Tengah mempunyai sebuah negara yang unik. Dalam negara ini, ada pecahan kuasa yang memisahkan Presiden dan Perdana Menteri… hampir sama seperti negara-negara lain seperti Israel, Rusia dan Singapura.

Tetapi negara ini tidak mengamalkan sistem republik. Memperkenalkan Emiriyah Arab Bersatu (UAE), sebuah negara yang mempunyai Presiden dan Perdana Menteri tetapi berfungsi dengan piagam monarki.

Terdapat tujuh emiriyah dalam UAE, setiap satunya dipimpin dinasti tersendiri.

Peta UAE

Jawatan Presiden UAE dipegang Khalifa bin Zayed al-Nahyan yang berkuasa di Abu Dhabi.

Jawatan Perdana Menteri UAE pula dipegang Mohammed bin Rashid al-Maktoum yang berkuasa di Dubai.

Perdana Menteri UAE sejak 2006

Mohammed mempunyai tujuh isteri (sekarang hanya satu). Dengan jumlah ramai sebegini (tidak melebihi empat pada satu masa), baginda mesti mempunyai ramai anak.

Salah seorang ialah Latifah bin Mohammed al-Maktoum, yang dilahirkan pada 5 Disember 1985.

Pada 24 Februari 2018, Latifah menaiki sebuah kereta untuk meninggalkan Dubai bersama seorang kawan daripada Finland bernama Tiina Jauhiainen.

Di Oman, mereka menaiki jet ski untuk berjumpa dengan Hervé Jaubert di atas kapal layar Nostromo. Jaubert merupakan bekas pegawai perisikan bagi pihak Perancis.

13 hari kemudian, Nostromo hilang semasa berlayar tidak jauh daripada India. Tetapi Latifah telah membuat satu video 39 minit yang dirakam di apartmen Jauhiainen.

Kesempatan panjang ini digunakan Latifah secukup-cukupnya… dan pendedahan dibuat baginda sememangnya luar biasa.

Rumusan: Latifah mendakwa yang bapanya pernah membµnµh orang misalnya (Pérez-Peña, 2018).

Pihak berkuasa di Finland juga mengesahkan tentang kehilangan Jauhiainen (Teivainen, 2018). Jadi situasi ini mencetuskan isu diplomasi yang rumit antara UAE dan Finland.

Dan pada 20 Mac 2018 pula, Nostromo muncul di pelabuhan Fujairah, UAE. Nampaknya Mohammed al-Maktoum telah mengembalikan anak perempuannya daripada laut nun jauh di India.

Nostromo dibenarkan berlepas semula tetapi tanpa Latifah. Dua hari kemudian, Jauhiainen juga muncul semula. Jadi pihak Finland membatalkan pencarian besar-besaran yang dilancarkan. Pada malam yang sama juga, Jauhiainen pulang ke Finland.

Pengakuan Tiina Jauhiainen

Latifah mempunyai perancangan teliti. Baginda mahu keluar daripada UAE untuk hidup dengan aman.

Sepatutnya mereka berlepas ke Amerika Syarikat, melalui India. Tetapi semasa berada di persisiran Goa, Nostromo diser.ang pihak ten.tera India yang bersen.jata lengkap (Helsinki Times, 2018).

Hervé Jaubert pula memberitahu bahawa Nostromo  dikep.ung lima kapal per.ang India. Jaubert kemudian dipµkµl teruk. Itulah kali terakhir Jauhiainen melihat Latifah, yang diheret sambil menjerit, “aku takkan balik ke UAE. Bµnµh sajalah aku!”

Data daripada radar Nostromo mendapati pengakuan Latifah adalah benar. Tiga kapal laut didapati mengekori Nostromo pada 4 Mac 2018. Dua daripada tiga kapal ini ialah ICGS Shoor dan ICGS Samarth.

Reaksi Media

India dan UAE mula berdepan dengan pihak Human Rights Watch yang bertanya tentang Puteri Latifah. Sebuah akhbar Arab iaitu Ad-Diyaar juga menimbulkan persoalan sama.

Di Amerika Syarikat, sebuah pertandingan perlumbaan kuda iaitu Kentucky Derby mengumpulkan orang ramai. Ketika ini sebuah pesawat menerbangkan sebuah layangan: “DUBA, MANA PUTERI LATIFA? FREELATIFA.COM”

Video Latifah dan pengakuan Tiina Jauhiainen nampaknya mencetuskan perbalahan antarabangsa. Dan pihak UAE membalas isu melalui media arus perdana dikawal kerajaan. Kebetulan pula Mohammed al-Maktoum mempunyai tiga orang anak perempuan bernama Latifah. Jadi media-media ini menayangkan aktiviti sosial mereka secara meluas (The Associated Press, 2018).

Video Terbaru

Untuk menyejukkan keadaan, isteri kedua Mohammed al-Maktoum (Puteri Haya binti Hussein) mengadakan pertemuan antara Latifah al-Maktoum bersama Mary Robinson daripada pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Dalam kesempatan ini, Haya (yang setahun kemudian dicer.aikan) mendakwa bahawa Latifah ialah seorang wanita bermasalah. Dan Latifah kononnya menyesal kerana membuat video 39 minit demikian hari (Carroll, 2018).

Tetapi pada 17 Februari 2021, satu lagi video Latifah diudarakan. Kali ini Latifah bercerita bahawa baginda dikµrµng dalam sebuah rumah bagaikan penja.ra (Dean, 2021). Semua tingkap telah dikunci. Dan kerajaan Dubai sekali lagi senyap.


RUJUKAN:

The Associated Press. (2018, April 16). Ex-spy: daughter of Dubai ruler missing since escape attempt.

Carroll, R. (2018, Disember 28). Mary Robinson rejects ‘pawn’ accusation over visit to UAE princess. The Guardian.

Dean, S. (2021, Februari 17). Dubai princess claims she is being held ‘(ditapiskan)’ in secret video recordings. CNN.

Helsinki Times. (2018, Mac 31). “Sheikh Mohammed can get you anywhere in the world”, freed Tiina Jauhiainen.

Pérez-Peña, R. (2018, Disember 28). Human Rights Advocate Under Fire in Case of Arab Princess Who Claimed Abduction. The New York Times.

Teivanen, A. (2018, Mac 21). KRP confirms investigation into Finnish woman’s possible disappearance in Dubai. Helsinki Times.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.