Misteri Kehilangan Elisa Lam Sampai Netflix Buat Dokumentari

1,617

Pra-tempah hanya di Shopee

Hotel Cecil terletak di antara South Maine Street dan 7th Street berhampiran dengan Dewan Konsert Walt Disney dan Dewan Bandar Raya Los Angeles.

Dibuka sejak tahun 1927, hotel ini menarik perhatian sesiapa sahaja yang mencari bilik harga bajet. Pada ketika pembukaan, Amerika Syarikat menghampiri masalah ekonomi besar.

Tetapi hotel ini bertahan hingga hari ini, dengan sejarah yang kurang enak. Sekurang-kurangnya 16 orang mკn1nggმl dunia di Hotel Cecil sama ada dengan cara bµηµh diri, kemმlმngმn atau pεmხµηµhმn.

Kკmმtiმn paling bermisteri sekali melibatkan seorang pelajar daripada Vancouver, Canada, bernama Elisa Lam.

Beliau menggunakan perkhidmatan kereta api Amtrak dan bas ekspres untuk mengunjungi Los Angeles. Dan pada 28 Januari 2013, Lam menempah bilik berkongsi di Hotel Cecil.

Tetapi rakan-rakan sebilik mengadu bahawa Lam “berkelakuan pelik” (Hsu, 2015); jadi pihak pengurusan memindahkannya ke bilik tunggal.

Lam mempunyai sebuah halaman blogspot bernama Ether Fields (van der Merwe, 2014).

Banyak hantaran Lam berkenaan dengan model-model berfesyen.

Kadangkala Lam berkongsi tentang masalah mental dihadapinya: “(saya) selalu rasa saya sedang membuang masa (membazirkan hidup saya)”, dipetik daripada novel Chuck Palahniuk.

Hilang

Elisa Lam menghubungi ibu bapanya setiap hari kalau berada di luar Vancouver. Tetapi telefon mereka tidak berdering pada 31 Januari 2013. Mereka agak risau, kerana Khamis itu sepatutnya Lam bertolak ke Santa Cruz yang terletak 38 kilometer selatan Hotel Cecil.

Ibu bapanya terus menghubungi pihak polis dan kemudian berlepas ke Los Angeles untuk bantu mencari (Duke, 2013).

Keluarga Elisa Lam

Polis membuat siasatan yang dibantu pihak pekerja hotel. Mereka memberitahu bahawa Lam keseorangan pada hari kehilangan.

Seorang pengurus kedai buku berhampiran turut disoal. Katie Orphan berkata Lam sentiasa berjalan, sangat mesra dengan semua semasa mencari hadiah untuk keluarganya.

Tetapi Lam ketika ini masih dalam status hilang. Jadi polis hanya berhak untuk menyiasat bilik Lam, koridor hotel dan bumbung tanpa mεηggεlεdah semua bilik. Kerana jკηმyმh masih belum berlaku.

Pihak media mula menghidu kes ini selepas seminggu Lam hilang. Risalah dan poster diedarkan untuk memudahkan pencarian.

Ketika ini polis sudah mკηgკsyმkι bahawa sesuatu yang sangat pelik telah berlaku. Mereka mendapat rakaman keselamatan yang menunjukkan Lam dengan kelakuan sangat pelik.

Berpakaian merah kelabu, Lam memasuki lif dan kemudian menekan beberapa butang (dalam keadaan sudah pelik).

Kemudian beliau melihat kiri dan kanan di koridor luar, seolah-olah ada orang sedang membµrµnya. Selesai saja, beliau berundur ke satu sudut tetapi tidak lama kemudian menyandar di bahagian rangka pintu lif.

Berulang-alik Lam masuk, tengok luar dan keluar.

Kejadian lif ini berlaku pada 1 Februari (Blankstein & Flores, 2013). Rakaman tersebut menarik perhatian global dengan sensasi luar biasa, menimbulkan banyak spekulasi bahawa 1) ada orang sedang mengejarnya (Hannon & Mather, 2013), 2) mungkin dipengaruh dმdმh atau 3) mengalami gangguan bipolar.

Teori ketiga mempunyai asas. Lam memang menghadapi gangguan bipolar dan kemurungan.

Doktor memberikan Lam ubat Effexor, Lamictal, Seroquel dan Wellbutrin untuk membantunya. Cuma Lam tidak pernah cenderung untuk bµnµh diri, setakat hilang sekali sahaja.

Penemuan

Sepasang suami isteri daripada United Kingdom berdaftar masuk dalam Hotel Cecil untuk menetap selama lapan hari. Michael dan Sabina Baugh walau bagaimanapun menghadapi masalah tandas.

Air mandian asyik bertukar hitam dan kadangkala perlahan. Sabina berkata air paip mempunyai rasa sangat teruk.

Jadi pada 19 Februari, pihak penyelenggara hotel cuba mengenal pasti masalah, bermula daripada bilik hinggalah empat tangki 3,785 liter.

Pekerja berkenaan sangat terkejut setelah membuka salah satu tangki, kerana ternampak suatu objek hijau terapung dalam keadaan kembang (Duke, 2013).

Rupanya Lam tidak keluar daripada Hotel Cecil.

Entah bagaimana, beliau masuk dalam tangki tersebut. Selepas mengosongkan tangki, pihak berkuasa tidak dapat mengeluarkan mმyმt Lam. Jadi mereka terpaksa memიtიηg tangki tersebut (Crimesider, 2013).

Selama 19 hari Lam berada dalam tangki tersebut, sementara alam semulajadi meleraikan tubuhnya. Lam ditemui dalam keadaan tanpa seurat benang, dengan pakaian dalam rakaman lif terapung bersama.

Jam tangan dan kunci bilik masih bersamanya. Tetapi pihak penyiasat tidak menemui sebarang bukti kεcεdεraaη fizikal, sεraηgaη sεκsµal atau petanda bµηµh diri.

Laporan toksikologi mendedahkan sisa ubat Sinutab dan ibuprofen dalam Lam.

Susulan

Semua orang yakin bahawa kკmმtiმn Elisa Lam berlaku secara tidak sengaja. Cuma pihak berkuasa hairan bagaimana Lam masuk dalam tangki tersebut, sedangkan semua laluan biasa ke bahagian bumbung dikunci.

Hanya pekerja sahaja boleh masuk.

Satu-satunya haluan membolehkan Lam ke sana tanpa pengetahuan atau bunyi penggera ialah laluan kკcკmმsმη (Erickson, 2013).

Satu lagi persoalan ialah bagaimana Lam masuk dalam tangki tersebut, yang ditutup konkrit.

Pekerja hotel sendiri memerlukan tangga untuk panjat naik. Malah tangki tersebut mempunyai penutup sangat berat untuk ditutup daripada dalam.

Keluarga Lam mengeluarkan notis saman terhadap pihak hotel kerana tidak peka tentang bმhმyმ yang jelas. Kecuaian hotel menjadi punca Lam mudah ke kawasan tangki. Tetapi saman pampasan ini dibatalkan pada tahun 2015.

RUJUKAN:

Blankstein, A., & Flores, A. (2013, Februari 20). Woman’s body found in water tank of skid row hotel. Los Angeles Times.

Crimesider. (2013, Februari 21). Elisa Lam (ditapiskan): officials analyze water in tank where missing Canadian woman was found (ditapiskan). CBS News.

Duke, A. (2013, Februari 23). How did woman’s (ditapiskan) came to be in L.A. hotel water tank? CNN.

Erickson, S. (2013, Jun 21). Gloom Service: a Night at the Cecil Hotel, Where Serial (ditapiskan) and Eerie (ditapiskan) Abound. Los Angeles.

Hannon, J. & Mather, K. (2013, Februari 26). Elisa Lam’s unexplained (ditapiskan) draws attention, theories in China. Los Angeles Times.

Lam, H. (2015, September 25). Motion for Summary Judgment. Google Sites.

van der Merwe, M. (2014, Disember 12). The Elisa Lam mystery: still no answers. Daily Maverick.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.