Selama tiga bulan pada tahun 1888, suasana dan rasa ketakutan serta panik menyelubungi seluruh jalanan di East End London. Semenjak beberapa bulan itu, lima wanita dibvnuh dan diker4t-ker4t dengan kej4m lagi meng3rikan oleh seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai ‘Jack the Ripp3r’, walaupun ada yang percaya jumlah mangsa sebenarnya adalah sebelas orang.

Whitechapel di East End London bagaikan luka yang tidak berhenti berd4rah di wajah London era Victorian pada akhir abad ke-19. Dengan kepadatan populasi penduduk yang tinggal di dalam pondok kecil, jalanan yang kotor dan berbau najis dengan sampah, dan satu-satunya cara untuk mencari pendapatan mudah bagi meneruskan hidup adalah dengan melakukan jen4yah, manakala bagi golongan wanita, mereka akan terjebak ke dalam dunia pel4curan.

Satu-satunya penawar duka bagi menceriakan kehidupan kaum yang menyedihkan ini adalah sebotol ar4k murah jenis g!n yang dibeli hanya dengan harga beberapa sen, untuk melupakan seketika sengsara dunia. Bagi orang Eropah pada waktu itu, minum sehingga m4buk ketika dalam keadaan yang sukar merupakan satu perbuatan yang ‘dirahmati’.

Laporan kem4tian yang pertama.

‘Keg4nasan’ bermula pada hari Jumaat 31 Ogos ketika m4yat Mary Ann Nicholls, wanita berusia 42 tahun, telah ditemui di Bucks Row (kini dikenali sebagai Durwald Street). Wajahnya lebam teruk dan lehernya dikelar sebanyak dua kali hingga hampir putus. Perutnya telah dir0bek hingga terbelah mengeluarkan isi dan dihiris beberapa kali. Dia kemudian disahkan sebagai mangsa k0rban pertama ‘Ripp3r’.

Gambaran ketika kejadian

Pada 8 September, mangsa kedua pula ditemui. Dia adalah Annie Chapman, seorang pelacvr berusia 47 tahun.  M4yatnya dijumpai di lorong belakang 29 Hanbury Street, beberapa barang peribadi miliknya diletakkan di sebelah m4yatnya. Kepalanya hampir terpvtus dan perutnya dir0bek dan dibelah hingga terbvrai segala isi dalaman termasuk ususnya.

Laporan kedua.

Bahagian kulit perut diletakkan di bahu kirinya dan di bahu kanan dilonggokkan satu gumpalan besar ususnya. Bahagian f4raj dan pundi kencing pula telah dip0tong dan hilang dibawa lari bersama pelaku.

Pada 28 September, sepucuk surat diterima di Central News Agency yang bertandatangan ‘Jack the Ripp3r’, mesejnya berbentuk ancaman mahu melakukan lebih banyak pembvnuhan. Nama itu menarik imaginasi orang ramai ketika pertama kali ia muncul di dada akhbar dan sering digunakan dalam banyak budaya pop selepas itu.

Surat yang diterima daripada Jack.

Whitechapel kemudian dilanda pergolakan, rusuhan tercetus apabila orang ramai yang panik bertindak menyerang sesiapa sahaja yang membawa beg berwarna hitam kerana khabar angin telah tersebar bahawa ‘Ripp3r’ membawa alatan membvnuh seperti pisau didalam beg sebegitu rupa.

30 September menjadi hari yang paling suram. Jack The Ripp3r melakukan dua pembvnuhan berasingan dalam masa yang berbeza hanya beberapa minit saja antara satu sama lain.

Elizabeth “Long Liz” Stride

Elizabeth “Long Liz” Stride menjadi seorang lagi wanita malang yang juga seorang pelacvr, pertama kali ditemui pada pukul 1 pagi di belakang 40 Berner Street. Ketika ditemui, darah pekat masih mengalir dari kerongkongnya dan ada kemungkinan bahawa si pelaku mungkin terganggu oleh sesuatu ketika sedang melaksanakan urusan kej4mnya itu.

Pukul 1.45 pagi, m4yat Catherine Eddowes, 43, ditemui hanya sejauh beberapa minit berjalan kaki di lorong antara Miter Square dan Duke Street (sekarang dikenali sebagai Jalan St. James). Tubuhnya telah dib3lah dan tekaknya dip0tong. Kedua-dua kelopak matanya telah dip0tong dan sebahagian hidung dan telinga kanannya terpvtus. Rahim dan ginjal kirinya dik3luarkan dan isi perutnya diselerakkan di bahagian kanan bahunya.

Kesan jejak darah membawa pihak polis ke sebuah pintu berdekatan di mana terdapat satu pesanan telah tertulis yang berbunyi, “Orang Yahudi bukanlah orang yang boleh dipersalahkan tanpa sebab”.

Atas sebab-sebab yang tidak dijelaskan, ketua Polis Metropolitan, Sir Charles Warren memerintahkan untuk pesanan itu dipadamkan. Maka musnahlah satu jejak yang mungkin boleh menjadi petunjuk yang berharga setelah dihapuskan.

Kengerian dua pembvnuhan dalam satu malam itu telah mencengkam jiwa seluruh penduduk kota London. Khabar angin terbaru pula mula disebarkan – Jack The Ripp3r adalah seorang doktor yang gila, orang gila dari Poland, seorang keturunan Tsar Rusia dan juga seorang mak bidan yang tak siuman.

Surat lain diterima oleh Central News Agency di mana ‘Ripp3r’ mengatakan bahawa dia merasa kesal kerana dia tidak dapat mengirim bahagian telinga kepada pihak polis seperti yang dia janjikan. Sebahagian telinga kiri Catherine Eddowes telah dik3rat.

Pada 9 November, ‘Ripp3r’ berterusan meny3r4ng hinggalah tiba giliran seorang gadis. Mary Jeanette Kelly adalah gadis yang paling muda dari semua wanita yang dibvnuh. Dia berusia 25 tahun dan seorang gadis yang berperwatakan menarik. Dia ditemui di biliknya di Miller’s Court, yang terletak di luar Dorset Street (sekarang Duval Street). m4yat Mary, atau apa saja yang tersisa dari tubuh badannya, terbaring di atas katil.

Mary Jane Kelly

Pemandangan di dalam bilik sungguh meng3rikan. Pengutip sewa yang menemui m4yatnya berkata, “Saya akan dihantui oleh semua ini sepanjang hayat saya”.  Leher Mary telah dip0t0ng, hidung dan payudaranya dik3rat dan diletakkan di atas meja. Bahagian ususnya ditutup dengan bingkai gambar. Kulit tubuhnya disi4t-si4t dan ditanggalkan manakala jantungnya hilang.

Panik dan kemarahan orang ramai yang disebabkan oleh pembvnuhan ini menyebabkan Sir Charles Warren meletakkan jawatannya sebagai Ketua Polis.

Mary merupakan mangsa terakhir Jack The Ripp3r. Jenayahnya yang bermaharajalela penuh dengan keganasan telah berakhir secara tiba-tiba sebagaimana ia bermula. Selama 132 tahun, pelbagai nama telah dikemukakan sebagai suspek pembvnuhan wanita-wanita ini.

Siapa Jack the Ripp3r?

Sejak pembvnuhan itu, banyak nama telah dikaitkan dengan pembvnuh yang terkenal itu. Di sini kita bincangkan latarbelakang beberapa orang suspek yang mungkin paling menepati ciri-ciri si pelaku sebenar.

Nama: William Henry Bury
Tarikh Lahir: 25 Mac 1859
Meninggal dunia: 24 April 1889 (berumur 29 tahun).  Digantung sampai m4ti di Dundee, Scotland kerana membvnuh isterinya, Ellen.

Pertama kali disyaki pada tahun 1889 kerana persamaan antara cara pembvnuhan isterinya dengan lima mangsa Ripp3r yang mirip. Walaupun Bury ditangkap dan digantung di Dundee, Scotland, dia telah menetap di Bow, dekat Whitechapel sepanjang tiga bulan berlakunya pembvnuhan oleh Jack the Ripp3r.

Sekiranya kita mempertimbangkan kesemua sebelas pembvnuhan Whitechapel yang tidak dapat diselesaikan berlaku antara April 1888 dan Februari 1891, Bury tinggal di Bow dari Oktober 1887 hingga Januari 1889, dia berada di daerah tersebut pada waktu yang tepat.

Dilaporkan terdapat tulisan grafiti di dinding pangsanya di Dundee yang tertulis “Jack The Ripp3r berada di belakang pintu ini” didapati menyebabkan beberapa orang percaya bahawa Ellen dibvnuh untuk menghalangnya daripada menjadi saksi bahawa Bury adalah Jack the Ripp3r.

Walaupun Bury mengaku tidak bersalah atas pembvnuhan isterinya, dua hari sebelum pelaksanaan hukuman terhadapnya, Bury akhirnya mengaku kepada Pendeta bahawa dia telah membvnuh isterinya dan atas desakan Pendeta, dia menulis pengakuan yang meminta dia ditahan sehingga selepas hukuman m4ti.

Bury mengaku bahawa dia telah menc3kik Ellen ketika berada dalam keadaan m4buk, kemudian cuba untuk meleraikan m4yatnya bagi dilupuskan tetapi terlalu mual untuk meneruskannya.

Walaupun pengakuannya tidak selari dengan keterangan pakar sejak saat itu, pengakuannya yang dilakukan hanya beberapa hari sebelum kem4tiannya kepada Pendeta bahawa dia meminta ditahan sehingga dia m4ti dianggap sebagai pengakuan di atas dosa-dosanya. Dia tidak sekali pun menyebut dirinya sebagai Jack semasa pengakuan ini.

Semasa siasatan kes Jack the Ripp3r, seorang Detektif dihantar untuk menemubual Bury di Dundee dan walaupun dia disiasat, Bury tidak dianggap sebagai suspek yang menepati ciri-ciri Jack The Ripp3r.

Nama: Montague John Druitt
Tarikh Lahir: 15 Ogos 1857
Meninggal dunia: Awal Disember 1888 (berumur 31 tahun). Dijumpai terapung di Sungai Thames.

Walaupun hanya ada sedikit bukti yang cenderung kepada Druitt, dia dianggap sebagai suspek nombor satu dalam kes tersebut. Sebagai seorang anak seorang pengamal perubatan, Druitt sesuai dengan tanggapan para detektif pada masa itu kerana seorang tukang daging atau pakar perubatan memang mahir mengeluarkan organ dalaman dan isi perut manusia dengan cepat.

Kecurigaan terhadap Druitt bermula setelah sati memorandum oleh seorang pegawai yang bernama Macnaughten, yang menyiasat pembvnuhan Ripp3r untuk Scotland Yard, menjadi umum:

“… seorang doktor berusia sekitar 41 tahun dari keluarga yang cukup baik, yang hilang ketika pembvnuhan di Miller’s Court dan m4yatnya ditemui terapung di Sungai Thames pada 31 Disember: iaitu 7 minggu selepas pembvnuhan tersebut. m4yat itu dikatakan berada di dalam air selama sebulan, atau lebih… Dari maklumat peribadi saya sedikit ragu tetapi keluarganya sendiri mengesyaki lelaki ini sebagai pembvnuh Whitechapel, dan didakwa bahawa dia seorang yang paranoid seksual.”

Walaupun Macnaughten secara tidak sengaja meletakkan usia Druitt sebagai 41 tahun (Druit berusia 31 pada saat kem4tiannya), jelas bahawa Macnaughten melibatkan Druitt kerana ciri-ciri bvnuh diri. Pembvnuhan diri sendiri dan garis masa kes Ripp3r adalah punca utama Druitt disyaki.

Keraguan:

Tidak ada bukti mengaitkan Druitt sebagai Ripp3r. Druitt tinggal di Blackheath dan tidak mempunyai kaitan dengan Whitechapel. Satu-satunya hubungannya dengan kes Ripp3r adalah memorandum yang dibuat oleh Macnaughten.

Nama: James Maybrick
Tarikh Lahir: 24 Oktober 1838
Meninggal dunia: 11 Mei 1889 (berumur 50 tahun).  Disyaki m4ti akibat keracunan arsenik – isterinya, Florence, ditangkap, disabitkan kesalahan dan kemudian dibebaskan untuk pemeriksaan semula kesnya.

Maybrick tidak dianggap sebagai suspek pada masa kejadian pembvnuhan atau disebut dalam kes Ripp3r sehingga lebih dari satu abad setelah kem4tiannya. Tidak mengejutkan, kerana dia adalah pedagang kapas yang tinggal di Liverpool.

Pada tahun 1992, sebuah buku catatan harian muncul tiba-tiba dengan mengambil kredit terhadap pembvnuhan lima mangsa Ripp3r serta dua pembvnuhan lain.  Walaupun tiada nama yang disebut dalam buku ini, ia diterima secara meluas kerana rujukan dan petunjuk menjurus kepada dakwaan yang ini adalah buku catatan Maybrick.

Kemudian pada tahun 1993, sebuah jam saku lelaki ditemui, di mana nama J. Maybrick ditoreh pada penutupnya di samping semua nama lima mangsa Ripp3r dengan ayat “Aku adalah Jack”.

Jam ini dibuat antara tahun 1847 atau 1848 dan hasil ujian telah membuktikan bahawa ukiran itu sudah lama melepasi sebilangan besar goresan dangkal pada permukaan jam dan walaupun ukiran itu tidak dapat dibuktikan secara konklusif, ia dianggap sesuai dengan usianya.

Keraguan:

Buku catatan dan jam adalah satu-satunya perkara yang ada kaitan dengan kes Ripp3r. Walaupun jam itu mempunyai kredibiliti dalam kaitannya dengan kesahihannya, bukti buku harian tersebut diragukan. Orang pertama yang disoal adalah penemu buku harian itu, kerana ceritanya berubah, dari diberikan kepadanya oleh seorang kawan kemudian dikatakan diwarisi dalam keluarga isterinya.

Buku harian itu adalah buku skrap asli era Victoria tetapi 20 halaman telah terkoyak. Gaya tulisan tangan telah dipersoalkan kerana lebih kelihatan seperti tulisan gaya abad ke-20 berbanding zaman Victoria, dan kesan dakwat telah diuji berkali-kali sehingga tidak ada kesimpulan yang kukuh.

Sejak penemuan buku harian dan jam saku, dipercayai bahawa isterinya, Florence, yang mengetahui bahawa suaminya adalah Jack the Ripp3r telah memutuskan untuk menamatkan riwayatnya demi menghentikan pembvnuhan itu. Namun, ini adalah khabar angin sahaja dan tidak ada bukti yang menyokong teori tersebut.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.