Entah kenapa benda-benda pelik mesti berlaku zaman dulu. Mungkin kerana kecelikan sains dan pengaruh buah mulut orang ramai.

Tetapi itulah hakikatnya, kerana pengalaman seorang pembantu bernama Mary Toft sudah menjadi sebutan sejarah.

IKLAN: PBAKL ONLINE sedang berlangsung di Shopee The Patriots. Dapatkan judul kami pada harga serendah RM20. Klik: shp.ee/efz9vb5

Pada Ogos 1726, Mary mengalami kegµgµran kandungan. Namun lama-kelamaan, orang kian pelik… kalau gµgµr, kenapa perut masih membusung bulat semacam?

Semua terpinga-pinga dalam keadaan gelabah apabila Mary didakwa melahirkan arnab dan kucing.

Kata orang, anggota badan macam-macam haiwan keluar daripada liang peran.akannya.

Kejadian bermula pada 27 September 1726. Mary Toft mula bersalin ditemani ibu mertua dan jiran. Apabila bayi keluar, doktor dan bidan garu kepala.

Biasanya mereka akan memeriksa keadaan bayi… sebelum menyerahkan anak tersebut kepada ibunya. Tetapi masa itu, mereka sangat hairan kerana Mary melahirkan kucing tanpa hati.

Jadi mereka menghubungi pakar obstretrik untuk memeriksa Mary.

Sepanjang malam Mary katanya mengeluarkan macam-macam benda. Itulah tugas John Howard yang tiba keesokannya… beliau terperanjat habis. Cuma apa yang beliau boleh buat? Beliau hanya memantau saja… setiap hari, minggu dan bulan, macam seorang peniaga mengira stok barangan.

Dalam masa sebulan, Howard mengumpulkan bukti yang mana Mary mengeluarkan beberapa kaki mirip kucing… kepala arnab… sembilan anak arnab (yang ma.ti). Howard berkongsi cerita dengan saintis lain. Kisah akhirnya sampai pada telinga Raja George I. Mary Toft sudah popular.

Howard pula tidak melepas tangan. Beliau mengawetkan semua “perkara” yang keluar daripada rahim Mary. Macam bawang pula dibuatnya. Salah satu bahan dihantar untuk tatapan George I, yang menghantar sepasukan doktor.

Mereka ini tiba pada 15 November… juga terkejut melihat Mary melahirkan bang.kai arnab. Lalu mereka terus menjalankan siasatan. Nathaniel Saint Andre berpendapat bahawa kejadian ini tiada asas saintifik langsung, bahawasanya pengalaman Mary Toft adalah sesuatu yang berlandaskan sihir.

Tetapi anggota selain Nathaniel mempunyai soalan. Kenapa ada arnab masih bayi… kenapa ada arnab kelihatan berusia tiga bulan? Soalan paling utama: apa kebendanya semua ni? Atau dalam bahasa Inggeris: what the hell is going on here?

George I pun nekad menghantar jurubed.ah yang berpengalaman. Cyriacus Ahlers memang terkenal dalam dunia perubatan pada zaman itu. Membe.lah perut anak arnab itu, Ahlers menemuinya dalam keadaan sudah bernaj.is.

Siasatan mendalam mendapati naj.is arnab tersebut mengandungi sisa rumput kering dan jagung. Ini memang gila, sebab ada dua kebarangkalian serba pelik: 1) Mary Toft mempunyai ladang jagung dalam kemal.uannya… atau 2) bang.kai ini disumbat dalam kema.luan Mary Toft.

Mana Satu Sebenarnya?

Mary Toft mempertahankan bahawa kelahiran tidak normal ini adalah kerana kesilapannya sendiri. Bahawa sebelum ini, beliau pernah membuat seekor arnab terkejut. Ketahyulan ini memang senang dipercayai orang ramai, yang tidak tahu tentang unsur saintifik langsung.

Orang ramai pula berpendapat bahawa fikiran dan perasaan soerang ibu mampu menjejaskan fizikal kandungan dalam rahim. Ini memang betul… tetapi ada beza antara anak yang kurang upaya secara fizikal dan bang.kai arnab.

Pihak kesihatan sudah tahu apa yang sedang berlaku. Mana mungkin Mary Toft tanam jagung… sedangkan tempat situ tidak terkena cahaya matahari langsung (kiasan). Jadi satu cara saja untuk membetulkan fikiran orang ramai.

Mereka meminta Mary Toft buktikan dakwaannya di depan orang ramai. Bukan arnab yang keluar. Tetapi Mary pula kerap pengsan, didapati kerana jangkitan kuman.

Permainan Mary akhirnya kantoi selepas seorang pembantu didapati membawa arnab masuk dalam biliknya. Rupanya bang.kai haiwan disumbat dalam kema.luan Mary (mungkin dengan bantuan suaminya sendiri).

Selepas diµgµt pihak kesihatan, Mary akhirnya mengaku segalanya.

Pihak media mengutuk doktor-doktor yang terlibat dalam kes ini. Jelas sekali mereka telah membuang masa. Reputasi mereka pun terbµrai teruk.

IKLAN: Kami melancarkan POLITIK UNTUK PEMULA pada harga diskaun di PBAKL Online. 100 pembeli terawal dapat sign penulis. Link beli: https://shp.ee/rjhp7xi

Nathaniel Saint Andre ma.ti dalam keadaan miskin gila-gila kerana hilang kepercayaan orang awam. Mary Toft pula dihµkµm penj.ara selama beberapa bulan.

Tidak boleh bayang kalau pen.jara dulu sama seperti hari ini. “Aku masuk penj.ara sebab rom.pak bank. Kau pula buat apa?” Soalan yang bernas… dijawabnya, “aku beranak arnab.”


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.