Tamadun Nazca wujud pada 200 SM sehingga sekitar 600 Masihi yang menetap di kawasan lembah yang gersang selatan Peru. Mereka mempunyai system terusan yang maju di pusat tumpuan populasi orang Nazca dan pernah membina dua buah kota besar yang kompleks di mana kini ia menjadi runtuhan terbiar.

Tamadun Nazca juga terkenal dengan pembuatan tembikar dan kain tekstil. Istimewanya tentang tamadun ini adalah lukisan tanah atau geoglyph yang terkenal dengan nama Garisan Nazca.

Terdapat banyak penjelasan akan motif sebenar Garisan Nazca dibina, terutamanya ia berperanan sebagai tempat pendaratan kapal terbang kuno. Kini, penjelasan paling logik berdasarkan bukti yang diperoleh adalah Garisan Nazca dibina sebagai cara perlaksanaan upacara keagamaan.

DUNIA TAMADUN NAZCA

Tamadun Nazca ditubuhkan oleh para ketua puak autonomi yang berkumpul untuk tujuan yang sama. Maka, tamadun ini tidak mempunyai pemusatan politik. Inilah sebab mengapa tamadun ini tidak mempunyai monumen yang gah serta rekod projek pembinaan yang biasanya bertujuan untuk memperlihatkan kuasa sesebuah pemerintah.

Contohnya adalah kepelbagaian Garisan Nazca terutamanya garisan baru, mengabaikan garisan lama yang dilukis oleh generasi lama. Kepelbagaian garisan ini menunjukkan terdapat kumpulan berbeza dari garis masa yang berbeza, yang mempunyai kepercayaan dan tujuan tersendiri, melukiskan garisan berbanding membina bangunan.

Tamadun Nazca mempunyai dua buah kota pemusatan, kota pentadbiran sivil di Ventilla dan kota keagamaan di Cahuachi. Ventilla mempunyai kawasan perumahan bertingkat serta halaman rumah. Dalam perumahan tersebut ia mempunyai jaringan saluran air bawah tanah beserta tangka untuk mengekalkan aliran air yang tenang di bawah padang pasir.

Manakala Cahuachi pula mempunyai banyak bangunan suci, yang mana bangunan terbesar dalam kota tersebut dipanggil sebagai ‘The Great Temple’. Cahuachi adalah kota terbesar berbanding Ventilla dengan keluasan 11 kilometer persegi berbanding Ventilla yang hanya keluasan 2 kilometer persegi. Salah satu sebab mengapa Cachuachi ditempatkan sebagai kota keagamaan adalah kota tersebut mempunyai sumber air yang berterusan.

Tamadun Nazca adalah tamadun yang berkembang pesat. Terdapat banyak bulu dari burung hutan hujan eksotik dalam perkuburan orang Nazca. Terdapat juga banyak bulu haiwan alpaca dan llama di kawasan penempatan Nazca, walaupun kedua-dua haiwan ini biasanya tidak dapat hidup lama di kawasan gersang. Bukti-bukti ini menunjukkan orang Nazca pernah berdagang dan penempatan mereka menjadi pusat dagangan yang sibuk merentasi seluruh zon iklim Peru: hutan hujan, padang pasir, dan kawasan lembah tinggi.

Tamadun Nazca pernah mengalami kebuluran sekitar abad ke-5 Masihi, di mana ia meninggalkan kesan yang parah iaitu kekurangan populasi. Tamadun ini kemudian dit4kluk oleh puak Wari. Walaupun tamadun Nazca telah pupus, namun puak Wari hanya men4kluk orang Nazca saja. Segala apa yang orang Nazca cipta dan bina ditinggalkan begitu saja, terutamanya Garisan Nazca yang misteri.

GARISAN NAZCA

Para pengkaji bersetuju bahawa Garisan Nazca dibina oleh orang Nazca sendiri. Reka bentuk garisan tersebut kebanyakannya hadir dari tembirkar dan kain tekstil Nasca. Ada yang berpendapat bahawa kapal terbang kuno bertanggungjawab membina Garisan Nazca itu. Maka wujudlah teori bahawa garisan itu dibina oleh makhluk asing sebagai tempat pendaratan kapal angkasa mereka.

Garisan Nazca berbentuk Owlman (angkasawan).
Inilah garisan yang kontroversi dalam kalangan ahli pengkaji angkasawa kuno yang kononnya Owlman ini adalah makhluk asing yang melawat tamadun Nazca.

Walau bagaimanapun, kajian arkeologi menunjukkan bahawa Garisan Nazca sebenarnya mudah dibina menggunakan peralatan yang dicipta pada Zaman Batu Nazca. Caranya adalah membina jalan disepanjang padang pasir dengan membuang batuan kecil untuk mendedahkan kawasan lapang dibawah batuan tersebut. Reka bentuk garisan itu biasanya siap dibina beberapa minggu kemudian dengan kordinasi yang betul – tanpa menggunakan kapal terbang sebagai panduan.

Peta menunjukkan keseluruhan koleksi Garisan Nazca dari satelit.

APAKAH TUJUAN SEBENAR GARISAN NAZCA DIBINA?

Walapun para pengkaji mengesahkan bahawa orang Nazca yang membina garisan itu, namun perdebatan demi perdebatan masing berlangsung akan tujuan sebenar pembinaannya. Ahli arkeologi dan antropologi telah membentangkan pelbagai teori tahun demi tahun, termasuklah:

1. Panduan astronomi dan kosmologi
2. Petunjuk ke sumber air
3. Aliran air
4. Corak tenunan (dikatakan orang Nazca menggunakan alat tenunan raksasa menggunakan tapak Garisan Nazca ini)
5. Landasan untuk para atlet bersukan
6. Rekod berbentuk tulisan hieroglyph
7. Simbolisme tuhan Nazca
8. Simbol puak atau roh haiwan
9. Kawasan upacara terapi
10. Peta
11. Landasan kapal angkasa makhluk asing

Kesemua Garisan Nazca ini, walaupun terdapat kepelbagaian corak garisan ini namun ia tidak saling berkait antara satu sama lain. Garisan yang lebih 800 jenis ini amat ketara yang ia dbina dengan garisa masa yang berbeza dengan tujuan masing-masing.

Teori terawal adalah garisan ini melambangkan buruj, jelmaan para tuhan yang orang Nazca percaya kewujudanNya di angkasa. Para penyokong teori ini mendakwa bahawa buruj di langit mempunyai kordinasi yang sama dengan Garisan Nazca ini. Sehingga teori ini popular, para arkeologi berpendapat bahawa teori ini tidak tepat.

Hipotesis terkini adalah Garisan Nazca ini adalah panduan jalan ke tempat keagamaan yang berbeza. Terdapat juga kaum Amerika Selatan lain yang melakukan budaya yang sama iaitu membina jalan ke tempat suci. Namun kajian terbaru ahli arkeologi adalah mereka menemui sumber air sungai berdekatan garisan itu. Mereka juga menemui sumber air di kawasan bukit dan gunung. Maka, tujuan Garisan Nazca sebenar adalah memberi panduan kepada orang Nazca mencari sumber air serta menuju ke tempat suci.

Kehadiran Garisan Nazca ini sama seperti kewujudan binaan-binaan agung oleh tamadun purba seperti Piramid Giza, batu Stonehenge, Tembok Besar China, dan pelbagai monument agung lain. Garisan Nazca ini juga menunjukkan bahawa tamadun ini amat mementingkan kreativiti dalam memberikan panduan kepada masyarakat untuk mencari sumber air atau tempat suci. Ia tidaklah semisteri mana seperti para pengamal teori angkasa kuno (ancient astronaut) gempar-gempurkan tentang perkaitan makhluk asing dengan Garizan Nazca dalam siaran dari saluran History.

Setiap binaan kuno pasti ada tujuan untuk kepentingan masyarakat sama ada tujuan kemudahan, keagamaan, atau kebudayaan.

RUJUKAN:

Storm C. (22 April 2020). The Perplexing Nazca Lines: Sacred Roads, Spirit Animals, or Water Sources? Ancient Origins, Retrieved from 24 April 2020. https://www.ancient-origins.net/unexplained-phenomena/sacred-roads-spirit-animals-or-water-sources-perplexing-purpose-nazca-lines-021507

Cameron, Ian. Kingdom of the Sun God: A history of the Andes and their people . Vol. 1990. Vintage, 1990.

Sparavigna, Amelia Carolina. “Maria Reiche’s line to archaeoastronomy.” Archaeoastronomy and Ancient Technologies 1.2 (2013).


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.