Pada tahun 1181, semasa era pemerintahan Maharaja Xiaozong dari Dinasti Song, satu fenomena kosmik direkodkan oleh para cendekiawan China ketika itu. Selama 900 tahun, ia membuatkan ramai cendekiawan termasuk dari komuniti saintifik hari ini menggaru kepala untuk menjelaskan apa yang berlaku. Tetapi baru-baru ini, fenomena supernova yang dikenali sebagai SN1181 dapat dijelaskan hasil kajian sepasukan pengkaji astronomi dari Britain, Sepanyol, Hungary, Perancis dan Hong Kong.

Nebula malap tetapi cepat berkembang itu dikenali sebagai Pa30 dan ia dikenalpasti sebagai sumber fenomena berkenaan. Menurut pasukan pengkaji, le.tu.pan supernova itu secerah planet Zuhal dan boleh dilihat secara mata kasar selama enam bulan. Ini dapat menjelaskan bagaimana fenomena ini dapat direkodkan oleh cendekiawan China dan Jepun.

Dalam kertas kajian mereka, mereka mendapati nebula Pa30 bergerak pantas pada kelajuan melebihi 1,100 km sejam. Dari situ, mereka mengira tahun sekitar seribu tahun sekaligus berlaku pada masa sama SN1181 dikesan.

Profesor Albert Zijlstra yang merupakan sebahagian daripada pasukan kajian memberitahu kedudukan nebula yang mengelilingi Bintang Parker ini terletak di antara dua buruj China iaitu Chuanshe dan Huagai. Ini meletakkan bintang itu pada kedudukan dan usia sama pada 1181.

Sebelum ini, satu teori menyatakan Pa30 dan Bintang Parker terhasil akibat penggabungan dua bintang kerdil berwarna putih. Bintang kerdil putih ialah perubahan yang dialami bintang-bintang seperti matahari pada akhir hayat mereka selepas semua bahan api nuklear mereka habis.

Peristiwa penggabungan ini membawa kepada satu peristiwa supernova yang jarang berlaku dan malap yang dipanggil supernova jenis longgar. Tambah Profesor Zijlstra, hanya 10% supernova dikelaskan dalam kategori ini dan ia masih belum difahami oleh komuniti saintifik. Dengan SN1181 inilah, saintis dapat mengkaji saki-baki nebula dan bintang kerdil serta keterangan le.tu.pan itu sendiri.

Penggabungan saki-baki bintang, nebula dan bintang kerdil membawa kepada reaksi nuklear yang dahsyat sekaligus membawa kepada pembentukan elemen berat tetapi kaya dengan neutron seperti emas dan platinum.

RUJUKAN:

Tonkin, Sam. (2021, 15 September). Cosmic mystery is SOLVED after 900 years: Supernova first spotted over China in 1181 is identified as Pa30 – a nebula surrounding one of the hottest stars in the Milky Way. Daily Mail.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.