Walaupun sudah mencapai usia yang senja, Suleiman I, salah seorang sultan terhebat dan paling cemerlang yang pernah memerintah Empayar Uthmaniyyah, nekad mengetuai kempen penaklvkan walaupun dia sedar bahawa dia mungkin tidak akan kembali lagi.

Sultan Suleiman I, yang dikenali sebagai Suleiman al Kanuni, melancarkan kempen terhadap kerajaan Habsburg Austria pada tahun 1566 dalam keadaan yang agak uzur.

Baginda sempat mengunjungi makam Abu Ayyub al-Ansari dan nenek moyangnya sebelum berangkat memulakan kempen. Baginda turut mengagihkan banyak sedekah kepada orang-orang miskin. Pada 29 April 1566, sultan bersama para negarawan berangkat dari kota Istanbul diiringi majlis besar besaran.

Sultan meninggalkan Istanbul dengan mengenakan persalinan berwarna putih, menunggang kudanya, diikuti oleh para pengiringnya.  Ahli sejarah pada masa itu mengatakan bahawa sultan kelihatan menyerupai “menara cahaya keabadian” dengan janggut putih dan pakaiannya.

Walaupun dalam keadaan yang uzur, secara fizikalnya Suleiman masih punyai sedikit tenaga. Di tengah perjalanan, peny4kitnya berulang kembali lalu sultan terpaksa turun dari kuda dan dibawa menaiki kereta kuda dengan bantuan Sokollu Mehmed Pasha. Mereka meneruskan perjalanan menuju ke Szigetvar dengan kereta kuda, namun sultan menunggang kuda ketika mereka tiba di pusat kota walaupun sakit atas dasar menghormati tradisi monarki.

Mereka melakukan tinjauan dan penilaian semasa mereka sampai di Belgrade. Tujuan pertama adalah untuk menaklvki Kubu Eger tetapi maklumat yang diterima dari perbatasan mengatakan bahawa kubu di Szigetvar merupakan ancaman yang lebih besar bagi tanah Uthmaniyyah. Setelah itu, tentera Uthmaniyyah diarahkan menuju ke Szigetvar. Kubu itu terdiri dari empat kubu yang saling terhubung dan dikelilingi oleh saluran air dan dikatakan agak sukar untuk ditaklvki.

Ketika mereka tiba di Szigetvar, Suleiman berusaha menunggang gagah kudanya di hadapan tenteranya untuk memberi semangat moral dan keyakinan kepada angkatan tenteranya, kemudian kembali ke khemahnya, dia hanya berjalan kaki setelah turun dari kuda.

Pengepungan Szigetvar bermula pada 7 Ogos 1566. Sultan, yang tidak dapat keluar kerana sakit, mengikuti perkembangan semasa dari khemahnya. Peny4kit sultan tua itu semakin teruk tetapi kubu pertahanan musvh tidak berjaya dirampas dengan cara apa pun.

Memandangkan tempoh pengepungan itu semakin lama dan berlanjutan, dikatakan sultan naik marah sekali sambil mengatakan: “Kubu ini membakar hati aku, ku mohon kepada-Mu Allah, agar kubu itu terbakar.”  Selepas beberapa ketika, Szigetvar berjaya ditaklvki.

Tentera Austria yang tidak mampu menahan asakan Uthmaniyyah mula berundur ke kubu dan membakar kota. Unit artileri Uthmaniyyah mula menyasarkan benteng kubu tetapi masih tidak mampu menggoyahkan kekuatan komander Nikola VII Zrinski.

Sokollu Mehmed Pasha berusaha bersungguh-sungguh dan melakukan yang terbaik untuk menaklvki kubu itu secepat mungkin. Dia makan dan tidur bersama tentera di dalam parit pertahanan selama beberapa malam. Bahkan dia hampir kehilangan nyawa semasa bertempvr.

Pada hari-hari terakhir pengepungan, penyakit sultan bertambah buruk dan khabar angin mula tersebar di kalangan anggota tentera. Berita ini boleh melemahkan moral tentera.

Akhirnya, led4kan b0m yang dipasang oleh pengawal Turki yang memanjat tembok kubu berhasil membuka laluan masuk melalui tembok, dan pada 5 September ketika tentera Uthmaniyyah mula memasuki kubu melalui laluan ini, Zrinski, yang merasakan mereka tidak mungkin mampu bertahan telah berundur lagi ke dalam kubu.

Semasa kubu Szigetvar hampir dijatuhkan, Sultan Suleiman Kanuni mangkat pada malam 7 September. Pengepungan itu sedang berada di kemuncaknya. Dalam situasi seperti itu, berita kem4tian sultan dapat menyebabkan usaha selama satu bulan ini sia-sia jika ia sampai ke pengetahuan anggota tentera.

Sokollu Mehmed Pasha, memerintahkan mereka yang mengetahui kem4tian itu untuk merahsiakannya. Dia juga mengatakan sultan akan dikubvrkan di tanah airnya, setelah semua prosedur yang diperlukan dilakukan.

Jenaz4h sultan disimpan buat sementara waktu setelah organ dalamannya dikeluarkan, wangian kasturi dan ambar disapu dan solat jenaz4h dilakukan secara rahsia. Seorang lelaki juga ditempatkan di katil tempat sultan berehat ketika gering seperti seorang pes4kit.

Dengan dorongan wazir agung, persiapan untuk ser4ngan terakhir dilakukan. Tentera Uthmaniyyah menawan bahagian dalam kubu, titik penent4ngan terakhir di Szigetvar dalam waktu yang singkat. Oleh itu, Szigetvar akhirnya berjaya ditaklvki pada tarikh 7 September.

Wazir Agung meminta Shahzade Selim II (putera Sultan), satu-satunya pewaris takhta merangkap Sanjak-bey (gabenor) Kütahya agar datang untuk mengambil alih urusan pasca penaklvkan kubu, beliau mengirimkan surat yang melaporkan berita kemangkatan bapanya.

Dia menghabiskan waktu di sekitar Szigetvar sehingga Shahzade Selim tiba. Ketika dia mengetahui bahawa Selim II telah pun melepasi Rumelia, Wazir Agung mengarahkan tentera menuju ke Belgrade.

Solat Jenaz4h

Selim II menghadiri majlis pemakaman bapanya, yang kem4tiannya dirahsiakan selama 48 hari, dengan memakai pakaian hitam. Orang ramai bersolat di hadapan tandu yang membawa jenaz4h sultan. Solat jenaz4h kedua dilakukan. Kemudian, pemakaman sultan diteruskan dengan berangkat kembali ke Istanbul bersama kumpulan lain, selain tentera, dan disambut oleh tangisan dan doa rakyat jelata di sepanjang jalan.

Pengebumian Suleiman Kanuni dilakukan di tempat di mana makamnya telah dirancang untuk dibina di Masjid Süleymaniye setelah solat jenaz4h ketiga dilakukan oleh Shaykh al-Islam Ebussuud Efendi.

Sebuah khemah didirikan di atas kubur kerana makam itu belum siap dibina. Sultan disemadikan di makam yang disiapkan di bawah pengawasan Mimar Sinan. Namun, mengapa dan bagaimana dengan jantung dan lain-lain organ dalamannya yang dikeluarkan semasa jenaz4hnya berada di Szigetvar?

Baiklah, kita ulang sekali lagi kronologi pertempvran ini dan kem4tiab Sultan Suleiman I Kanuni.

Sultan Suleiman I meninggal dunia pada tahun 1566 ketika pasukannya mengepung kubu Szigetvar di selatan Hungary.  Kem4tiannya dirahsiakan selama 48 hari untuk mengelakkan moral tenteranya jatuh semasa bertempvr.

Kem4tiannya berpunca dari penyakit semula jadi (sakit tua) hanya dua bulan sebelum ulang tahunnya yang ke-72, dan hanya beberapa jam sebelum tenteranya yang besar akhirnya menundukkan pertahanan Habsburg di kubu Szigetvar setelah pengepungan yang panjang dan berdarah itu.

Szigetvar dipertahankan oleh tentera tempatan yang dipimpin oleh bangsawan Croatia-Hungary, Nikola VII Zrinski. Pengepungan itu membuahkan kemenangan yang sangat mahal harganya buat Uthmaniyyah sehingga mereka terpaksa membatalkan usaha mereka untuk menaklvk Vienna, keputusan pengepungan ini kemudian mendorong diplomat Perancis Kardinal Richelieu menggelar Pengepungan Szigetvar sebagai “pertempvran yang menyelamatkan peradaban”

Bimbang kem4tian Sultan akan meruntuhkan moral pasukan tenteranya, Wazir Agung bertindak merahsiakan kem4tiannya dan mahu menyeludup jenaz4h Sultan kembali ke Istanbul untuk dikebumikan di Masjid Suleymaniye yang telah dirancang pembinaan makamnya di sana.

Tetapi keadaan cuaca yang panas dan jarak perjalanan pulang yang panjang akan menyebabkan jenaz4h cepat mereput dan membusuk, jadi, jantung Suleiman dan organ-organ lain dikeluarkan terlebih dahulu, untuk dimakamkan secara berasingan di Szigetvar.

Menurut hikayat lagenda, jantung Sultan Suleiman I diletakkan di dalam sebuah peti bertatahkan emas dan ditanam di bawah khemah yang menjadi tempat Sultan menghembuskan nafas yang terakhirnya. Setelah kempen berakhir, jenaz4hnya dibawa kembali ke Istanbul, di mana ia masih dimakamkan di Masjid Süleymaniye, salah satu tempat paling terkenal di kota Istanbul hari ini.

Manakala di lokasi jantungnya dikebumikan itu, satu lagi makam kecil telah dibina di lokasi tersebut bagi memudahkan orang Turki melawat sekiranya melalui kawasan tersebut. Dan di sekitar makam itu juga sebuah kota telah dibangunkan, kota itu dinamakan sebagai kota Turbek (türbe dalam bahasa Turki, yang bermaksud makam), ia menjadi satu-satunya penempatan bangsa Turki yang dibina oleh Uthmaniyyah sejak awal pemerintahan mereka di Hungary.

Menurut hasil teori kajian terbaru, kota Turbek terdiri dari dua mahalla atau daerah, yang pada awalnya mempunyai sekitar 50 buah rumah keluarga yang berkemungkinan sebagai rumah yang menempatkan ahli keluarga tentera yang mengawal kota itu.

Selama beberapa dekad berikutnya, kota ini mungkin telah menjadi sebuah kota yang sangat penting, berikutan penemuan sebuah pusat penginapan, dua buah masjid, sebuah pondok darwisy dan tempat mandi awam, sudah tentu ia dibina untuk keperluan mereka yang mahu menziarah ‘makam’ Sultan Suleiman dan para pedagang.

Namun, apabila tentera Habsburg merebut kembali kawasan itu pada tahun 1680-an, mereka memvsnahkan segala legasi simbol penaklvkan Uthmaniyyah ini, kota Turbek dan makam jantung Sultan Suleiman Kanuni telah diser4ng, dij4rah dan dimvsnahkan hingga lenyap dari peta dunia. Dan selama berabad-abad berikutnya lokasi makam Suleiman hanya menjadi spekulasi dan legenda.

Kerja-kerja pencarian makam itu bermula pada awal abad ke-20, tetapi penemuannya tidak pernah berjaya sehinggalah pada tahun 2015, setelah tiga tahun usaha dalam projek yang dimulakan oleh Badan Kerjasama dan Koordinasi Turki (TİKA), yang merangkumi Universiti Teknikal Timur Tengah (ODTÜ), pafa penyelidik Turki dan Akademi Sains Hungary.

Pada tahun 2016, sisa-sisa masjid yang dibina atas perintah Wazir Agung Uthmaniyyah ketika itu, Sokullu Mehmed Pasha yang terkenal dan sebuah pondok darwisy telah ditemui di kawasan itu.

Di Hungary, Szigetvar dan kawasan sekitarnya amat sinonim dan didedahkan kepada setiap pelajar sekolah sebagai pusat penentangan bangsa Hungary terhadap penaklvkan Turki, namun kawasan itu tidak pernah diteroka secara serius.

Penelitian yang dilakukan selama berbulan-bulan di arkib sejarah di Istanbul, Vatikan, Budapest, Vienna dan Milan membuktikan kewujudan kota itu, tetapi penemuan dalam mencari lokasi tapaknya yang sebenar adalah berasal dari dokumen yang disimpan di gereja tempatan.

Pertikaian wilayah yang bermula pada tahun 1737 di Turbek merujuk kepada “tembok pelindung Turki” – yang menyiratkan kewujudan sebuah benteng yang melindungi banyak binaan yang penting peninggalan Uthmaniyyah. Dan secara kebetulan, pihak yang terlibat dalam isu tuntutan tanah itu adalah nenek moyang Datuk Bandar Szigetvar sejak 2013 iaitu Janos Kolovics.

Pada tahun 2013 juga, musim menuai anggur telah bermula. Kaum wanita di Szigetvar yang sedang memetik anggur hijau dan merah telah terpijak tanah yang becak, di bawah kaki mereka terdapat lapisan tanah tebal dengan serpihan jubin atap seramik kemerah-merahan, inilah petunjuk pertama yang amat berharga dalam penemuan kota Turbek tinggalan Uthmaniyyah.

Hanya dalam beberapa minggu sejak tapak ini dikenal pasti, para penyelidik telah menemui bukti kekayaan kota lama ini iaitu duit syiling perak yang dicetak pada tahun 1625 di Kormocbanya – bahagian Hungary yang tidak diduduki oleh Uthmaniyyah – tembikar Parsi dan porselin China.

Professor Norbert Pap yang mengetuai ekspedisi pencarian jantung Sultan Suleiman berpendapat, berdasarkan apa yang difahaminya dalam ajaran Islam, organ dalaman, seperti badan, mesti dibiarkan menjadi debu, jadi tidak mungkin ia dikuburkan di dalam bekas logam atau emas.

Sekiranya jantung itu dikebumikan di dalam petk kayu seperti yang dia yakini, namun hanya sedikit sahaja petunjuk dan artifak yang dapat ditemui. Namun, apa yang menggembirakan baginya dan pasukannya adalah jarak makam itu yang sangat dekat dengan bangunan lain yang termasuk tempat mandi umum, masjid dan tempat penginapan untuk pengunjung makam.

Wilayah ini dihuni kembali pada abad ke-18 oleh kaum Katolik dari Jerman, untuk menggantikan populasi warga Hungary, Croatia dan Bosnia yang terbvnuh akibat per4ng atau w4bak penyakit. Gereja Katolik Turbeki terletak di satu sisi tapak yang kini diiktiraf sebagai bekas kota Turbek Uthmaniyyah.

Sebagaimana umat Islam pernah tidak putus-putus tiba untuk berkunjung ke makam jantung Suleiman atas dasar rasa kesamaan berikutan Uthmaniyyah pernah melakar sejarah yang agung disitu, pada abad ke-16 dan ke-17, gereja Turbeki ini menjadi tempat ziarah bagi warga Katolik pada abad ke-18, setelah munculnya khabar angin bahawa Virgin Mary pernah ‘muncul’ di sini pada tahun 1705.

Sehingga kini kerja-kerja penyelidikan masih diteruskan oleh pakar dari seluruh dunia. Misteri jantung Sultan Suleiman itu secara tidak langsung telah menghasilkan kerjasama di antara negara Turki dan Hungary sepanjang projek pencarian itu berlangsung.

Sebuah rancangan realiti TV dari Amerika Syarikat, Expedition: Unknown pernah melaksanakan satu projek 14 episod melibatkan usaha merungkai misteri lokasi sebenar jantung Sultan Suleiman Kanuni berada. Rancangan tersebut menjalani penggambaran di beberapa buah lokasi seperti Istanbul, Budapest dan Szigetvar. Untuk beberapa minggu, krew rancangan itu mengikuti laluan kebun anggur yang menemukan makam sultan tetapi jantungnya masih belum ditemui.

RUJUKAN:

BBC News: Search For Suleiman’s Heart Reveals a Whole Town

W4r History Online – The B4ttle That Saved The Civilization: Szigetvar 1566


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.