Kata Frank Lloyd Wright, seorang arkitek Amerika Syarikat yang hidup ketika era abad ke-20 Masihi dahulu, tiada arkitek yang layak dibincangkan dalam sejarah melainkan dua orang ini. Dirinya dan Mirma Sinan. Perkenalkan kepada anda, Koca Mi’mâr Sinân Âğâ atau dikenali sebagai sebagai Mirma Sinan, seorang arkitek yang berkhidmat untuk Empayar Turki Uthmaniyah melalui pemerintahan 3 sultan iaitu Suleiman The Magnificient, Selim II dan Murad II.

Sejarah awalnya ialah dia dilahirkan dalam keluarga Kristian yang menetap di dalam wilayah Empayar Uthmaniyah, dimana sistem Janissari memerlukan setiap keluarga Kristian untuk menghantarkan anak mereka untuk berkhidmat dalam sistem tentera elit Turki iaitu Jannisari dan memeluk Islam. Beliau adalah dari keturunan Yunani dan Armenia.

Seawal usianya dalam Jannisari lagi Mimar Sinan menunjukkan bakatnya dalam bidang kejuruteraan. Lagipun usia mudanya turut diabadikan menjadi seorang tukang kayu, belajar dari ayahandanya. Mimar Sinan mula dinaikkan pangkat menjadi pegawal seiring dengan perkhidmatannya dalam unit ketenteraan Uthmaniyah dalam misinya meluaskan penaklukan empayar Uthmaniyah ke Eropah.

Hagia Sophia

Namun, sampai suatu masa Uthmaniyah mula menyedari bakat terpendam milik Sinan lalu dia ditabalkan sebagai ketua artkitek buat Empayar Uthmaniyah itu sendiri. Matlamat utama Mirmar Sinan ketika itu adalah untuk membina monument Islam yang jauh lebih besar daripada Hagia Sophia yang dibina oleh Rom Byzantine ketika abad ke-6 Masihi dahulu yang kemudiannya ditukarkan menjadi masjid oleh Mehmed II atau lebih dikenali dalam kalangan orang kita sebagai Sultan Muhammad Al-Fateh selepas berjaya menakluk Istanbul atau nama asalnya Constantinople.

Kerjaya artikek Mirma Sinan bermula dengan dia membina beberapa buah binaan kecil seperti membina Masjid Kusruwiyah di Aleppo, Syria pada tahun 1547 Masihi. Selain itu, Mirma Sinan turut mengendalikan projek pembaikpulih dan ubah suai Masjid Imam Abu Hanifa di Baghdad serta Masjid Jallaludin Rumi di Konya. Projek-projek pembinaan awal ini memberikan pengalaman dan ilmu untuk Mirma Sinan mula melangkah jauh.

Projek Mega pertama di bawah Mirma Sinan adalah membina masjid besar untuk anak Sultan Suleimen yang baru sahaja meninggal dunia pada tahun 1543 kerana demam campak. Pembinaan masjid untuk Putera Mehmed ini mengambil masa selama 4 tahun yang turut menempatkan sekolah, dapur untuk para orang miskin ddan gelandangan, tempat tinggal untuk para musadir dan tidak lupa juga makam untuk Putera Mehmed itu sendiri. Masjid yang dinamakan sebagai Şehzade Jami’ ini yang bermaksud Masjid Putera meski sangat disukai oleh Sultan Suleimen, namun Sinan sendiri tidak berapa berkenan dengan hasil seninya dan berpendapat bahawa sesungguhnya, dia mampu melakukan lebih baik daripada itu.

Şehzade Jami’

Projek mega seterusnya yang turut mencatatkan namanya sebagai salah seorang artkitek Islam paling agung dalam sejarah pembinaan masjid untuk Sultan Suleimen itu sendiri. Sultan Suleimen mahukan pembinaan sebuah masjid yang dinamakan atas dirinya, dan masjid itu apabila siap kelak akan jadi salah satu amal jariah yang ditinggalkan oleh Sultan Suleimen ketika di Barzakh nanti selagi mana orang Islam bersolat dan menggunakannya. Selain itu, masjid ini juga dimahukan untuk menjadi pencakar langit untuk Istanbul dan fokus keindahan Istanbul itu sendiri. Sebuah puncak bukit di Tanduk Emas dijadikan lokasi untuk pembinaannya.

Dikatakan bahawa untuk memasang pasak-pasak pembinaan bagi masjid itiu sahaja mengambil masa selama 7 tahun. Bahkan legenda bercerita selepas memasang pasak itu, Sinan menghilang selama 5 tahun sebelum kembali pulang. Apabila ditanyakan oleh Sultan Suleimen, dijawabnya kerana binaannya itu terlalu besar, makai a memerlukan masa sehingga 5 tahun bagi pasak yang ditanamnya itu bersemadi di dalam tanah.

Masjid Süleymaniye

1557 ialah waktu masjid tersebut siap pembinaannya. Tingginya dalam sekitar 50 meter dan ketika itu, tiada binaan masjid di Istanbul yang mencapai ketinggian, saiz dan juga keindahan yang dimilki oleh masjid yang dinamakan sebagai Masjid Suleymaniye ini. Masjid ini dilengkapi oleh hospital, tempat mandi awam, sekolah dan universiti yang mengajarkan pelbagai jenis ilmu dan sudah tentu, makam yang menempatkan Sultan Sulaiman itu sendiri. Namun, Sinan masih lagi belum puas dengan pencapaiannya.

Masjid Selimiye yang dianggap sebagai karya teragung Sinan.

Ia adalah pada selepas kemangkatan Sultan Suleiman, dan tampuk pemerintahan diambil oleh pewarisnya iaitu Sultan Selim II. Sultan Selim II mahukan seperti mana Sultan Suleiman, turut memiliki masjidnya yang tersendiri. Masjid ini kemudiannya akan dianggap olehj Mirma Sinan sebagai karya teragungnya, yang dianggap secara peribadi oleh Sinan menandingi binaan Haiga Sophia yang pernah dibina oleh Byzantine. Apabila, siap masjid yang diberi nama sebagai Selimiye Mosque ini mempunyai Menara masjid paling tinggi ketika itu dengan mencapai 80 meter, manakala kubahnya pula mencapai ketinggian baru yang berjaya mengatasi ketinggian Haiga Sophia, bahkan turut kelihatan seperti berdiri dengan sendirinya, tanpa ditampung apa-apa, berbeza dengan binaan masjid yang lain. Masjid ini kemudiannya kekal menjadi mercu tanda kota Edirne, di Turki, di mana lokasi masjid ini dibina. Tambah menariknya, binaan ini dibina ketika usianya mencecah 70-an!

Arkitek yang cukup berjasa pada dunia Islam ini akhirnya meninggal dunia pada tahun 1588 pada usia 98 tahun selepas membina ratusan binaan sepanjang hidupnya yang merangkumi, 90 buah masjid besar, 50 masjid kecil, 57 kolej dan universiti, 8 jambatan dan pelbagai binaan lain dalam empayar Uthmaniyah itu sendiri. Legasi yang ditinggalkan oleh Mirma Sinan selepas itu adalah merangkumi anak muridnya yang akan berterusan membina monument-monument hebat lain di dunia termasuklah Taj Mahal itu sendiri.

Rujukan:

Al-Khateeb, Firas (2012) The Greatest Architect of All Time. Lost Islamic History

Olcayto, Rory (2012) Mimar Sinan was one of the world’s best architects of religious buildings. The Architect’s Journal


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.