Mimpi Buruk Membantu Manusia Menghadapi Ketakutan

301

Walaupun kadangkala kita mendapat mimpi buruk dan menekankan, sebuah kajian baru mencadangkan mimpi tersebut dapat menjadi sebuah terapi kepada manusia. Mimpi tersebut menentukur (calibrate) otak manusia supaya kita dapat menghadapi ketakutan dengan lebih baik pada keesokan harinya.

Dengan melakukan pemetaan ke atas aktiviti otak ketika tidur, penemuan kajian tersebut membangunkan idea bahawa mimpi buruk membuatkan kita lebih bersedia untuk menghadapi perkara sebenar. Penyelidik mendapati mereka yang mempunyai lebih banyak mimpi buruk mempunyai sekatan ketakutan yang lebih kuat ketika sedar dari tidur.

Tidur manusia masih banyak misterinya. Tetapi daripada pengalaman peribadi, sesiapa sahaja akan dapat merasakan adanya hubungan antara tidur dan perasaan. Sukar untuk saintis simpulkan hubungan antara kedua-dua ini, namun idea berkenaan tidur dapat regulasi emosi manusia bukan sesuatu yang baru.

Sama seperti sewaktu kita sedar, manusia juga mengalami emosi ketika dalam mimpi. Hal ini dapat memberikan impak kepada perasaan kita apabila kita bangun daripada tidur. Dikatakan rapid eye movement (REM) dapat menstabilkan emosi dan memori negatif ketika tidur.

Terdapat bukti mencadangkan bahawa pusat emosi dalam otak kita seperti amygdala berada dalam keadaan aktif ketika tidur. Apabila kawasan ini berada dalam keadaan lemah, semakin kurang kekuatan emosi kita dalam mimpi.

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Terdapat teori yang dipanggil teori simulasi ancaman yang menyatakan otak kita menghadapi ketakutan dengan melakukan latihan (rehearsing) peristiwa terancam yang berlaku dalam mimpi. Teori lain pula menyatakan tidur dapat menyelesaikan konflik emosi, seterusnya mengurangkan perasaan negatif pada keesokan harinya apabila kita sedar. Kedua-dua teori bersetuju bahawa, menghadapi ketakutan dalam mimpi dapat memberikan respon yang baik ketika sedar. Teori ini telah dibuktikan melalui eksperimen yang dilakukan oleh pasukan penyelidik yang diketuai oleh Lampros Perogamvros dari University of Geneva.

Walau bagaimanapun, mereka menyatakan hal ini tidak terpakai pada mimpi yang menakutkan (nightmare). Tidak seperti mimpi buruk (bad dreams) yang kadar ketakutannya sedarhana, mimpi yang menakutkan mempunyai kadar ketakutan yang membuatkan kita lebih tertekan yang kemudiannya mengganggu tidur kita serta memberikan impak negatif kepada emosi kita apabila kita bangun dari tidur.

RUJUKAN:

  1. Walker, M. P., & van Der Helm, E. (2009). Overnight therapy? The role of sleep in emotional brain processing. Psychological bulletin135(5), 731.
  2. Harrington, M. O., Johnson, J. M., Croom, H. E., Pennington, K., & Durrant, S. J. (2018). The influence of REM sleep and SWS on emotional memory consolidation in participants reporting depressive symptoms. Cortex99, 281-295.
  3. Blake, Y., Terburg, D., Balchin, R., van Honk, J., & Solms, M. (2019). The role of the basolateral amygdala in dreaming. Cortex113, 169-183.
  4. Sterpenich, V., Perogamvros, L., Tononi, G., & Schwartz, S. (2019). Fear in dreams and in wakefulness: evidence for day/night affective homeostasis. bioRxiv, 534099.
  5. Brain Scans Show Our Bad Dreams Might Actually Help Us Face Fears in Real Life.
    https://www.sciencealert.com/your-bad-dreams-might-actually-help-you-face-your-fears-in-real-life
Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.