Mimicry Dan Camouflage Haiwan Dari Seluruh Dunia

88

Salah satu daripada strategi pertahanan diri yang dimiliki oleh haiwan adalah kebolehannya untuk menyamar.

Penyamaran tersebut sama ada dilakukan bagi menyerupai haiwan lain (mimicry), atau menyerupai persekitaran (camouflage).

Kedua-dua ini dilakukan supaya haiwan ini dijauhi oleh pemangsa.

– Kerana menyangka ia adalah haiwan berbahaya.

– Tidak dapat dikesan langsung oleh pemangsa.

Haiwan ini dikenali sebagai “Leaf-tailed gecko”, atau nama saintifiknya Uroplatus phantasticus. Ia adalah salah satu spesies cicak yang mendiami kepulauan Madagascar.

Synanceia verrucosa adalah nama saintifik bagi sejenis ikan yang turut dikenali sebagai Ikan Batu. Ia adalah haiwan karnivor.

Selain daripada faktor penyamaran, ikan ini turut dilengkapi oleh duri beracun sebagai strategi pertahanan. Dan ia merupakan salah satu daripada spesies ikan yang paling beracun di dunia. Racunnya berkebolehan untuk membunuh manusia.

Ikan batu menjadikan kawasan dasar terumbu karang sebagai habitatnya dan kebiasaannya di temui di persisiran pantai lautan Indo-Pasifik.

Haiwan yang kelihatan seperti tahi burung ini, adalah sejenis labah-labah spesies Celaenia excavata.

Disebabkan fizikal yang dimiliki ini, ia dikenali sebagai “Bird-dropping spider” (labah-labah tahi burung). Penyamaran labah-labah ini adalah untuk melindunginya daripada pemangsa, yakni burung.

Ular atapun ulat bulu? Ini adalah ulat bulu rama-rama “Elephant Head Hawkmoth” atau nama saintifiknya, Deilephila elpenor.

Jika ulat bulu ini merasakan dirinya terancam, ia akan mengembangkan bahagian belakang badannya. Postur pertahanan ini akan membuatkan bintik yang kelihatan seperti mata itu kelihatan besar menyerupai kepala ular dan mata.

Mentadak Orkid atau nama saintifiknya Hymenopus coronatus, juga turut dikenali sebagai H. bicornis, adalah sejenis mentadak yang mendiami kawasan hutan hujan di Asia Tenggara. Ia boleh didapati di negara Malaysia dan juga Indonesia.

Penyamaran mentadak ini yang menyerupai orkid, adalah untuk melindungi dirinya daripada pemangsa.

Selain itu, ia turut bermanfaat memperdaya mangsa, memudahkan mentadak orkid ini dalam perburuan serangga lain sebagai makanan.

Kuda laut Bargibant atau nama saintifiknya Hippocampus bargibanti, adalah sejenis kuda laut kecil dari keluarga Syngathidae yang dapat ditemukan di kawasan tengah perairan Indo-Pasifik.

Fizikalnya sangat kecil berukuran kurang daripada 2 sentimeter sahaja. Dan kebiasannya ditemui melekapkan diri atau berenang di kawasan terumbu karang.


Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.