Penafian

1) Penulis tidak memasang perisian MikuMikuDance dan tidak membikin video MMD.

2) Penulisan ini hanya membincangkan perihal MikuMikuDance semata-mata.

3) Tiada penafian ketiga. Eh, ada! lul xD

Memperkenalkan:-

Kredit gambar ditujukan kepada NyancoCoro.

MikuMikuDance, atau lebih dikenali sebagai MMD ialah sebuah perisian percuma yang boleh dicari dan dimuat turun secara mudah di internet. Program ini membolehkan para pengguna menghasilkan imej dan animasi dalam bentuk 3D, dimana secara asalnya ianya berasaskan model dari seorang watak Vocaloid, Hatsune Miku.

Penghasilan perisian MMD pernah digunapakai oleh VOCALOID Promotion Video Project (VPVP). Ia kemudian diperkembangkan lagi dan diberi penambahbaikan oleh para-para veteran MMD sehingga kini.

Kini terdapat puluhan ribu pengguna dan jutaan video MMD di pelbagai laman perkongsian video seperti YouTube dan Nico Nico Douga.

Sejarah Penciptaan MMD

Gambar: Interface Perisian MikuMikuDance

Program asal MMD sebelum ianya dipanggil sedemikian dipelopori oleh Animasa, dimana model pertama beliau ialah Miku Hatsune. Video Miku 3D pertama beliau dikeluarkan pada 30 November 2007. Kemudian, hasil kerja beliau telah memberi ilham kepada Yu Higuchi (樋口 優) atau juga dikenali sebagai HiguchiM, untuk mencipta perisian MMD. Beliau  telah membolehkan program ini didapati secara percuma sejak 24 Februari 2008.

Sebelum itu, animasi 3D hanya mampu dihasilkan oleh pereka animasi tertentu sahaja, dan masing-masing mempunyai program 3D yang tersendiri, dimana ia memerlukan pengetahuan dan pembelajaran yang banyak dan lama tentang asas-asas setiap perisian.

Minat bagi penghasilan sendiri animasi 3D diputik dari penayangan video promosi Miku di Nico Nico Douga oleh sebahagian animator 3D. Malangnya kebanyakan para peminat yang juga ingin mencipta animasi 3D kurang atau tiada pengetahuan langsung tentang ilmu yang berkaitan.

Mujurlah HiguchiM telah ‘turun padang’ bagi menyelesaikan masalah ini dengan pelancaran perisian MMD, dimana jika dibandingkan dengan perisian animasi yang biasa digunakan oleh golongan profesional, ia lebih mesra pengguna, mudah digunakan serta ringkas. Animasa kemudian menjadi perintis  bagi model-model lain iaitu MEIKO, Kaito, Rin Kagamine, Len Kagamine, Neru Akita, Haku Yowane. Manakala seorang lagi perintis yang terawal ialah Kio, beliau mencipta model versi muda MEIKO, iaitu Meiko Sakine.

Hasil dari kerjasama HiguchiM dan Animasa, ramai pengguna yang tertarik dengan kemudahan yang ditawarkan oleh MMD. Para-para pengguna yang mahir kemudian mencipta dan menaiktaraf model-model yang sedia ada bagi kegunaan MMD. Kepelbagaian jenis dan versi model yang sedia ada sedikit sebanyak membantu dalam perkembangan pentas MMD. Cuma hasil tangan mereka tidak dijamin oleh HiguchiM.

Hasil kerja mereka boleh didapati di mana-mana laman perkongsian video YouTube dan Nico Nico Douga. Terkini, perisian MMD boleh didapati dalam versi Bahasa Jepun dan Bahasa Inggeris.

Pada 2 Mei 2011, HiguchiM telah mengumumkan bahawa beliau akan bersara dari dunia MMD.

Gambar: Salah sebuah model rekaan Tda, Hatsune Miku

Perisian ini boleh dimuat turun dari internet, di mana anda boleh cari menggunakan pencarian Google. Ia disertakan sekali dengan pakej model asas 3D Vocaloids, iaitu Miku, Kaito, Len, Rin, dan Meiko. Model tambahan lain boleh dicari dan digunakan namun peraturan hak cipta bergantung kepada setiap pemilik model. Program lain seperti ‘PMD Edito’ dan ‘MikuMikuEffect’ juga turut serta digunakan bersama MMD.

MikuMikuEffect atau MME ialah sebuah plugin untuk MMD. Ia dipakai bagi menambah special effect, atau kesan istimewa untuk animasi MMD. Kesan istimewa ialah termasuk pencahayaan, bayang, hujan, letupan, asap, dan sebagainya. Versi MMD dan MME perlu serasi bagi mengelakkan masalah ketika pembikinan animasi MMD.

MMD boleh diolah menjadi gambar dan video, dan kualiti animasi bergantung terhadap kreativiti pengguna. Pengguna boleh memilih cara untuk mengolah animasi iaitu dalam bentuk filem pendek, muzik video, video tarian dan sebagainya.

Sekiranya anda berminat, anda boleh pergi ke sini bagi mengenali dan mempelajari cara-cara penggunaan MMD dengan lebih lanjut. Laman YouTube juga menyediakan video berkenaan cara-cara menggunakan perisian MMD. Jangan risau, ramai pengguna MMD yang mahir mampu dan mahu membantu anda, asalkan anda ada minat dan semangat yang utuh sebagai seorang karyawan.

Terdapat pelbagai jenis model yang memaparkan watak-watak yang direka berdasarkan siri-siri dan yang terkenal seperti Vocaloids, Kantai Collection, Persona, South Park, Spiderman, dan para ikon terkenal seperti Fuhrer, Stalin, dan Kizuna Ai. Ada juga model yang asli, iaitu watak original.

Gambar: Salah sebuah model rekaan Professor E, Fuhrer.

Perisian MMD menggunakan ciri-ciri seperti:-

  • NVIDIA 3D Vision
  • Pelbagai jenis model
  • Penyegerakan bibir (lip-sync) dengan fail Vocaloid VSQ
  • Bacaan dari Kinect sensor
  • Peralatan tambahan
  • Dikeluarkan dalam format .avi, iaitu extention bagi sesebuah video
  • Dikeluarkan dalam fomat fail gambar

Kemahiran, ketekunan, serta masa diperlukan untuk menghasilkan animasi MMD yang berkualiti tinggi bagi disukai ramai. Hal ini kerana gangguan atau ‘glitch’ boleh berlaku dan sukar diperbaiki, seperti rambut, gerak badan, kamera, dan sebagainya.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, terdapat jutaan video MMD yang dikongsikan di beberapa laman perkongsian video. Ia menggunakan tema video pendek, video muzik, video tarian, filem pendek, dan sebagainya.

Kepada sesiapa yang masih ingat tentang tulisan saya berkenaan Gokuraku Joudo, terdapat ribuan video MMD yang menggunakan lagu tersebut, contohnya yang ini. 🙂

Ini contoh salah sebuah video pendek MMD yang baik. lul

Perihal Pereka Model MMD

Setiap para pemodel, iaitu pencipta model MMD mempunyai model yang unik yang berbeza antara satu sama lain. Bagi perihal hak cipta, mereka mempunyai garis panduan dan peraturan yang tersendiri bagi para pengguna MMD. Hal ini bertujuan bagi mengelakkan penyalahgunaan model-model mereka seperti plagiat dan pencurian hak milik.

Panduan dan peraturan yang ditetapkan bergantung kepada mana-mana pereka model, seperti mewajibkan kredit terhadap pereka, larangan plagiat dan pencurian hak milik, keizinan bagi perkongsian model, kebenaran untuk menyunting model, pengedaran semula, hal berkenaan penjualan model, dan sebagainya. Dengan kata lain, perisian MMD ialah percuma, namun penggunaan model yang sedia ada adalah bergantung kepada setiap pereka.

Mestilah diingatkan bahawa model tersebut adalah mengikuti peraturan hak milik yang telahpun dipersetujui oleh beberapa buah negara. Para pengguna hendaklah bertanggungjawab untuk memenuhi segala panduan dan peraturan yang ditetapkan oleh para pemilik model sama ada atas nama penguatkuasaan atau pengawasan warga sosial.

Sekiranya mereka mendapati panduan dan peraturan tersebut tidak dipatuhi, maka mereka mungkin akan menghadkan perkongsian model mereka, seperti apa yang dilakukan oleh salah seorang pereka, Nanami Watabe.

Gambar: ‘Author Avatar’ Nanami Watabe.

Pengguna MMD akan biasa mendengar nama para pemilik model terkenal seperti Tda, Kio, Mamama, Uri dan sebagainya, dan menggunakan model mereka sebagai bahan bagi kerja mereka. Terdapat ramai lagi pemilik novel, yang saya pasti pembaca akan pening sekiranya saya senaraikan nama dan model mereka di sini.

Rumusan

Gambar: Logo Ringkas MMD. Kredit gambar ditujukan kepada JackFrost-LCDA.

HiguchiM, pereka bagi platform MMD tidak memiliki mana-mana model MMD. Animasa dan Kio merupakan pengasas bagi model MMD. Model-model yang sedia ada mempunyai hak cipta yang tersendiri dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya. MMD merupakan jalan pintas bagi seseorang yang mahu mencipta sebuah animasi 3D.

Perisian MikuMikuDance adalah percuma bagi semua pengguna, namun pengguna mesti mematuhi peraturan bagi penggunaan model tambahan menurut pereka model. Jikalau anda berminat untuk berjinak-jinak dengan perisian MMD, anda dialu-alukan untuk berbuat sedemikian.

Have fun. Sekian dari saya.

P/S:- Kalau tiada aral melintang, saya mungkin akan menulis tentang Vocaloid pada masa hadapan

 

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

A guy who somehow doesn't really follow latest trends and news, except the important ones. Loves unpopular stuffs, and memes. Graduates of Diploma in Biomedical Electronics Engineering. Nothing to see here.

Comments are closed.