Jepun pada hari ini, ialah sebuah lambang bahawa orang Asia turut boleh maju dalam arus permodenan. Jepun, sebuah lambang bangsa yang sangat maju dalam segala aspek. Jepun, sebuah kuasa dunia yang tidak haru kita lupakan ketika mempelajari sejarah Perang Dunia Kedua.

Sebuah kuasa dunia yang muncul tiba-tiba, dari Lautan Pasifik, lalu mengalahkan pelbagai kuasa dunia. Dari Russia, China sehingga ke British di tanah Melayu. Ya, dunia masih mengenangkan sejarah bangsa Jepun menjadi harimau dalam sejarah dunia.

Namun, bagaimanakan sebuah tamadun yang agak malap dalam sejarah dunia, yang dipenuhi oleh banyak perang saudara, tiba-tiba boleh bangkit berdiri sama tinggi dengan bangsa lain yang hebat dalam sejarah? Bagaimanakah keajaiaban ini boleh berlaku? Mari, bersama saya, kita terokai

1. Revolusi Meiji Dalam Bidang Pendidikan

– Pada Tahun 1871, Meiji telah melancarkan dasar pendidikan baru untuk negara Jepun bersatu ketika itu. Baginda bermula dengan menubuhkan Kementerian Pendidikan, antara terawal di Asia ketika itu selepas menyedari betapa pentingnya ilmu. Dan kemudian kementerian ini mewajibkan pelajar dari usia seawal 6 tahun untuk menerima pendidikan.

– Dan dasar pendidikan baru yang dikenali sebagai PRINSIP KUOTAI menekankan aspek seperti kesetian kepada MAHARAJA, BANGSA dan NEGARA.

– Sistem pendidikan dari Amerika diperkenalkan dengan diubahsuai mengikut budaya tempatan.

– Meiji telah membawa masuk ramai tenaga pengajar, golongan profesional dan ahli akademik Barat untuk memberi kesedaran kepada Bangsa Jepun betapa pebntingnya ilmu.

– Ramai pelajar dan pemuda Jepun dihantar untuk melanjutkan pelajaran ke Eropah. Banyak karya-karya akademik dari barat diterjemahkan oleh pelajar-pelajar yang dihantar untuk belajar ke eropah ke dalam Bahasa Jepun.

– Pusat-pusat pengajian tinggi seperti maktab dan universiti didirikan Contohnya Universiti Diraja Tokyo, Universiti Imperal, Maktab teknikal seperti Junior Technical College dan beberapa universiti swasta.

2. Revolusi Meiji Dalam Sektor Ekonomi

– Ekonomi acuan barat diperkenalkan oleh Meiji di Jepun. Kementerian Perusahaan diwujudkan dengan Ito Hirobumi dilantik menjadi menterinya.

– Jepun membawa kepakaran luas untuk membantu anak bangsa Jepun belajar dari kemajuan BARAT. Pada tahun 1879, Jepun mengambil 130 pegawai asing melalui Kementerian Perusahaan untuk membantu menaikkan sektor ekonomi Jepun.

– Mikado Meiji menyediakan bantuan kepada pengusaha persendirian diberikan dalam bentuk modal, latihan perindustrian, khidmat nasihat dan bengkel teknik perniagaan.

– Impaknya daripada dasar-dasar revolusi yang diperkenalkan oleh Meiji, beberapa syarikat besar telah muncul untuk memajukan ekonomi Jepun seperti Mitsui, Mitsubishi, Yasuda dan Sumitomo. Dan syarikat-syarikat ini pula bergabung dengan syarikat lain lalu membentuk Zaibatsu. Bersatunya syarikat-syarikat ini adalah dengan satu matlamat, menaikkan ekonomi bangsa Jepun.

– Revolusi bidang pengindustrian yang dilakukan oleh Meiji juga membawa kepada penghasilan banyak hasil produk negara Jepun yang boleh diimport ke negara luar. Antaranya ialah kain kapas, sutera ,barangan kilang, perlombongan, kereta, kapal perdagangan adan kapal perang.

– Khidmat orang asing juga diperlukan dalam membangunkan beberapa buah sektor dalam bidang perlombongan. Antaranya perlombongan arangbatu, besi dan tembaga.

– Mikado Meiji juga telah menyusun sistem kewangan Jepun untuk tidak ketinggalan mengikuti revolusi pengidustrian di Barat. Bagina telah mewujudkan sistem mata wang baru untuk Jepun yang dinamakan sebagai Yen di samping menubuhkan bank pusat di Jepun seperti Mitsui-Ono, First National Bank dan Yokohama Spesis Bank.

3. Revolusi Mikado Meiji Dalam Bidang Pentadbiran

– Pada tahun 1868, Meiji telah menandatangani sebuah piagam yang menjadi dasar pemimpin, pegawai-pegawai dan rakyat Jepun dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka ke atas negara.

– Isi piagam tersebut adalah seperti berikut:

a.) Dewan Perbahasan ditubuhkan bagi menerima respons orang ramai mengenai undang-undang yang akan dilaksanakan.

b.) Semua kakitangan awam diseru untuk bersatu dan menyokong setiap dasar yang dibawa oleh kerajaan Jepun ketika itu. Menurut Meiji, kalau semua dasar ditentang, bagaimana kemajuan mahu dibawa?

c.) JEPUN DIWAJIBKAN UNTUK MEMBAWA SEMUA TENAGA LUAR DAN ILMU DARI LUAR lalu digunakan untuk membangunkan TAMADUN MEREKA.

d.) Segala adat lama yang tidak bermanfaat dihapuskan.

e.) Semua rakyat digalakkan menggunakan hak dan minat masing-masing.

– Mikado Meiji membentuk sebuah parlimen atau Diet tahun 1881 dengan menerima pakai perlembagaan Jerman sebagai acuannya. Majlis Penasihat Raja ditubuhkan dengan keanggotaan golongan bangsawan dan pembesar istana.

– Sistem Feudal yang menjadi tradisi Jepun sejak zaman berzaman dihapuskan sama sekali. Wilayah-wilayah kekuasaan pembesar yang dipanggil sebagai Damiyo diambil semula oleh Meiji dan pentadbir di setiap kawasan diberi gaji tetap. Wilayah-wilayah ini semua kemudiannya dibahagikan kepada beberapa daerah kecil yang dipanggil sebagai Ken.

– Para Samurai yang tidak lagi mempunyai jawatan dalam bidang pentadbiran digalakkan untuk menyertai bidang perniagaan memandangkan sistem Damiyo tidak lagi diamalkan di negara Jepun.

4. Revolusi Meiji Dalam Bidang Ketenteraan

– Kepakaran teknologi ketenteraan Jerman diambil oleh Jepun untuk membangunkan industri ketenteraan mereka. Bahkan, askar dari Jerman juga diambil untuk berkhidmat dalam bidang ketenteraan mereka.

– Undang-undang kerahan tenaga diwujudkan tahun 1872 yang mewajibkan pemuda berumur 20 tahun menyertai tentera. Justeru Tentera Kebangsaan Jepun dibentuk dengan keanggotaan segenap lapisan masyarakat.

– Jepun juga meminta bantuan British untuk membina kapal perang mereka. Dengan bantuan teknologi dari British akhirnya Jepun mampu membina kapal perang mereka sendiri.

Kesimpulan

Pendapat saya mengenai Revolusi Meiji yang dibawa oleh Jepun sehingga mereka boleh maju dalam masa yang singkat ialah, tiada sentimen membenci barat yang wujud di Malaysia hari ini. Bahkan, Bangsa Jepun tidak pernah MALU untuk mengakui bahawa TAMADUN BARAT ketika itu lebih maju daripada mereka sehinggakan akhirnya, mereka menimba ilmu dari barat, belajar dan menjadi lebih bagus daripada barat!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply