Albert Bandura pernah buat eksperimen ke atas kanak-kanak genius dan kanak-kanak biasa. Mereka semua diberikan ujian matematik.

Selain daripada potensi genius dan biasa-biasa, kanak-kanak ini juga mempunyai tahap kepercayaan diri (self-efficacy) yang berbeza-beza.

Hasil eksperimen mendapati, kanak-kanak yang dapat markah yang tinggi adalah kanak-kanak yang mempunyai tahap kepercayaan yang tinggi pada kemampuan diri, tak kira genius ataupun tak.

Tahap kepercayaan tinggi kepada kemampuan diri sendiri menatijahkan usaha yang cukup tinggi. Ahli psikologi, majoritinya percaya bahawa membuatkan anak-anak percaya kepada kebolehan diri adalah penting untuk perkembangannya.

Sebab itulah, budak-budak ini kalau diorang buat apa-apa, kita sebagai orang dewasa cuba ‘acknowledge’ usaha dia supaya budak itu percaya pada kemampuan dirinya.

Dalam Naruto, Might Guy adalah orang ninja yang paling tak pandai. Bukan setakat biasa-biasa, tapi lebih teruk daripada biasa sampai kena cemuh dengan orang kampung.

Kalau dalam istilah permainan bola sepak, Might Guy ini kira kaki bangku-lah.

Tetapi ayah dia, Might Dai, tanamkan pada diri anaknya supaya percaya kepada kebolehan diri. Masa Might Guy kecil, dia memang agak ‘down’ sikit sebab gagal masuk akademi.

Might Dai ajar anak dia supaya jadikan setiap cemuhan orang itu sebagai orang ambil peduli pasal kita. Anggap itu sebagai dorongan.

Ayah dia tak putus asa. Might Guy mula percaya pada kemampuan dirinya. Daripada kepercayaan itu telah menujahkan usahanya yang sangat ekstrim.

Usaha yang ekstrim itu telah membuatkan dia menjadi ninja yang paling kuat di dunia pada zamannya. Hokage ke-4 (Minato Namikaze) yang menyaksikan kebolehan tertinggi Might Guy cakap, Might Guy ini lebih kuat daripada 5 Kage bergabung.

Might Guy mengatasi rakannya sendiri, Hatake Kakashi yang dianggap sebagai genius. Ayah Kakashi pernah pesan, “Kau hati-hati dengan budak ini. Bila besar nanti, dia akan jadi kuat.”

Dulu aku percaya dengan bakat. Sekarang tak lagi. Bakat itu semua ‘bullshit’. Nak berjaya kena berusaha. Orang yang berjaya adalah orang yang berusaha. Bukan yang berbakat.

Nak berbakat sangat, jadi orang yang berbakat dalam berusaha.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.